assalamualaikum..
Saya dah masuk 10 tahun berniaga komputer secara kecil-kecilan.
Pada tahun ketujuh, perkembangan perniagaan sangat kuat. cash reserve pon ada. Jadi plan untuk bukak satu cawangan. Target kedai utama untung 6k, cawangan untuk 3-4k, cukup dah.
Salah seorang kawan saya (sama line biz, cuma area berbeza 40km), berkembang dulu. Dia bukak 2 branch terus. Pakai dalam 300k untuk 2 cawangan ini. Tak sampai setahun, 2-2 branch tutup sebab ekonomi slow pada tahun 2008/2009.
Ini terus membantutkan niat saya nak berkembang.
Persoalan :
1. Bagaimana nak buat marketing untuk biz yang dah mature?
2. Bagaimana nak buat marketing pada masa ekonomi tengah slow?
ni kaedah yang pernah saya pakai (tak tetap)
- flyer (direct ke postbox, kereta)
- sms ke pelanggan
- banner
- promotion/discount
tak berkesan / kurang berkesan
- facebook (request harga tak logik, komen yg menjatuhkan)
- mudah.my (request harga tak logik)
- blog/web (kurang dikenali masyarakat setempat)
sebab bisness saya target tempatan sahaja (dalam 10-15km radius),
saya prefer guerilla marketing.
Kaedah serang hendap, murah tapi berkesan.
baguslah, tuan dah ada cash reserve.

liquid ratio perniagaan tuan mcm mana? bagus?
marketing untuk bisnes yang tengah mature, tuan boleh sekali sekala ubah perencah dan perisa perniagaan tuan. sekali sekala tukar presentation kedai dan layout kedai dengan retain nama kedai yang sedia ada.
bila orang tengok ada perubahan kat kedai, orang lebih suka nak tengok2, alaaaa, macam eksiden la, bukan ada apa pon, tp orang penuuh gak dok kerumun. tuan setiap kali tukar presentation kedai, buat mcm grand. buh belon2 besar, bendera2 tiga segi tu, mcm kedai grand launch. sekali sekala buat promotion
paling penting retention. tuan kena cari apa yang paling customer minat melalui kaedah selective retention. dan juga positioning. sentiasa follow-up dengan environment. ada sales, ada promotion, ada cabutan bertuah, ada stok baru sampai, buat pr, dll.
kalau untuk ekonomi tengah slow, hadkan tahap marketing sebab bila ekonomi slow, mmg bisnes yang paling teruk kena. nak jual barang susah, harga naik. naik harga orang taknak beli. guna harga lama, untung kurang. jadi hadkan marketing dan tumpukan kepada retain customer @ base customer @ return customer sahaja tanpa customer baru. nak daptkan customer baru susah dan kos mahal. lagi senang dengan jaga customer lama yang sedia ada.
flyers dengan banner.
banner letakkan ditempat yang strategik. jgn hanya pandukan kepada trafik semata2. jgn tumpukan bahawa lagi tinggi trafik, lagi ramai orang akan perasan banner yang kita tempek. tidak semestinya. the relationship is not that positive nor negative. varied. letak dekat tempat yang rilex2, tempat yang orang tengok senang nak lekat dalam kepala otak. trafik dalam sederhana dan tempat yang kurang stress.
(boleh tuan tepek banners dengan fliers tuan, mungkin saya boleh bagi lebih cadangan)
bagus!. 10-15KM radius adalah mencukupi. tahap ni dikira sebagai tahap yang effektif. lebih dari tahap ni, agk susah nak maintain.
guerilla marketing.... ya, sungguh guerilla marketing mudah, murah dan berkesan. tapi dalam jangka masa yang panjang, susah nak sustain. tambahan, marketing jenis ni tidak berapa melambangkan professional dan membawa apa sebenarnya pembawaan kita. core kita. tapi seperti yang tuan cakapkan, berkesan.
