BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mufti, timbalan perlu dilantik daripada ASWJ

Ahli Rahmat (Ahl-ur-Rahmah):

Allah (سبحانه و تعالى) telah menyatakan dalam Al-Qur’an: “Tetapi mereka tidak akan berhenti berselisih, kecuali orang yang telah dianugerahkan rahmat oleh Tuhanmu.” (11:118-119)

Ini adalah ayat penting yang menetapkan urusan penting bagi umat Islam, dan untuk manusia. Manusia tidak akan henti-hentinya berselisih, kecuali Allah merahmatinya.

Lihatlah bagaimana sebahagian ulama memahami ini: `Umar bin `Abdil-`Azeez (رحمه الله) – seorang Mujaddid yang hebat pada Abad Pertama, dan pemimpin (Khalifah) umat Islam. Beliau wafat pada tahun 102H. Beliau adalah daripada guru-guru Imam Az-Zuhri, iaitu daripada guru-guru Imam Maalik (رحمه الله). Dia adalah seorang Imam yang hebat dari Tābi`een.

Dia berkata, “Allah (سبحانه و تعالى) telah menciptakan orang-orang yang dirahmati-Nya agar mereka tidak berselisih”.

Apakah maksud ini? Maksudnya, yang dijelaskan oleh sebahagian Ulama yang lain. Imam Asy-Shātibi berkata: Ayat ini mewajibkan orang-orang yang berselisih dengan orang-orang yang diberi rahmat. itu kerana Allah menyebut dua golongan manusia: orang-orang yang tidak henti-hentinya berselisih, dan orang-orang yang dikurniakan rahmat oleh Allah.
Allah (سبحانه و تعالى) telah menyatakan dalam Al-Qur’an: “Tetapi mereka tidak akan berhenti berselisih, kecuali orang yang telah dianugerahkan rahmat oleh Tuhanmu.” (11:118-119)

Ini adalah ayat penting yang menetapkan urusan penting bagi umat Islam, dan untuk manusia. Manusia tidak akan henti-hentinya berselisih, kecuali Allah merahmatinya.


Soalan kpd wahabbi tegar...haha
Siapa dari generasi pertama yang tidak pernah berselisih di kalangan mereka, yg korang ikuti?
Siapa dari generasi ke 2 yang tidak pernah berselisih di kalangan mereka dan dengan generasi pertama, yg korang ikuti?
Siapa dari generasi ke 3 yang tidak pernah berselisih di kalangan mereka dan dengan generasi pertama dan ke 2 yg korang ikuti?
 
tauhid 3 menang kt belajar dari dl lg....dlm silibus pendidikan islam ada....
ni yg amat mendukacitakan.
yg x dibgtau, tuhan ada 2 tangan, 2 mata dll anggota badan.
ayat Quran dan Hadith, x leh diambil secara literal.
 
1731278160251.png


Nabi saw ada sayap? Gini ler jadinya kalu ambil secara literal...haha
Terjemahan yg disepakati oleh lain2 muslim adalah:

“…… dan sebaliknya hendaklah engkau merendah diri kepada orang-orang yang beriman”

tabayyun weeiii.. jgn mudah terpedaya dgn retorik “Kami ikut Nabi saw dalam perkataan dan perbuatan”.
 
Rendah sikit sayap masing2


Telah menceritakan kepada kami Isma'il berkata, telah menceritakan kepadaku saudaraku dari Ibnu Abu Dzi'b dari Sa'id Al Maqburi dari Abu Hurairah berkata, "Aku menyimpan ilmu (hadits) dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pada dua wadah. Yang satu aku sebarkan dan sampaikan, yang satu lagi sekiranya aku sampaikan maka akan terputuslah tenggorakan ini."

1731278280566.png

 
DEFINISI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH YANG BERTENTANGAN DENGAN PELAJARAN AGAMA ISLAM PERINGKAT NASIONAL

1. Saya membaca Pelajaran 10, m/s 81 buku teks Pendidikan Islam anak saya yang sedang belajar di Tingkatan 5 (Lihat Gambar A).

