MARKET SEGMENTATION & NICHE MARKET PROFESSIONAL
hari ni saya akan berceloteh dalam MARKET SEGMENTATION dan NICHE MARKET PROFESSIONALS
kita fahami dulu apa itu market segmentation.
market = orang ramai atau organisasi yang ada kemahuan dan keperluan kepada sesuatu, depa ni jugak ada kuasa membeli dan juga kemahuan untuk membeli.(ayat belit2 sikit)
segmentation = sub-group kepada orang ramai dan organisasi yang berkongsi satu atau beberapa ciri2 yang membuatkan mereka untuk membeli servis @ produk
market segmentation = proses membahagikan orang ramai kepada group2 tertentu mengikut ciri2 yang telah kita tentukan
contoh, kita masukkan orang ramai dalam beberapa kategori. (contoh perniagaan, pusat jagaan kanak-kanak a.k.a nurseri)
contoh segmentation kriteria,
- ibu bapa yang bekerja
- ibu tunggal yang bekerja
- bapa tunggal yang bekerja
- ibu yang mempunyai bayi dan anak yang ramai
- ibu yang malas menjaga anak2 dirumah
- keluarga yang mempunyai anak yang ramai.
- keluarga yang kaya dan mempunyai orang gaji
- ibu bapa yang bekerja tapi berpendapatan rendah
- ibu bapa yang lebih meninggalkan anak2 kepada orang tua
- meninggalkan anak2 kepada jiran untuk dijaga
- mempunyai anak2 yang sudah besar
ni contoh
fully segmented market. letakkan terlalu banyak kriteria dalam mrket segmentation.
melalui kajian tersebut, kita boleh la taw serba serbi tentang market yang kita nak masuk. jangan sesekali fikir semua orang nak ambil servis kita. ni selalu terjadi kepada orang yang mula dan baru berjinak2 kucing dalam nak meniaga. sekali nak jual barang @ bukak kedai, mcm semut hurung makanan @ lalat hurung tahi.
melalui segmentation, kita kirakan berapa banyak potential customer kita. letakkan margin 10%down, 5%up ataupon letakkan 80/20.
contoh macam coca-cola. pada mulanya dorang target mass-market. ingat smua orang nak langgah coke dorang yang satu tu. lepas dorang buat market segmentation, dorang dapat tahu, ada orang ni nk kurang manis, orang ni suka coke perisa vanille, orang ni nak coke yang rasa gas gila2. untuk dapatkan lebih market, dorang develop lebih banyak produk mcm vanilla coke, diet coke, lemon coke, [STRIKE]durian coke, cendawan coke,[/STRIKE] (merapu).
ada tiga kelebihan bila kita buat market segmentation
- boleh tahu market kita, potential customer dan ciri2 customer
- memberi maklumat arah tujuan dan kekuatan kepada perniagaan kita
- market segmentation ni memberi lebih pencerahan kepada apa yang customer maw
kriteria untuk market segmentation
- mantap
- dikenal pasti
- dapat di akses
- responsif (logic)
market segmentation boleh di kategorikan kepada beberapa bahagian
- geografi
- demografi
- umur / usia
- seks (lelaki @ perempuan)
- income / pendapatan
- suku sakat / races / bangsa
- keluarga
- psikografi
- personaliti
- motif
- cara hidup / trend
- geodemographic
market segmentation ada 3 jenis
- undifferentiated strategy
- concentrated strategy
- multisegment strategy
undifferentiated strategy ni kita tak bahagia @ buat grouping kepada market @ mass audience. kita tibai rata ja semua macam coca-cola marketing time zaman awal2 dulu. kita ambil ja semua. broad market.
concentrated strategy ni kita ambil satu segment dalam market segmentation yang kita dah buat pastu kita tumpukan sepenuhnya kepada segment tu. sebagai contoh, kita bukak kedai komputer bertemakan AMD. kita cuma target untuk die-hard fanboy AMD ja, dan juga kaki gaming yang suka dok mofified desktop dorang. kita fokus gila2 punya. sampai orang fikir, ai, takkan AMD bukak kedai konsep kat sini kot.
multi-segment strategy ni kita ambil dua atau tiga dalam market segmentation dan usahakan semuanya. kita tidak fokus kepada hanya satu tapi kita ada beberapa segment yang kita fokus secara holistik. contoh macam coke sekarang. multisegmentation, sebab tu dorang produce banyak jenis coke. mcam sanitary pad dari kotex, intimate dll, dorang ada yang mahal, yang murah, yang sedang, yang saiz s,m,l,xl,xxl,[STRIKE]xxxl,xxxxxl,xxxxxxxl,xxxxxxxl,xxxxxxxxxl[/STRIKE]
NICHE MARKET PROFESSIONALS
niche market professional ni sama macam
concentrated strategy
sambung lain kali lak, nak lepak2 petang.
