BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mukjizatnya Azan

Metro2u

Active Member
Messages
2,254
Joined
Jun 4, 2007
Messages
2,254
Reaction score
42
Points
30
Mukjizatnya Azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir
ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri
ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri
jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak
fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan
diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya
ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah
supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi
mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." semasa
sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu
lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang
berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.










.
 
Bercakap Ketika Azan
April 23, 2007 — mohd masri

Ana ingin bertanya tentang status hadis ini..

“Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.”

Adakah betul ini hadis dari Nabi atau hadis maudhu’…?

Dan kalau dibolehkan bercakap semasa azan, adakah percakapan itu hanya untuk menjawab azan ataupun boleh bercakap berkaitan perkara lain ?

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr squid dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Setelah merujuk kepada beberapa buku hadith, termasuklah al-Silsilah al-Dha’efah himpunan Syiekh Nasyiruddin al-Albani, saya masih tidak berjumpa dengan status hadith diatas. Walaubagaimanapun, saudara boleh melihat perbincangan didalam al-ahkam berkenaan tanggapan masyarakat bahawa tidak dibenarkan bercakap langsung ketika azan didalam SoalJawab dibawah ini :-

SJ - 3011: [Z] azan
http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=19117

Selain dari isu diatas, Isu bercakap didalam azan yang disentuh oleh para fuqaha’ adalah muazzin tidak disukai bercakap sebelum selesai melaungkan azan. Menurut Dr Abdullah al-Faqih bahawa sebahagian ulama’ membenarkan bercakap2 dengan muazzin yang sedang melaungkan azan, dan membataskan percakapan tersebut kepada perkara2 yang diperlukan sahaja dan dikalangan mereka yang membencinya secara mutlak. Imam al-Syafie rh. didalam Kitab al-Umm menyebut :

ولا أحب الكلام في الأذان بما ليست فيه منفعة للناس وإن تكلم لم يعد أذاناً.

“Aku tidak menyukai berkata2 didalam azan dimana ia tidak munafaatkan kepada manusia, dan jika bercakap tidak mengembalikan azan”

Didalam kenyataan yang lain, Imam al-Syafie rh menyukai muazzin hanya bercakap selepas selesai melaungkan azan.
———–

Menyentuh berkenaan dengan tugas makmum ketika azan dilaungkan ada adalah menjawab lafaz2 azan tersebut, dan ini merupakan sunnah Nabi saw sebagai hadith sahih riwayat Abu Sa’id al-Khudri ra. bahawa Nabi saw bersabda :-

إذا سمعتم النداء فقولوا مثل ما يقول المؤذن

“Apabila kamu mendengar azan, maka jawablah sebagaimana yang diperkatakan oleh muazzin” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Bekas Mufti Besar Arab Saudi pernah ditanya mengenai mana yang lebih afdal; membaca al-Quran atau menjawab azan, beliau mengatakan :-

ولأن إجابة المؤذن سنة تفوت إذا استمر في القراءة ، والقراءة لا تفوت ، وقتها واسع . .

“Kerana sesungguhnya sunnah menjawab muazzin akan tertinggal jika seseorang itu meneruskan membaca al-Quran, sunnah membaca al-Quran tidak akan tertinggal, kerana waktu membaca itu luas.” [Soalan : 162, Majmu’ Fataawa Sheikh ibn Baaz, 4/178].

Kesimpulannya, tidaklah dilarang berkata2 semasa muazzin melaungkan azan, akan tetapi adalah menjadi sunnah menjawab azan apabila mendengarnya dilaungkan. Malahan ada dikalangan ulama’ yang mensyaratkan perbicaraan yang dilakukan pada waktu tersebut hendaklah berkisar perkara berkenaan solat semata2. WA.

wassalam
==============
Rujukan :

1. Markas Fatwa Dr Abdullah al-Faqih. حكم التحدث مع المؤذن أثناء الأذان. URL : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=50386&Option=FatwaId

2. Maj’mu’ Fataawa samaahah al-Syeikh Abdul Aziz bin Baaz - 4. susunan Dr Abdullah bin Muhammad Ahmad al-Thayaar [dan] Syiekh Ahmad bin Abdul Aziz bin Baaz. Riyad : Daar al-Watan, 1999.
 
Back
Top
Log in Register