rinoa99
Legendary Member

- Messages
- 19,483
- Joined
- Jun 5, 2022
- Messages
- 19,483
- Reaction score
- 2,596
- Points
- 261
Norzamira Che Noh
[email protected]
Klang: Pemandu nekad terjun dari lori yang dipandunya selepas kenderaan itu hilang kawalan dipercayai akibat masalah brek di persimpangan lampu isyarat Persiaran Sultan Hishamudin di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, pemandu berkenaan melompat keluar sebelum lori merempuh tiang konkrit di persimpangan lampu isyarat terbabit.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan membabitkan sebuah lori dipandu lelaki tempatan berusia 35 tahun
"Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku kerana pemandu lori hilang kawalan akibat masalah brek.
"Pemandu cuba mengawal kenderaan dengan meluruskan stereng ke arah tembok konkrit untuk memberhentikan kenderaan sebelum melompat keluar bagi menyelamatkan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, akibat insiden berkenaan, pemandu mengalami luka di kaki, belakang badan dan bengkak di lutut kanan.
Katanya, ujian saringan awal air kencing terhadap lelaki itu mendapati negatif dadah.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
"Lori berkenaan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan lanjut," katanya