2. Tajuk pelajaran dalam m/s 81 itu ialah "Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah" (Lihat Gambar B.)

3. Setelah membaca teks jawi dalam ruangan berwarna oren (berkenaan prinsip akidah Ahli Sunnah wal Jamaah ("ASWJ")), saya dapati kandungannya adalah sama dengan isi kandungan buku Akidah Salaf dan Para Ahli Hadis tulisan Imam Abu 'Uthman Isma'il bin Abd Al-Rahman al-Sabuni al-Sha'i dan Himpunan Aqidah 4 Mazhab Ahl Al-Sunnah wa al-Jamaah (lihat Gambar C).

4. Saya juga dapati di ruangan hijau, buku teks ini menyatakan bahawa golongan ASWJ dikenali dengan pelbagai nama, antaranya:
a. Salafus Soleh,
b. Sawadul A'dzham,
c. Asyariah
d. Maturidiyah, dan
e. Ahli Hadith.

5. Kandungan buku teks di m/s 81 ini jelas melanggar keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2/2016 yang mendefinisikan ASWJ hanya kepada mereka yang memegang akidah pegangan Asyariah dan Maturidiah ("A&M") sahaja (lihat Gambar D).

6. Malah fatwa tersebut memperuntukkan bahawa mereka yang mengamalkan (termasuk mempercayai, berpegang, berkeyakinan dan seumpamanya) selain akidah A&M adalah melakukan satu kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995 atau mana-mana undang-undang lain yang berkuat kuasa di Sabah (Lihat Gambar E).

7. Jika mengamalkan akidah selain A&M adalah satu kesalahan jenayah, mengajar akidah selain A&M juga boleh dianggap satu kesalahan jenayah berdasarkan fatwa di atas!

8. Dengan penuh rasa hormat kepada Mufti Negeri Sabah, saya berpendapat bahawa fatwa di atas telah dibuat bercanggah dengan subjek pendidikan agama Islam kebangsaan.

9. Sabah sering dikatakan sebagai sebuah negeri contoh yang rakyatnya sentiasa hidup aman damai biarpun masyarakatnya berbilang bangsa dan agama. Kedamaian ini sepatutnya wujud juga di kalangan orang Islam berkenaan akidah. Menghadkan pegangan orang Islam di Sabah kepada akidah A&M sahaja adalah satu paksaan dan diskriminasi.

10. Definisi sempit ASWJ di atas tidak akan membawa kepada perpaduan umat Islam di Sabah. Lihat saja apa yang berlaku di Semenanjung Malaysia tentang RUU Mufti Wilayah Persekutuan 2024 yang mengandungi definisi ASWJ sama seperti fatwa di atas. Bantahan demi bantahan telah dibangkitkan tentang definisi sedemikian.

11. Perbezaan pendapat berkenaan zat-zat dan sifat-sifat Allah tidak sepatutnya menjadi asas pendefinisian ASWJ dalam fatwa di atas. Pemahaman ahli hadith dan salafus soleh tentang akidah Islam adalah jelas seperti mana yang terkandung dalam 2 buku di atas dan m/s 81 dalam buku teks di atas.

12. Saya amat berharap Kerajaan Negeri Sabah terutamanya Ketua Menteri Sabah dapat mengambil perhatian tentang perkara ini. Fatwa itu mesti disemak semula.

1731285065293.png


1731285107154.png
 
Ibn ʿAsākir menyenaraikan sekitar 90 orang ulama Ashʿarī. bagi mendokong beliau Ketika berlaku perselisihan antara Aliran beliau Ashʿarī dan golongan Athari.

