BTC USD 81,573.7 Gold USD 4,023.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~Mudahnya Marketing~

satu lagi pasal bukak cawangan baru.

katakan kos untuk bukak cawangan baru 100k.
jadi saya dah ada 50k dan 50k lagi dalam bentuk "term" dari supplier.

apakah ini selamat? term tersebut sekitar 1 - 3 bulan.

(dah keluar topik marketing nim..)

mengikut teori, tuan ni nak cuba cuba bernafas dalam air kah??

saya rasa ni cubaan 50-50
mungkin kos sewa kedai, decoration, tambah sana sini, renovate sebagainya adalah 25K. balance 25K. ratio acid jadi 0.25:1

sebulan tuan ada komitmen untuk kedai baru ni, (rolling money) sebanyak 5K. tuan mampu bertahan untuk 5 bulan. tapi tuan mesti ambil kira dengan marketing effort.

p/s : 6% untuk marketing? saya rasa tuan perlu tingkatkan sikit lagi. letakkan 10%

p/s/s : giant companies gunakan kaedah 80/20 @ 60/40 untuk marketing campaign. 80% untung untuk marketing 20% sebagai untung @ 60% untung untuk marketing 40% sebagai untung.
 
Last edited:
sekali sekala, tuan boleh juga buat public relation(mesej komuniti).

sebagai contoh, edarkan fliers berbentuk payung @ petak dengan luaran dengan logo avira @ avg @ karpersky dan terangkan kepada mereka cara untuk elakkan komputer dimasuki virus dan apa kesan2 virus, dan apakah virus yang seringkali masuk dalam komputer dan lain2. (pesen yang boleh lipat2 jugak ni, tak lipat pon takpa, ikut kreativiti)

letakkan ayat, "adakah komputer anda selamat??" lepastu merapu sikit2, check komputer anda, simptom2 dan lain2 dan ayat penamat "kami mempunyai penyelesaian"

mesej komuniti ini dibawakan oleh syarikat tuan.

boleh jugak letakkan dalam tu mesej komuniti macam, "trace your family behaviour". adakah keluarga anda sekian2, masalah2 yang mungkin dihadapi dengan facebook, lucah dan lain2. selalu pantau la, apa la membebel lebih kurang. ayat penamat "jagalah keharmonian rumah tangga anda" mesej di sampaikan oleh sekian sekian sekian...

after-sales service pon bagus jugak untuk dipraktikkan. sebagai contoh, kalau ada pelanggan yang beli barangan melebihi RM sekian sekian. setiap 6 @ 3 bulan sekali hantar surat kat dorang. surat penghargaan, cerita lebih kurang, ayat manis ja. bagi dorang rasa dihargai.

tapi!! KEEP IT SIMPLE

p/s : marketing isn't all bout promoting your products and stuff.
 
thread yg bagur..tq TT dan lain2 yg sudi berkongsi knowledge dan pengalaman..
 
terlupa lak, questionnaire.

kita buat satu pamphlet yang ada soalan. soalan objektif.

contoh,
1.kenapa tuan/puan/encik/cik datang ke downtown ditengah malam?

  • a.membeli barang murah
  • b.saja lepak2
  • c.cuci mata kadang ada barang rare, beli lah
  • d.banyak barang2 yang sempoi2

2.apakah barang2 yang paling tuan/puan/encik/cik mahu beli di sini / berminat untuk dijualkan disini?
  • a.kain baju
  • b.cicak tokek
  • c.pedang samurai
  • d.apple iphone 5

contoh ya tuan. :)

Terima kasih bro... ni boleh jadi tuan penasihat ni... taknak ke buat biz pasal info berguna ni..ramai anak melayu kita yg berniaga yg tak mahir tentang marketing ni tuan, bukan nak ambik kesempatan tpi kalau berbayar lebih bernilai bagi mereka...
terima kasih sekali lagi tuan... mungkit kalau ada masa kita boleh jumpa... itu pun kalau tuan nak la...
 
penasihat... pernah terfikir untuk membuka firma business analyst. tapi setelah seketika, saya rasa diri ini masih kerdil dan kecil, nak cari lebih banyak ilmu dan pengalaman. nak tambahkan kualiti dan kuantiti ilmu pengetahuan dan skill. takut apa yang sampaikan hanyalah sebahagian kecil dan tak mampu untuk membantu orang yang mengambil servis saya berjaya. mungkin satu hari nanti bila ada rezeki, insya-Allah saya akan.

boleh saja jumpa. tiada masalah. ada rezeki insya-Allah kita dipertemukan. :)

terima kasih banyak tuan. :)
semoga berjaya dunia akhirat.
 
