BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar menjerit jumpa cacing tanah dalam ‘scrambled eggs’

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,402
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,402
Reaction score
346
Points
141
Geli-cacing3-scaled.jpg

CACING tanah (dalam bulatan) ditemukan dalam telur hancur. - Foto Ist/BITV

JAKARTA – Orang ramai dikejutkan dengan penemuan seekor cacing tanah di dalam bekas makanan program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG) di sebuah sekolah menengah Kota Medan, Sumatera Utara, semalam, lapor portal berita Serambinews.com.

Video yang merakam kehadiran cacing berwarna coklat kehitaman itu tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.

Dalam rakaman tersebut,  kelihatan cacing tanah itu bergerak di atas telur hancur.

Beberapa pelajar kedengaran menjerit dan menyebut bahawa mereka menemui cacing.

Mengulas perkara tersebut, Ketua Badan Khasiat Nasional (BGN) Sumatera Utara, Agung Kurnia berkata, cacing yang ditemui itu bukan berasal daripada proses penyediaan makanan MBG.

“Saya tidak berani membuat andaian, biarlah kita sama-sama fikir dari mana cacing tanah itu datang,” katanya.

Agung menjelaskan bahawa pihaknya telah membuat tinjauan terus ke sekolah dan mendapati kes tersebut hanya berlaku pada satu bekas makanan telur hancur.

Ketua Jabatan Pendidikan Sumut, Alexander Sinulingga berkata, cacing tersebut belum sempat dimakan oleh pelajar.

Beliau menyatakan, pihaknya telah berkerjasama dengan BGN Wilayah Sumut untuk memeriksa mengenai cacing itu.

Langkah itu diambil untuk mengetahui bila cacing tersebut masuk ke dalam makanan MBG, lapor portal berita Detik Sumut. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register