BTC USD 84,611.2 Gold USD 4,141.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~Mudahnya Marketing~

menakjubkan thread ni..sampai abis aku stdy..nk kne ulang balik pahamkan,boleh jdkan panduan..tq tt :)cgrock:)cgrock
 
teruskan tt saya suka treat ni! smga dgn membantu org lain tt semakin hebat dn murah rezeki, amin
 
assalamualaikum wbt.

di kesempatan ini saya terpanggil (terpanggil?? sapa yg panggil?) untuk menulis serba sikit ilmu marketing untuk dikongsi bersama.

sama2 kita naikkan pengetahuan dan ilmu kita dalam dunia marketing
bg saya, dalam berniaga, everything revolve around marketing.

oh, yesss... marketing paling penting dan utama. tonggak perniagaan. :D
sorait... meh saya nk mulakan meh. meh. kita bukak dengan Bismillahirrahmanirrahim.....

marketing ni dalam bahasa kita org panggil pemasaran.

definisi yang orang selalu dok guna pakai adalah ini;
marketing ni merujuk kepada aktiviti dan proses untuk mewujudkan barang, berkomunikasi ttg barang, dan bertukar-tukar barang yang mempunyai nilai untuk pelanggan, bakal pelanggan, rakan-rakan dan masyarakat.

kita masuk lak kat falsafah pengurusan pemasaran, dalam falsafah pengurusan pemasaran ada empat yakni pengeluaran, jualan, pasaran dan masyarakat

pengeluaran - kita hanya bersandarkan semata-mata kebolehan kita dalam pengeluaran, tak kisah la kita tak maw nk buat natang ni pon, xdak orang dok tanya nak mai beli pon, tapi dah kita reti buat benda ni ja nk buat macam mana, gasak pi la buat pengeluaran.

contohnya, kita buat kerusi. kita semata2 reti buat kerusi ja, kita pon tutoh buat kerusi bertahun2. gasak pi la mcm mana pon, dalam falsafah ni jugak kita berpegang dalam konsep ekonomi, kalau ada supply, mesti ada demand.

lagi contoh, kita dok buat cucoq cempedak, mana kita nak taw orang nak cuq cempedak ka dak, kita buat ja, sebab kita terrer buat cucoq ni ja. kita berpegang kalau kita juai mesti ada yang nk beli.

jualan - jualan akan meningkat bila kita buat pemasaran yang agresif. (di selalu dalam MLM, kerja jadi salesmen). kita ligan target, ligan sales. lagi gigih kita pi promote, lagi la ramai orang nak beli ngan kita.

pasaran - pasaran ni lak yang betul2 core dalam marketing. (susah sikit nk apply benda ni). kita mulakan dengan kajian. kita tengok pasaran dan orang ramai nak benda apa, demand benda apa, ketagih dan sangap benda apa. kita juai.

secara relatifnya, bila ramai orang demand satu satu benda, senang kita nak jual. tp masalah di marketing R&D, research of the market. (rajin2 la pakai google nak search)

sebagai contoh, thun 2015 ialah tahun dimana produk2 kosmetik dan kecantikan "boom" sampai market jadi tepu. permainan dalam sektor ni menjadi semakin agresif, yeah!!. bermula tahun 2015 juga rata2 orang akan sangap kereta hybrid minyak ngan bateri sebab minyak skyrocketting, time ni juai kereta2 mcm ni byk masyuk~~

Masyarakat - kita nak meniaga pon kena tengok masyarakat?? mana2 bisnes yang core mcm ni, mmg tabik. they rocks!! :)cgrock berniaga bukan semata2 untuk keuntungan, tetapi untuk memastikan komuniti dan masyarakat dalam keadaan harmoni. (philanthropic lak)

contohnya, syarikat2 recycle plastik, kaca, besi dan lain lain. syarikat2 swasta yang dok kutip sampah, potong rumput dll. markting mcm ni jugak yang bagi nama dorang naik.

meskipun kita tgk eeeyuuuwww, syarikat kutip sampah~~ mmg depa kutip sampah, tapi kalau depa tak kutip maw hari tutup hidung bau sampah. depa pon untung hasil dari servis, kitar semula secara langsung preserve environment.


fokus organisasi

nilai pelanggan - sejauh mana penlanggan menilai barang yang kita offer, service yang kita beri. hubungan diantara manfaat yang depa dapat dengan wang ringgit yang depa bagi. berbaloi atau tidak, kita kena ambik kira oooo.

maw semua kemas2, hebat2, kena lak harga kita cas murah, return customer (RC) tinggi oo. itu yang marketing mahu. not one time @ one touch customer. sekali maw, kapak harga, pancung, cekik darah. itu, dalam ilmu marketing tidak beradab. :D
  1. jual barang yang berkualiti
  2. dapatkan kepercayaan
  3. toksah dok letak harga yang mencekik darah
  4. cerita ttg barang kita nak jual tu dari A-Z, kalau boleh ajar cara2 nak guna, nak godam sekali biaq puas hati bagi
  5. after sales support
  6. terima buah fikiran pelanggan

kepuasan pengguna - haaa, tang sini yang kebanyakan orang akan stress, kepuasan pengguna, (orang dok sebut customer is always right, customer is the king bagai) persoalan, macam mana kita nak puaskan hati pengguna @ pelanggan??

pelanggan @ customer ni akan berpuas hati bila barang dan service yang kita bagi mencapai jangkaan depa, dan lebih baik lagi melebihi jangkaan mereka. bagi contoh bang.ng mcm ni lah.

aku dulu kerja plumber, setiap kali siap kerja aku, aku cuci bilik air, kalau kat dapur, aku mop dapur, cuci singki, buang sisa2 kerja aku, kalau kat porch rumah, aku sapu sampah, cuci porch, kalau luar rumah orang, aku tolong siram pokok bunga. bunga apa pon, bagi customer puas hati ja dengan value-added service.

toksah dok cas duit pon dengan value-added tu, sebab mereka jangkakan kita membaiki paip rosak, tapi kita buat lebih dari sekadar membaiki, kita cuci dan mop habes dapur (tak mop macam mana air tembak dapur habes basah dah. ahahaha, tuang ajax sj la, mop)

lagi, kalau ada customer yang complaint, kita selalu minta maaf dan berikan penjelasan sebaik mungkin. toksah la dok cakap, hg nak tutup periuk nasi aku, nak pelingkup periuk nasi aku. api lawan ngan api, dua terbakar. kita jadi air, sejuk ja, api pon padam

wallahua'lam

takat tu dulu parking, nak keluar beraya lagi. :)cgrock
boring2 nanti sambung g

Fuhh,tekaan TT betol la..

p/s: TT,agak2 3 taun lg ape yang boom? :D:D:D
 
Back
Top
Log in Register