BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Murid dakwa didera ustaz

Anas Asarani

Fun Poster
Messages
939
Joined
Aug 9, 2009
Messages
939
Reaction score
1
Points
15
Murid dakwa didera ustaz


2010/03/01
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Saya cuma ingin tahu kenapa guru itu buat saya begini?,” kata Zulhilmi Hakim, 12, yang juga murid Orang Kurang Upaya (OKU) apabila ditanya mengenai kesan lebam di pipi dan kedua-dua lengannya.
Zulhilmi yang menghidap ‘dyslexia’ memberitahu guru pendidikan Islam di sekolahnya itu akan mencubitnya apabila dia tidak dapat membaca dan ia berlaku sebelum cuti Tahun Baru Cina dan selepas sekolah dibuka selepas perayaan itu. Ayahnya, Ismail Humaidi Ahmat, 45, berkata dia menyedari kesan lebam itu selepas menjemput anak kedua daripada tiga beradik itu dari sekolah, di Subang Jaya, jam 3 petang, Isnin lalu. “Ahmad (nama timangan Zulhilmi Hakim) hanya mendiamkan diri apabila ditanya kesan itu. Setiba di rumah di Bandar Kinrara, isteri saya, Che Zaini Ahmad, 45, memujuknya lagi. “Selepas dipujuk berulang kali, baru anak saya mengatakan Ustaz ‘buat’ dia,” katanya. Humaidi berkata, sehari selepas itu, ada bertemu guru pendidikan Islam yang dimaksudkan anaknya itu di sekolah berkenaan, tetapi cikgu terbabit menafikan perkara itu. Menurutnya, guru berusia lewat 30-an itu mendakwa anaknya kemungkinan terjatuh ketika di rumah. Malah, katanya, seorang guru di sekolah terbabit mencadangkan dia mendapatkan bantuan pengamal tradisional kerana kemungkinan kesan lebam di tangan Zulhilmi kesan ‘gigitan hantu’. Geram dengan tindak balas pihak sekolah, Humaidi membawa anaknya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum doktor mengesahkan lebam di lengan dan pipi anaknya akibat perbuatan seseorang, bukannya terjatuh. Sehubungan itu, katanya, dia membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya. “Doktor mengesahkan ia bukan kesan jatuh. Bagaimanakah guru itu boleh memberikan pandangan sedemikian?,” katanya. Katanya, dia dan isteri juga merancang melanjutkan kes itu ke pengetahuan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berdekatan.


“Anak saya ialah insan istimewa, didik dengan berhemah dan sabar. Jika ada kesilapan janganlah sampai hingga ke tahap mendera. “Saya bimbang kerana pelajaran anak saya kini semakin menurun. Patutlah jika ada hari persekolahan jadualnya ada kelas mata pelajaran agama, dia berat hati nak sekolah” katanya.


Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan SS 17, Ashari Bero ketika dihubungi berkata pihak pentadbiran sekolah akan membuat penyiasatan terperinci mengenai kes terbabit. Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, turut mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
 
kat tempat aku nih ada pelajar OKU juga..rekod disiplin dia buruk juga..ponteng+hisap rokok+engkar arahan (lawan guru)..kalu kene pulas telinga agak2 kes dera tak..?
 
memang ade segelintir guru tidak ikhlas dlm melaksanakan t/jawab
 
memang ade segelintir guru tidak ikhlas dlm melaksanakan t/jawab

firma penah dengar ada pelajar universiti yang ambik pendidikan cakap " nanti bila kerja aku peduli apa, yang penting hujung bulan dapat gaji":mad::mad:
 
ustaz apa ni,budak pun nak di dera..kalau ada anak pun didera gak oleh dia ni..jd ustaz biarlah akhlak baik..
 
Agak2 la pun nk cubit smpai lebam, then bila parents dia dtg,
Ustaz tu menafikan plak. bila dera tu, xpikir pula consequences yg
akan jadi. haih.
 
bagi saya, saya setuju jika ustaz itu pukul pelajar itu. mungkin dia nakal bila ustaz tengah mengajar. tapi saya tak setuju bila ustaz menafikan perbuatannya itu. :(
 
Back
Top
Log in Register