Namun,Ibn Mibrad al-Ḥanbalī respon dalam Jamaʿ al-Juyush wa al-Dasakir ʿala Ibn ʿAsakir kepada Ibn ʿAsākir dengan menyenaraikan lebih daripada 400 ulama Atharī yang menentang atau tidak bersetuju dengan golongan Ashāʿirah.

Dan beliau berkata, “Kami telah melihat daripada kalangan sahabat kami lebih daripada seribu orang, kesemuanya meninggalkan mereka (iaitu,golonganAshʿarī).”

1731285525422.png
 
Ar-Razi, atau lebih dikenali sebagai Fakhruddin Ar-Razi, adalah seorang tokoh besar dalam dunia Asya'irah dan seorang jaguh dalam ilmu kalam. Beliau terkenal kerana menyebarkan pelbagai bidaah yang merosakkan umat, ilmu sihir, dan ilmu perbintangan yang menyesatkan, serta banyak lagi kesesatan yang menyimpang daripada jalan yang dicontohkan oleh Abu Hasan Al-Asy'ari رضي الله عنه. Ramai yang terperangkap dalam jaring aqidah rekaan Ar-Razi.

Namun, di sebalik kegelapan itu, Allah SWT, dengan kasih sayang dan rahmat-Nya, telah membimbing Ar-Razi - rahimahullah - ke jalan hidayah sehingga beliau bertaubat dan kembali kepada mazhab Salaf yang mulia, meninggalkan semua pemikiran sesat ahlul kalam yang merosakkan jiwa dan akal.

Kisah ini masyhur dan terkenal dinukilkan dalam kitab-kitab para aimmah Islam seperti yang berikut.

Ibnu Solah (seorang Muhaddith Asyairah) menceritakan kisah penyesalan Ar-Razi kerana mempelajari ilmu kalam:
أخبرني القطب الطّوعاني مرّتين ، أنه سمع فخر الدّين الرّازي يقول : يا ليتني لم أشتغل بعلم الكلام ، وبكى " انتهى من " شذرات الذهب " (7/41)
Ibnu Solah Al-Asy'ari berkata: "Al-Qutb al-Tu'ani mengkhabarkan kepadaku dua kali bahawa dia mendengar Fakhr al-Din al-Razi berkata: 'Alangkah baiknya jika aku tidak menyibukkan diriku dengan ilmu kalam,' dan dia menangis."
(Syazarat Az-Zahab, Jilid 7, halaman 41)

Ibnu Kathir - rahimahullah (seorang ulama yang didakwa Ash'ari) - menukilkan bahawa Ar-Razi kembali kepada manhaj Salaf yang mulia:
" وَقَدْ ذَكَرْتُ وَصِيَّتَهُ عِنْدَ مَوْتِهِ ، وَأَنَّهُ رَجَعَ فِيهَا إِلَى طَرِيقَةِ السَّلَفِ ، وَتَسْلِيمِ مَا وَرَدَ عَلَى الْوَجْهِ الْمُرَادِ اللَّائِقِ بِجَلَالِ اللَّهِ تَعَالَى "
Ibnu Kathir menceritakan bahawa Ar-Razi kembali kepada mazhab Salaf dan berkata: “Aku telah menyebut wasiatnya ketika dia meninggal dunia, dan bahawa dia kembali kepada jalan Salaf dalam menerima apa yang datang dari Allah dengan cara yang layak sesuai dengan keagungan Allah Ta'ala.”
(Al-Bidayah Wan Nihayah, Jilid 11, halaman 17-21)

