BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Murid Prasekolah Parah Dirempuh Kereta Di Hadapan Sekolah

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,699
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,699
Reaction score
97
Points
80

Murid Prasekolah Parah Dirempuh Kereta Di Hadapan Sekolah​

a198527e6e2cae1d5958a208b649723c68d265a67ff07

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli

Seorang murid prasekolah parah selepas dirempuh sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Geliga, Jalan Kuala Kemaman-Geliga di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata siasatan awal mendapati, kemalangan itu berlaku pada 12.30 tengah hari ketika murid lelaki berusia enam tahun berkenaan sedang melintas jalan dari arah kiri ke kanan jalan, sebelum dilanggar di bahagian kiri sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang wanita.

Beliau berkata ketika kejadian, pemandu kereta berusia 40 tahun itu dalam perjalanan dari arah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga menuju ke SK Sri Geliga.

Mohd Razi berkata pemandu kereta berkenaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Kemaman, selepas kemalangan tersebut.

“Pelajar terlibat yang tinggal Kampung Geliga itu cedera di bahagian kepala dan dikejarkan ke Hospital Kemaman, sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi pagi ini.

Mohd Razi berkata kes disiasat di bawah,Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata polis memohon saksi kejadian dan pemandu kenderaan lain yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka kemalangan itu, tampil membuat laporan polis.

 
Back
Top
Log in Register