BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muar diisytihar darurat

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Keadaan bandar Muar dengan bacaan IPU mencecah 421 pada jam 1 petang semalam.


SHAH ALAM - Muar diisytihar darurat pagi ini berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap setinggi 750.

Sementara dua bandar di Melaka mencatat bacaan merbahaya di tahap 300.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel berkata, hari ini kedaan jerebu di tiga bandar telah mencapai tahap berbahaya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Halimah Hassan pagi ini telah meminta pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengisytiharkan darurat di Muar hari ini.

MKN dijangka akan mengeluarkan arahan kepada penduduk untuk tinggal dalam rumah dan mengarahkan sekolah di beberapa negeri terus ditutup.

Menurut Palanivel, IPU tertinggi direkodkan di Malaysia ialah di Sarawak pada 1997 dengan bacaan 860.

Beliau juga berkata MKN akan mengeluarkan arahan supaya orang ramai berada dalam bangunan dan mengarahkan sekolah di beberapa negeri untuk terus ditutup.

"MKN sepatutnya mengkaji langkah pembenihan awan dengan segera," katanya.

Berdasarkan indeks kualiti, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.
 
singapore sudah sound indon... malaysia bila lg?? lagi satu... indon xnak claim ke jerebu ni??
 
singapore sudah sound indon... malaysia bila lg?? lagi satu... indon xnak claim ke jerebu ni??

aku mengesyorkan supaya indon claim jerebu2 ni jd hak mereka,mcm diorg claim batik songket bagai sblm ni :)):))
 
mertua aku duk kat tg gading..dekat tg agas tu..

adik ipar aku kata mmg teruk gila..x nampak apa..
 
Back
Top
Log in Register