BTC USD 64,010.0 Gold USD 4,457.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Mujurlah anak saya menjerit'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Ching Chuk (dua kanan) menenangkan anaknya yang masih terkejut dengan insiden itu sambil diperhatikan Chong Siang (kanan).
< 1 / 1 >
KUANTAN – Jeritan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang terkejut dengan kehadiran seorang lelaki tidak dikenali ketika berada di dalam kereta ibunya membatalkan niat penjenayah berkenaan untuk bertindak lebih jauh.

Bagaimanapun, lelaki itu sempat merampas telefon bimbit berjenama Samsung S5 yang dipegang kanak-kanak berkenaan sebelum melarikan diri.

Ibu mangsa, Phang Ching Chuk, 38, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 pagi di hadapan rumahnya di Lorong seri Setali 32, Taman Tunas Jaya.

Menurutnya, selepas mengambil anaknya di sekolah dia pulang ke rumah untuk mengambil beg duit dan meninggalkan anaknya di dalam kereta yang diparkir dalam pagar di hadapan rumah mereka.

Katanya, dia turut mematikan enjin kereta dan membawa sekali kunci ke dalam rumah kerana bimbang anaknya akan menekan pelbagai butang automatik di dalam kereta.

“Saya buka sedikit pintu hadapan bagi mengelak kejadian terkunci dari dalam dan ketika itu anak saya sedang memegang telefon milik saya.

“Saya masuk ke dalam rumah untuk mengambil beg duit untuk keluar makan, tetapi tiba-tiba saya terdengar anak menjerit dan bergegas keluar," katanya.

Ching Chuk berkata, ketika berada di pintu, dia dapati seorang lelaki sedang lari menuju ke sebuah kereta yang menunggu di luar rumah.

“Saya terus mendekati anak dan membawa dia segera ke dalam rumah serta mengunci pintu kerana takut.

“Anak saya amat terkejut dan takut, dia memberitahu lelaki tidak dikenali itu merebut telefon yang berada di tangannya tetapi terus melarikan diri apabila dia menjerit," katanya.

Menurutnya, dia mengesyaki lelaki berkenaan ingin mencuri kereta tetapi tindakannya tidak meninggalkan kunci di dalam kereta dan anak pula menjerit membuatkan suspek cabut lari.

“Selain telefon, saya juga kehilangan lesen memandu dan kad pengenalan yang diselit pada sarung telefon.

“Selepas itu saya terus membuat laporan polis tetapi masih terkejut dengan insiden ini,” katanya kepada pemberita ketika kunjungan Adun Teruntum, Sim Chong Siang ke kediamannya, di sini, kelmarin.

Sementara itu, Chong Siang berkata, pihak berkuasa harus meningkatkan pemantauan bagi membanteras gejala seperti ini.

“Difahamkan kejadian ragut agak tinggi di daerah ini dan kita berharap pengawalan akan dipertingkatkan.

“Kepada wanita juga diharapkan lebih berhati-hati ketika keluar rumah dan mengelak daripada menjadi mangsa penjenayah,” katanya.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/mujurlah-anak-saya-menjerit-1.299367
 
:D
memang nasib baik,mujur.

Lagi bagus kalau tak tinggalkan anak dlm kereta.

peringatan utk ambe gak.
 
nasib baek la tu xade cederakan anak dan pompuan tu...
lain kali jgn tinggalkan anak kat luar..bawak sama sekali nnt kena culik
 
Malaysia semakin gile..dah parking kete dalam rumah dah tu..
mmg **** la penjenayah zaman sekarang ni
 
Rumah aku sendiri pun pernah kena.

Isteri aku balik tengah hari.
Masuk kereta , pintu rumah kunci, pintu pagar tak tutup.

Tak sampai 5 minit dengar bunyi kat depan.
Tengok budak muda dok galas pam enjin aku, bawa lari nak EX5.
Plat CAX7576 kalau tak silap.

Aku report polis. Polis mulanya tak nak amik kes, ingat pam manual harga ratus.
Aku cakap ni pam ada enjin jenama jepun harga lebih seribu.

Dari pergi balai report sampai polis datang rumah amik gambar dekat 6 jam habia masa.

Aku minta alamat plat tu, AIO tu kata PDRM tak boleh access network JPJ.
Aku tak percaya, sebab dia tanya isteri aku warna apa motor tu, dia kata rekod polis kata Kriss merah.

Aku minta JPJ check, dapat alamat rumah tu, aku pwegi cari.
Menyamar kata kawan ayah dia( motor tu nama ayah dia)

Aku perhati dan dapat melalui pertanyaan
-ada EX5 macam isteri aku cakap, tapi plat lain
-ayah dia memang masih pakai Kriss merah
-kat ruang tamu aku nampak terbaring budak lelaki yang kena description isteri aku beri.

Aku buat keputusan tak nak push Polis kes ni walaupun aku boleh forward maklumat aku ada ni pada IO/AIO.
Sebab
-budak tu nampak muda lagi, umur mungkin 15-16.
Kalau aku report, ada rekod nanti, rosak masa depan dia. Silap silap masuk sekolah budak jahat. Kesuan pulak.
-rumah kos rendah, daif juga kehidupan.
 
Parking dlm umah pun xselamat skrg
 
pam enjin ni pam apa? pam air ke
 
cina pun dah pandai 'bernasib baik' mcm melayu...
 
Bertimbang rasa gak bro. Kalu ambo ntah lah.... Mudah2an bro dpt ganti yg lbh baik...
 
Back
Top
Log in Register