BTC USD 81,371.6 Gold USD 4,024.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~Mudahnya Marketing~

Teroskan usaha anda TT, post2 anda membantu orang melayu yang baru nak berniaga mendapat idea.
 
ok, saya ada business sendiri...

ok, saya ada business sendiri, tapi kecik now what??

dah ada perniagaan sendiri, semua orang tau yang perniagaan ni incremental, slow2 baru dapat generate income yang berterusan. yang susah cuma permulaan @ kick-off tu pon kalau perniagaan kita tu start from scratch tambah2 yang bootstrapping dan bukan yang franchise, beli business orang mahupun family business. yang ketiga2 tu kategori lain. :-?

seakrang berbalik kepada persoalan kita, apa yang kita perlu lakukan selepas kita mempunyai perniagaan sendiri dan sudah mempunyai income @ profit yang berterusan.. (stabil)

A. meningkatkan kualiti perniagaan
B. membesarkan perniagaan

kedua2 diatas memerlukan sejumlah modai. tak kisah lah besaq ka kecik ka, kualiti ka tak kualiti ka, masing2 memerlukan modal. tetapi, apa yang membezakan kedua2 diatas adalah persepsi. seandainya kedai besaq bagai tapi kualiti rendah, tak kemana.

jika kualiti perniagaan bermutu tapi kecik, susah jugak nak cakapnya pon. memerlukan keseiringan antara kualiti dan membesaran perniagaan. tapi dalam situasi kebanyakan perniagaan, kita seharusnya meningkatkan kualiti dahulu barulah melebarkan sayap perniagaan.

mengapa?? kalau bisnes dah besaq dan dah ada status quo, nak ubah dah susah. bak kata pepatah melayu la, melentur buluh biar dari rebung, mengajaq anak biar dari kecil.

nanti nak kena ikut process flow yang lama dan payah kalau tak tingkatkan kualiti dari awal. lepas dah puas hati dengan kualiti yang kita ada, barulah membesarkan perniagaan.

:-?



sejauh mana kita ukur kualiti dan luasnya perniagaan?

kualiti perniagaan blh diukur menggunakan benchmarks dan survey dari ocustomers, suppliers, kawan2 competitors dan lain2 sebagai contoh, stock-in stock-out, maximum order quantity, cashflow dan lain2.

luasnya perniagaan blh ukur guna sebanyak mana premis kita ada @ market share yang kita pegang.

:)paid
 
tahun ini tahun ke 11 saya berniaga.
selepas 2-3 tahun peningkatan sangat besar.
selepas itu ada peningkatan. melebihi 20% setahun. (ukuran sales)
selepas itu matang. peningkatan sekitar 10-20%.
pada masa ini saya sudah tidak dapat berfikir samada nak besarkan perniagaan atau menjaga pelanggan sedia ada.

saya tidak sedar masalah2 yg berlaku. akhirnya, kini perniagaan saya jatuh sekitar 30%. sudah setahun setengah cuba memperbaiki keadaan tapi agak sukar.

sukar untuk memasarkan perniagaan sedia ada (yg tengah bermasalah) berbanding masa tengah nak naik.
 
tahun ini tahun ke 11 saya berniaga.
selepas 2-3 tahun peningkatan sangat besar.
selepas itu ada peningkatan. melebihi 20% setahun. (ukuran sales)
selepas itu matang. peningkatan sekitar 10-20%.
pada masa ini saya sudah tidak dapat berfikir samada nak besarkan perniagaan atau menjaga pelanggan sedia ada.

saya tidak sedar masalah2 yg berlaku. akhirnya, kini perniagaan saya jatuh sekitar 30%. sudah setahun setengah cuba memperbaiki keadaan tapi agak sukar.

sukar untuk memasarkan perniagaan sedia ada (yg tengah bermasalah) berbanding masa tengah nak naik.

ermm... sekadar pandangan dr kata2 tok2 guru sy. jgn tmbh kalau tangan dh penuh. customer yg sedia ada yg bg lbh byk profit. nnt sy celoteh ttgh customer. =)
 
tak sempat sedar masalah/perubahan perniagaan.

banyak dpt info baru dalam buku "permission marketing, seth godin".
 
sekadar bertanya kepada semua orang. senadainya kamu ada perniagaan, (ada branch) dan ada beberapa branch (walaupun satu) sudah banyak tahun (lebih dari 5 tahun) tidak dapat buat profit mahupun menyara diri sendiri. apakah yang akan anda lakukan??

