eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
TUMPAT, 28 Nov (Bernama) -- Kegembiraan sekumpulan kanak-kanak menyaksikan orang ramai membersihkan lembu korban berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka ditemui mati lemas setelah terjatuh ke dalam tali air berkenaan di kampung Simpangan, di sini.
Mohd Fikri Ismail, 5, yang belajar di Tadika Kemas di kampung Simpangan dipercayai tergelincir ketika bermain di jambatan bersama rakan-rakannya sambil menyaksikan penduduk kampung membersihkan daging lembu kira-kira pukul 4 petang, Jumaat.
Bapa murid itu, Ismail Yusof, 45, berkata beliau turut berada di tempat kejadian kerana membantu penduduk kampung membersihkan daging lembu.
"Ketika itu saya tidak perasan anak saya bermain di jambatan hanya beberapa meter dari tempat saya membersihkan daging. Saya dimaklumkan ada orang lain yang menegur mereka supaya tidak bermain di jambatan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, pada Sabtu.
Bagaimanapun, Yusof berkata beliau tidak menyangka anaknya itu pergi semula bermain di jambatan berkenaan dan hanya menyedari anaknya tiada selepas melihat seliparnya ditinggalkan di situ.
"Saya mula syak dia terjatuh ketika bermain di jambatan berkenaan walaupun beberapa orang yang berada di situ tidak menyedarinya," katanya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Abdul Manaf Jaafar berkata operasi mencari mangsa dijalankan sejurus menerima panggilan.
"Namun usaha mencari dihentikan sehingga pukul 7 malam semalam sebelum diteruskan semula pagi ini," katanya.
Abdul Manaf berkata murid berkenaan ditemui kira-kira pukul 7.53 pagi ini dalam keadaan terapung kira-kira 40 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Lati untuk bedah siasat.
-- BERNAMA