BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Murid putus kaki dalam kemalangan

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
motoaccident4_1571706124.jpg

MURID putus kaki kanan apabila motosikal diboncengnya terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi berhampiran Kampung Tok Dor, Ajil, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kemalangan 7.30 malam itu berlaku apabila motosikal ditunggang bapa saudara mangsa, Samri Said, 52, cuba memotong Proton Wira di hadapan namun bertembung dengan Toyota Vios dari arah bertentangan.

Katanya, akibat perlanggaran itu, Samri dan pembonceng, Muhammad Zulhaikal Mohamad, 12, parah manakala anak Samri, Nur Farahiya Najwa Samri, 10, cedera.

“Samri patah kaki kanan manakala Muhammad Zulhaikal putus kaki kanan dan Nur Farahiya mengalami cedera ringan. Pemandu Toyota Vios tidak mengalami kecederaan.

“Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan,” katanya.

Mohd Adli berkata, 50 meter dari lokasi kejadian kemalangan, sebuah kereta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama empat anggota sedang menjalankan pemeriksaan dan menahan tiga lori.

“Kehadiran anggota JPJ di lokasi tiada kaitan dengan kejadian terbabit namun polis masih menunggu laporan kes daripada JPJ,” katanya.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/509548/murid-putus-kaki-dalam-kemalangan
 
Aik...Tak Kan umur 10, 12 + 52 Naik motor bertiga?
Boleh memotong Wira lagi?
 
jalan kampong la tu, ikut dan je kadang nya. takziah kpd mangsa...
 
Aik...Tak Kan umur 10, 12 + 52 Naik motor bertiga?
Boleh memotong Wira lagi?

ikut cerita org kmpung, lebih kurg x jauh sblm depa eksiden, JPJ sedang tahan lori. kereta wira tu perlahan sebb tgk jpj.
motor tu tgk kete wira slow, dia cuba potong dan x nmpk vios dr depan, terus kena langgar...
 
JPJ takde kena mengena.

mengikut laporan polis, Vios tu potong keta lain masuk line motor mangsa dan langgar.
 
ikut cerita org kmpung, lebih kurg x jauh sblm depa eksiden, JPJ sedang tahan lori. kereta wira tu perlahan sebb tgk jpj.
motor tu tgk kete wira slow, dia cuba potong dan x nmpk vios dr depan, terus kena langgar...

yang viral tu yang nie ke...
 
tapi kadang mmg ada org yg fobia mcm tu... x boleh nampak polis atau JPJ buat roadblock ... mesti kalo boleh xnak tempuh..
sy pnh sembang ngan anggota trafik sendiri ... mmg selalu mcm tu .... kadang semua cukup, xde salah apa pun ...
tp nampak polis je tanpa toleh kiri kanan terus uturn ... sampai ada kes kn balas dgn kereta jd arwah .. semata2 fobia nampak roadblock ...

takziah ...
 
Back
Top
Log in Register