A. teruskan juga (lantaklah rugi pon rugi lah, janji orang tak kata business dia ni dah down da la ni @ mcm tu la melayu~~)

B. katup lah branch ni, try godek2 peluang lain tgk, kot2 ada yang lagi bagus

C. divert branch kepada perniagaan lain.

p/s: sedang bersarang dalam hati, dan pilihan saya adalah C. anda??
p/s/s: berikan jawapan beserta komen.


terima kasih~~ :)cgrock
 
sekadar bertanya kepada semua orang. senadainya kamu ada perniagaan, (ada branch) dan ada beberapa branch (walaupun satu) sudah banyak tahun (lebih dari 5 tahun) tidak dapat buat profit mahupun menyara diri sendiri. apakah yang akan anda lakukan??

A. teruskan juga (lantaklah rugi pon rugi lah, janji orang tak kata business dia ni dah down da la ni @ mcm tu la melayu~~)

B. katup lah branch ni, try godek2 peluang lain tgk, kot2 ada yang lagi bagus

C. divert branch kepada perniagaan lain.

p/s: sedang bersarang dalam hati, dan pilihan saya adalah C. anda??
p/s/s: berikan jawapan beserta komen.


terima kasih~~ :)cgrock

Saya pun akan pilih C macam tuan...:)
 
Auto-Like a.k.a Robot (facebook)

perghh!! dah berabuk thread aku satu ni... tenggelam lak tu, nasib tak tertimbus dalam. :))

hari ni aku ada satu benda nk sembang dengan anda semua tentang Auto-Like a.k.a Robot (facebook)

dewasa ini :p rata2 kita tgk semua pakat2 buat fanpage business masing2. hatta business kecik sekali pun mesti mereka buat business fanpage kat facebook. well, that's great. i kinda like 'em. tu penunjuk bahawa mereka "komited" dan gembira dengan perniagaan masing-masing. tapi tu semua tak jadi masalah atau bukan perbincangan.

hari ni aku nk tunjuk pros dan cons kalau hampa semua guna auto-like atau robot facebook

start dengan pros.

1. bila ada orang tgk page kita, orang akan terkejut dan "WOW!! page ni ada XXXXXXX like, mesti hebat". first impression @ good impact
2. kita gembira sbb tgk byk like
3. mungkin boleh membuat "prospect pool" yg lebih "secured"
4. berapa ramai orang yang tahu ttg page kita
5. sistem referral dalam FB membuatkan orang lain lebih cepat tahu ttg page tu
6. cepat untuk sebarkan maklumat dan market


cons

1. orang tak semestinya tahu tentang business kita tu
2. orang takmau like pon, tapi dah terpaksa
3. like tu bukan betul, tu sekadar virii dan script dalam FB yg bg org nampak jumlah like tu berlambak2. fake~~~
4. like berlungguk2 tapi ikutkan betul-betul sale xdak.
5. orang endah tak endah ja, buat2 taktahu ja.
6. membuatkan seseorang tu seperti ketagih like fb dan blh brags ttg fanpage di byk like.
7. poor quality :(


well, this is marketing tools. tp setelah berada dalam arena ini aku tahu bahawa marketing isn't about begging but rather attracting. #:-S

tunjukkan sesuatu dalam business kamu yang orang suka dan bukan sesuatu untuk meminta2. :)paid

p/s : lebih baik like sedikit tetapi kualiti :)paid
 
Menjaga Hati Customer

~Menjaga Hati Customer~

lain orang lain ragam,
rambut sama hitam, hati lain-lain

hari ni kita sembang pasal menjaga hati customer ataupun term yang sempoi Relationship Selling @ Consultative Selling

relationship selling atau consultative selling ni kurang dan jarang di praktikkan oleh kita dan mungkin juga kita seringkali terlepas pandang.