MARKET SEGMENTATION & NICHE MARKET PROFESSIONAL

hari ni saya akan berceloteh dalam MARKET SEGMENTATION dan NICHE MARKET PROFESSIONALS

kita fahami dulu apa itu market segmentation.

market = orang ramai atau organisasi yang ada kemahuan dan keperluan kepada sesuatu, depa ni jugak ada kuasa membeli dan juga kemahuan untuk membeli.(ayat belit2 sikit)

segmentation = sub-group kepada orang ramai dan organisasi yang berkongsi satu atau beberapa ciri2 yang membuatkan mereka untuk membeli servis @ produk

market segmentation = proses membahagikan orang ramai kepada group2 tertentu mengikut ciri2 yang telah kita tentukan

contoh, kita masukkan orang ramai dalam beberapa kategori. (contoh perniagaan, pusat jagaan kanak-kanak a.k.a nurseri)
contoh segmentation kriteria,
  • ibu bapa yang bekerja
  • ibu tunggal yang bekerja
  • bapa tunggal yang bekerja
  • ibu yang mempunyai bayi dan anak yang ramai
  • ibu yang malas menjaga anak2 dirumah
  • keluarga yang mempunyai anak yang ramai.
  • keluarga yang kaya dan mempunyai orang gaji
  • ibu bapa yang bekerja tapi berpendapatan rendah
  • ibu bapa yang lebih meninggalkan anak2 kepada orang tua
  • meninggalkan anak2 kepada jiran untuk dijaga
  • mempunyai anak2 yang sudah besar

ni contoh fully segmented market. letakkan terlalu banyak kriteria dalam mrket segmentation.

melalui kajian tersebut, kita boleh la taw serba serbi tentang market yang kita nak masuk. jangan sesekali fikir semua orang nak ambil servis kita. ni selalu terjadi kepada orang yang mula dan baru berjinak2 kucing dalam nak meniaga. sekali nak jual barang @ bukak kedai, mcm semut hurung makanan @ lalat hurung tahi.

melalui segmentation, kita kirakan berapa banyak potential customer kita. letakkan margin 10%down, 5%up ataupon letakkan 80/20.

contoh macam coca-cola. pada mulanya dorang target mass-market. ingat smua orang nak langgah coke dorang yang satu tu. lepas dorang buat market segmentation, dorang dapat tahu, ada orang ni nk kurang manis, orang ni suka coke perisa vanille, orang ni nak coke yang rasa gas gila2. untuk dapatkan lebih market, dorang develop lebih banyak produk mcm vanilla coke, diet coke, lemon coke, [STRIKE]durian coke, cendawan coke,[/STRIKE] (merapu).

ada tiga kelebihan bila kita buat market segmentation
  1. boleh tahu market kita, potential customer dan ciri2 customer
  2. memberi maklumat arah tujuan dan kekuatan kepada perniagaan kita
  3. market segmentation ni memberi lebih pencerahan kepada apa yang customer maw

kriteria untuk market segmentation
  • mantap
  • dikenal pasti
  • dapat di akses
  • responsif (logic)

market segmentation boleh di kategorikan kepada beberapa bahagian
  • geografi
  • demografi
    • umur / usia
    • seks (lelaki @ perempuan)
    • income / pendapatan
    • suku sakat / races / bangsa
    • keluarga
  • psikografi
    • personaliti
    • motif
    • cara hidup / trend
    • geodemographic

market segmentation ada 3 jenis
  1. undifferentiated strategy
  2. concentrated strategy
  3. multisegment strategy

undifferentiated strategy ni kita tak bahagia @ buat grouping kepada market @ mass audience. kita tibai rata ja semua macam coca-cola marketing time zaman awal2 dulu. kita ambil ja semua. broad market.

concentrated strategy ni kita ambil satu segment dalam market segmentation yang kita dah buat pastu kita tumpukan sepenuhnya kepada segment tu. sebagai contoh, kita bukak kedai komputer bertemakan AMD. kita cuma target untuk die-hard fanboy AMD ja, dan juga kaki gaming yang suka dok mofified desktop dorang. kita fokus gila2 punya. sampai orang fikir, ai, takkan AMD bukak kedai konsep kat sini kot.