Al-Hafiz Az-Zahabi - rahimahullah (seorang ulama yang dikatakan Ash'ari) - menukilkan kisah taubat Ar-Razi rahimahullah:
" العلامة الكبير ذو الفنون فخر الدين محمد بن عمر بن الحسين القرشي البكري الطبرستاني الأصولي المفسر ، كبير الأذكياء والحكماء والمصنفين ، كان يتوقد ذكاء ، وقد بدت منه في تواليفه بلايا وعظائم ، وسحر وانحرافات عن السنة ، والله يعفو عنه ، فإنه توفي على طريقة حميدة ، والله يتولى السرائر "
“Ulama besar, seorang yang menguasai pelbagai bidang ilmu, Fakhruddin Ar-Razi, seorang ahli tafsir yang sangat cerdas dan memiliki tulisan yang berpengaruh, mempunyai pandangan yang menyimpang daripada jalan sunnah. Semoga Allah mengampuninya, kerana dia meninggal dalam keadaan baik (bertaubat). Dan Allah lebih mengetahui akan rahsia batinnya yang tersembunyi di balik tabir ilahi.”
(Siyar A'lam An-Nubala', Jilid 10, halaman 500)

Sayangnya, tidak banyak tulisan Ar-Razi - rahimahullah - yang ditulis selepas taubatnya. Jika ada, sudah tentu tulisan itu akan setara dengan tulisan-tulisan Syaikhul Islam Ibn Taimiyah yang agung dalam membela aqidah Salaf yang suci.
Adapun mereka yang mengikuti pandangan Ar-Razi dalam kitab-kitabnya, hendaklah bertaubat sebagaimana taubatnya Ar-Razi dan kembalilah kepada mazhab Salaf yang hak. Semoga Allah merahmati Ar-Razi dan menjadikan taubatnya sebagai teladan abadi bagi kita semua yang mencari jalan pulang kepada-Nya, supaya kita tidak terjerumus ke dalam lembah kesesatan yang merosakkan jiwa.
Wallahu a'lam.
 
Last edited:
Rendah sikit sayap masing2


Telah menceritakan kepada kami Isma'il berkata, telah menceritakan kepadaku saudaraku dari Ibnu Abu Dzi'b dari Sa'id Al Maqburi dari Abu Hurairah berkata, "Aku menyimpan ilmu (hadits) dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pada dua wadah. Yang satu aku sebarkan dan sampaikan, yang satu lagi sekiranya aku sampaikan maka akan terputuslah tenggorakan ini."

1731278280566.png



𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐤𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐠𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐟𝐢 𝐁𝐚𝐭𝐢𝐧𝐢𝐲𝐲𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐳𝐢𝐤𝐢𝐫 𝐇𝐮.

Aku melihat sebahagian Sufi Batiniyah sudah mula memutar-belit hadis ini untuk menunjukkan kononnya ada zikir khas untuk orang awam, dan ada zikir khas untuk orang yang kononnya dah capai makam tertentu atau sertai tarikat tertentu.

حَفِظْتُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وِعَاءَيْنِ ، فَأَمَّا أَحَدُهُمَا فَبَثَثْتُهُ ، وَأَمَّا الْآخَرُ فَلَوْ بَثَثْتُهُ قُطِعَ هَذَا الْبُلْعُومُ
"Aku menghafal dari Rasulullah ﷺ dua bekas ilmu, salah satu dari bekasnya sudah aku sampaikan kepada kamu semua. Untuk bekas yang kedua, seandainya aku sampaikan kepada kamu semua, maka leher aku akan dipotong."
[HR. Bukhari 120]

Golongan Sufi Batiniyyah yang sesat pada zaman ini sering menggunakan hadis Bukhari ini sebagai dalil untuk menyatakan bahawa adanya ilmu agama, seperti selawat dan zikir, atau kaedah Ibadah yang hanya sampai kepada Tok Guru mereka tanpa disebarkan secara luas. Mereka menggunakan hadis Abu Hurairah ini sebagai bukti yang Abu Hurairah ada menyembunyikan ilmu, dan ilmu ini terdapat pada tok guru dan pengasas tarikat mereka.

