BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muhyiddin cadang 2 hari bahas RCI TH di Dewan Rakyat

afwan83

Active+ Member
Messages
3,229
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,229
Reaction score
12
Points
25

Muhyiddin cadang 2 hari bahas RCI TH di Dewan Rakyat​

3b7f257c-muhyiddin-yassin-resize-fmt-160925.jpg

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin turut mengalu-alukan keputusan kerajaan mendedahkan laporan RCI Tabung Haji itu kepada umum.

Beliau berkata, lanjutan tempoh itu penting bagi membolehkan lebih ramai ahli Dewan Rakyat mengambil bahagian dalam perbahasan dengan mengemukakan hujah yang bernas dan substantif.

“Ia demi menambahbaik pengurusan, tatakelola dan perestasi Tabung Haji sebagai badan utama yang menguruskan pelaburan dan urusan ibadah haji umat Islam di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata sidang khas Dewan Rakyat bagi membincangkan laporan RCI itu akan diadakan pada 11 Ogos ini dan akan berlangsung sampai petang.

RCI itu ditubuhkan pada 2021 bagi menyiasat aspek pengurusan, operasi dan urusan berkaitan aset TH bagi tempoh 2014 hingga 2020, susulan kebimbangan terhadap tadbir urus serta kedudukan kewangan institusi tersebut.

Laporan RCI tersebut dinyahklasifikasikan dan didedahkan kepada umum selepas mendapat kelulusan Jemaah Menteri Rabu lalu.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut mengalu-alukan keputusan kerajaan mendedahkan laporan RCI itu kepada umum.

Beliau berkata, pendedahan tersebut memberi peluang kepada rakyat mengetahui serta menilai dapatan suruhanjaya secara telus dan adil.

Pada masa sama, bekas perdana menteri itu berkata terdapat beberapa aspek dalam laporan berkenaan yang memerlukan penjelasan lanjut daripada kerajaan.
 
Back
Top
Log in Register