multi-segment strategy ni kita ambil dua atau tiga dalam market segmentation dan usahakan semuanya. kita tidak fokus kepada hanya satu tapi kita ada beberapa segment yang kita fokus secara holistik. contoh macam coke sekarang. multisegmentation, sebab tu dorang produce banyak jenis coke. mcam sanitary pad dari kotex, intimate dll, dorang ada yang mahal, yang murah, yang sedang, yang saiz s,m,l,xl,xxl,[STRIKE]xxxl,xxxxxl,xxxxxxxl,xxxxxxxl,xxxxxxxxxl[/STRIKE]

NICHE MARKET PROFESSIONALS
niche market professional ni sama macam concentrated strategy

sambung lain kali lak, nak lepak2 petang. :p
 
mengikut teori, tuan ni nak cuba cuba bernafas dalam air kah??

saya rasa ni cubaan 50-50
mungkin kos sewa kedai, decoration, tambah sana sini, renovate sebagainya adalah 25K. balance 25K. ratio acid jadi 0.25:1

sebulan tuan ada komitmen untuk kedai baru ni, (rolling money) sebanyak 5K. tuan mampu bertahan untuk 5 bulan. tapi tuan mesti ambil kira dengan marketing effort.

p/s : 6% untuk marketing? saya rasa tuan perlu tingkatkan sikit lagi. letakkan 10%

p/s/s : giant companies gunakan kaedah 80/20 @ 60/40 untuk marketing campaign. 80% untung untuk marketing 20% sebagai untung @ 60% untung untuk marketing 40% sebagai untung.

saya memang plan macam ni. dah memang tahap bernafas dalam air..
seorang sahabat saya dah cuba dengan 50k modal sendiri, 150k hutang supplier. term 1-3 bulan. dapat bertahan kurang setahun. memang risiko tinggi.

tapi dalam bisnes nim, orang yang berani je boleh cepat naik. (dan jugak cepat jatuh). kalau kaedah konvesional, lebih lambat tapi agak selamat.

saya ada buat kajian kasar, kompeni/kedai kecik/micro memang takde bajet marketing.
 
concentrated strategy ni kita ambil satu segment dalam market segmentation yang kita dah buat pastu kita tumpukan sepenuhnya kepada segment tu. sebagai contoh, kita bukak kedai komputer bertemakan AMD. kita cuma target untuk die-hard fanboy AMD ja, dan juga kaki gaming yang suka dok mofified desktop dorang. kita fokus gila2 punya. sampai orang fikir, ai, takkan AMD bukak kedai konsep kat sini kot.

sekitar tahun 2002 ada sebuah kedai di lowyat plaza, overclockers paradise atau lebih dikenali dengan nama OP. produk yang dia bawak masuk semua berkaitan overclock. kedai dia sebelah belakang sikit dan kaler hitam. memang konsep lah.

tapi tak mampu bertahan. tak tahu sebab apa. mungkin segmen OC ni tak besar atau, harga yang sedikit mahal (sebab lepas tu ramai yg jual brg yg sama online dan harga lebih murah).

nak main segmen boleh tapi kadang2, tak lama. saturated atau no demand.
 
betul tuan. pilihlah segmen yg terbaik yg kita rasa kita mmpu bawa. :)
 
saya memang plan macam ni. dah memang tahap bernafas dalam air..
seorang sahabat saya dah cuba dengan 50k modal sendiri, 150k hutang supplier. term 1-3 bulan. dapat bertahan kurang setahun. memang risiko tinggi.

tapi dalam bisnes nim, orang yang berani je boleh cepat naik. (dan jugak cepat jatuh). kalau kaedah konvesional, lebih lambat tapi agak selamat.

saya ada buat kajian kasar, kompeni/kedai kecik/micro memang takde bajet marketing.

jika diikutkan cara saya, saya lebih sukakan cara yang selamat. play-safe. walaupun permulaan untung kecil, lama kelamaan untung besar juga. berbanding bermain dengan risiko, walaupun cepat untung, tapi cepat juga untuk kita jatuh rugi. masa yang lm yg kita ambil, lg byk perkara yg kita dpt belajar. jika rygi sekalipun, dlm julat yg kecil. dpt jd pengajaran kpd kita supaya lebih berhati sekiranya bermain dengan nilai dan julat yg besar.

pengalaman memberikan lebih pengetahuan :)
 
Back
Top
Log in Register