kita sebagai orang islam, Insya-Allah dapat pahala lebih melalui consultative selling @ relationship selling ni.

semua orang tahu bila berniaga kena murahkan senyuman, ramah dan lain-lain. tetapi berapa kerat yang betul-betul on-track terhadap benda ni?? atau sedar bahawa benda ini boleh ditambah baik?

sebagai contoh senyum sahaja tidak cukup, ramah tamah sahaja tidak cukup. apa yang perlu dan paling penting ialah sedekah @ amal jariah.

kalau ikutkan dalam penjualan di Britain, proses menjaga hati customer ni menjadi benda yang sangat-sangat penting sebab fierce market. sehingga menjaga hati customer diletakkan pada tahap yang ekstrem. bagaimana?

katakan kita menjual sesuatu pada customer selang dua hari dia datang balik cakap dia tidak berpuas hati dengan barang yang dibeli dan mahu memulangkan barang kepada kita. apa yang anda akan lakukan?? di sana, mereka boleh refund duit ataupun tukar kepada barangan lain semata-mata mahu menjaga hati customer. adakah kita boleh??

apa yang saya cakapkan sebagai amal jariah??
katakan seseorang mahu membeli sesuatu kepada kita, kita jangan berat mulut menceritakan A-Z tentang sesuatu itu, keburukan dan juga kebaikan. bandingkan barangan itu dengan barang lain, kita cuba untuk selesaikan masalah yang dihadapi oleh prospect @ potential buyer.

mungkin ada sesetengah kita yang rasa "buang karan ja aku cerita kat mamat tu, haram tak beli pun". sikap tu perlu dibuang, sedekahkan dengan senyuman kalau dia tak mahu beli sekalipun. ingat, tak dapat duit, kita blh dapat pahala. kalau melalui pengetahuan dan penceritaan kita kepada pelanggan @ potential buyer tadi dia manfaatkan, Insya-Allah pahala dalam kubur selagi mana pengetahuan tadi disampaikan kepada orang lain.

menjaga hati customer jg boleh dilakukan dengan servis @ value-added. ni ada diceritakan dalam post sebelum ni.

lagi sekali ingin saya ingatkan follow up. follow up tu penting. mungkin ada sesetengah yang rasakan follow-up ni benda renyah. mgkin cara kita follow up tu membuatkan customer kita rasa terganggu.

cara follow-up, kita jgn suruh dia beli barang kat kita atau apa-apa. kita cuma tanya samada dia ada masalah dengan barang kita tu? adakah dia berpuas hati? adakah barangan yang dibeli dapat menyelesaikan masalah yang dia hadapi?

ini tips; saya dapat 3 lagi keuntungan hasil dari follow-up semata-mata. percayalah.

jika dia berpuas hati, dia akan tambah @ order lagi
kalau dia tak berpuas hati, kita boleh sarankan produk lain
jika dia tak berpuas hati, kita cuba menghilangkan rasa tidak puas hati dia. dan selalunya saya dapat order yang lain hasil dari follow-up.

kita juga perlu memberi maklumat yang tepat tanpa tokok tambah. ada sesetengah orang cakap, berniaga ni kita kena pusing2 atau putar orang sampai ligat. tp bg saya lebih baik kita jujur dan berniaga secara straight-forward tetapi taktik yang perlu kita ubah. mengapa? sesetengah orang akan terpikat kepada kejujuran yang dipamerkan oleh kita.

1.ini beberapa keypoints untuk berjaya dalam relationship @ consultative selling

2.berikan nasihat percuma, maklumat yang betul dan juga jujur

3.fokus dalam membantu pelanggan

4.menceritakan apa sahaja dalam skop yan dimahukan pelanggan

5.nyatakan faedah yang customer dapat hasil dari deal dengan kita

6.follow-up

7.bercakap menggunakan nada yang rendah tetapi meyakinkan


p/s ; kita perlu bertanya kepada pelanggan ttg kita
p/s/s ; tidak semua pelanggan mahu "menolong" kita tingkatkan kualiti perniagaan kita dengan bercakap benda jujur.
 
Back
Top
Log in Register