GamezStar
CG Hardcore Club

- Messages
- 66,829
Top Poster #1
- Joined
- Jul 1, 2008
- Messages
- 66,829
- Reaction score
- 7,842
- Points
- 881
Lawyer die tepok dahi kot...![]()
tekanan perasaan lame sgt cukup jumloh tak dipangil2
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.

Lawyer die tepok dahi kot...![]()

tukar gari la kalau nak keluar .. suruh menantu balik sini dulu pastu kamu keluar![]()

Macam haram.Muhyiddin Tak Dapat Passport, Gagal Sambut Ulang Tahun Kahwin Di Uzbekistan
03.10.2024 - Bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini gagal mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara untuk bercuti dan menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-52 bersama isteri di Uzbekistan. Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi menolak permohonan Muhyiddin selepas mendapati alasan yang dikemukakan pemohon adalah tidak munasabah.
"Pemohon masih mempunyai peluang untuk bercuti dan meraikan apa-apa sambutan, tetapi bukan di luar negara. Mahkamah mendapati permohonan pemohon tidak wajar dibenarkan kerana beliau masih boleh menjalani kehidupan atau melaksanakan tanggungjawanya seperti biasa," kata hakim itu.
![]()
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Noralis Mat berkata pihak pendakwaan membantah permohonan Muhyiddin dan menyifatkan alasan dikemukakan ahli parlimen Pagoh untuk bercuti ke luar negara dan menyambut ulang tahun perkahwinan ke-52 adalah remeh.
āTertuduh (Muhyiddin) perlu mempunyai alasan munasabah, mendesak dan kritikal. Alasan untuk bercuti ke luar negara kerana tertekan dengan pertuduhan di mahkamah terutama pertuduhan di bawah Akta Hasutan adalah sangat remeh. Sambutan ulang tahun perkahwinan dan percutian boleh diadakan di Malaysia. Selain itu, mahkamah juga perlu pertimbangkan keseriusan pertuduhan dihadapi pemohon serta risiko 'flight risk' (larikan diri),ā kata Noralis yang turut mengendalikan kes bersama TPR Zander Lim Wai Keong.
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Muhyiddin memohon pelepasan sementara pasport berikutan anak guamnya akan bertolak ke Uzbekistan esok (4 Okt) dan akan kembali ke Malaysia pada 12 Okt ini.
![]()
āAnak guam saya tidak mempunyai risiko 'flight risk' memandangkan beliau merupakan presiden Bersatu serta perlu menghadiri sidang Parlimen yang dijadual berlangsung dari 14 Okt hingga 12 Dis ini. Anak guam saya akan memulangkan pasport beliau kepada mahkamah ini pada 14 Okt,ā kata peguam.
Dalam permohonan pelepasan pasport, dinyatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isterinya ingin melakukan perjalanan singkat ke Uzbekistan sebagai bentuk rehat daripada pelbagai cabaran yang dihadapinya sejak kebelakangan ini, termasuk pertuduhan di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Gua Musang, Kelantan. Selain itu, beliau juga mempunyai komitmen dalam beberapa Pilihan Raya Negeri yang telah berlangsung, serta ingin meluangkan masa bersama isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-52 pada 22 Sept lalu.
![]()
Pada 11 Sept, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Muhyiddin bagi menyemak keputusan mahkamah itu sebelum ini, yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya. Muhyiddin, 77, sebagai perdana menteri (ketika itu) dan presiden Bersatu, didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff, bagi parti berkenaan. Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.
Presiden Bersatu itu juga berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd, yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di Kuala Lumpur antara 25 Feb dan 16 Julai 2021 serta 8 Feb dan 8 Julai 2022. Muhyiddin juga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac lepas tahun lepas atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.
Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/721391

Macam haram.
Sambut jela dekat pau mira pagoh.

Bandar Muar cukup lah Din paguh.Muhyiddin Tak Dapat Passport, Gagal Sambut Ulang Tahun Kahwin Di Uzbekistan

Bandar Muar makanan sedap2Bandar Muar cukup lah Din paguh.