Walhal para ulama hadis telah lama mensyarahkan bahawa hadis ini bukanlah bererti para sahabat seperti Abu Hurairah menyembunyikan ilmu agama, tetapi beliau tidak memberitahu tentang kejadian-kejadian yang akan berlaku pada masa hadapan, kerana khuatir ia akan menimbulkan fitnah dan huru-hara di kalangan masyarakat Islam pada masa itu.
Ini adalah antara contoh yang membuktikan bahawa hadis yang disembunyikan oleh Abu Hurairah adalah hadis berkenaan fitan yang akan berlaku pada zaman sahabat, dan tidak berkaitan dengan hukum-hakam dan syariat agama:

1. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
"Mintalah perlindungan Allah sebelum (tahun) ke 70 (Hijrah) dari pemerintahan anak-anak muda"
[Musannaf Ibn Abi Shaybah, Hadith no. 37235, Hadith Hassan]

2. Abu Hurairah berkata kepada dirinya:
"Celakalah ke atas Orang Arab atas musibah yang akan tiba: pemerintahan golongan orang muda!
Jika kamu taat pada mereka, mereka akan menyebabkan kamu masuk neraka,
Jika kamu ingkar padanya, mereka akan menebas leher kamu dengan pedang."
[Musannaf Ibn Abi Shaybah, Hadith no. 37236]

3. Umair Bin Hani meriwayatkan bahawa ‘Abu Hurairah berkata:
"Ya Allah, janganlah biarkan (usia) aku sampai ke tahun 60 (Hijrah)!"
Penjelasan: Doa Abu Hurairah dimakbulkan oleh Allah, dia wafat pada tahun 59 Hijrah.
Manakala Yazid bin Muawiyah menjadi Khalifah pada tahun 60 Hijrah pada usia sekitar 30-35 tahun, usia yang dianggap sebagai usia yang muda oleh orang Arab pada zaman itu dalam memegang tampuk kepimpinan.

Seperti yang kita tahu, pada zaman pemerintahan Yazid bin Muawiyah, tiga fitnah berlaku pada Umat Islam:
I. Pembunuhan Hussein ibn Ali, cucu Rasulullah ﷺ;
II. Serangan ke atas Kota Mekkah oleh Tentera Hussein ibn Numair yang merosakkan Kaabah dan Masjidil Haram sehingga Abdullah ibn Az-Zubair terpaksa membaiki semula binaan Kaabah;
III. Penjarahan Kota Madinah selama 3 hari, yang menyebabkan kematian ramai Para Sahabat.
[Al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah (Kaherah 2008), 13:57.]

4. Apabila Kaabah dibakar dan dimusnahkan oleh Tentera Hussein bin Numair, Abdullah ibn Amr Al-As berdiri sambil berlinang air mata dan berkata:
"Wahai manusia, jika Abu Hurairah memberitahu kamu bahawa kamu akan memerangi cucu Nabi-mu atau kamu akan membakar Bait Rabb-mu, nescaya kamu akan berkata bahawa tidak ada pendusta yang lebih besar dari Abu Hurairah!
Tetapi sekarang kamu telah tahu! (tentang hakikat ini)
Maka nantikanlah balasan Allah di mana kamu akan berpecah dan sebahagian kamu akan merasai seksaan yang dilakukan oleh sebahagian kamu yang lain"
[Siyar A'lam An-Nubula, 3/94]

Dari kenyataan Abdullah ibn Amr Al-As' ini, maka sangat jelaslah bahawa hadis yang tidak disebarkan oleh Abu Hurairah adalah hadis-hadis berkenaan dengan fitnah yang akan berlaku dalam masa terdekat dengan para sahabat, di mana jika ia disebarkan, pasti akan menimbulkan huru-hara di masyarakat Muslim pada zaman itu.
Harapnya kita tidak tertipu dengan tarikat-tarikat atau kumpulan Sufi Batiniyyah yang mendakwa kononnya mereka mempunyai ilmu laduni yang membebaskan mereka dari hukum syariat, atau kononnya mereka mempunyai ilmu yang hanya diketahui oleh tarikat mereka.
Sekian.
Wallahualam.
 
Back
Top
Log in Register