combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
MRL Lancar Trak Pameran Bergerak ECRL Menjelang Operasi Januari 2027
Kredit: FB Shamsul Azri bin Abu Bakar
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencapai kemajuan pembinaan keseluruhan sebanyak 94 peratus setakat Mei lepas dan dijadualkan memasuki fasa ujian serta pentauliahan sebelum memulakan operasi komersial pada Januari 2027.
Sehubungan dengan itu, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mengambil inisiatif melancarkan Trak Pameran Bergerak ECRL 2026 hari ini bertujuan menyantuni masyarakat setempat serta meningkatkan kesedaran awam mengenai perkembangan projek berkenaan dan operasi masa hadapannya.
MRL dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelancaran trak berkenaan disempurnakan Ketua Setiausaha Negara yang juga Pengerusi MRL Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar bersama Ketua Pegawai Eksekutif MRL Datuk Seri Darwis Abdul Razak di Publika di sini.
“Program jelajah ini sebahagian daripada usaha berterusan MRL untuk memperkukuh libat urus awam bersama komuniti di sepanjang jajaran ECRL, khususnya di kawasan luar bandar dan separa bandar di Pantai Timur.
“Di samping itu, ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan awam seiring dengan kerja-kerja pengaktifan sistem elektrik Projek ECRL,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Shamsul Azri dalam kenyataan sama dipetik berkata ECRL adalah pelaburan jangka panjang negara yang dijangka memperkukuh kesalinghubungan, merangsang pembangunan wilayah dan mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang lebih seimbang di Semenanjung.
Beliau berkata inisiatif itu mencerminkan komitmen MRL terhadap ketelusan, keterangkuman dan penglibatan rakyat dalam pelaksanaan projek infrastruktur negara yang berimpak tinggi, seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Dalam pada itu, Darwis berkata menjelang fasa ujian dan pentauliahan, rakyat memerlukan sumber rujukan yang jelas dan mudah diakses mengenai perkembangan projek serta manfaatnya kepada kehidupan harian mereka.
“Trak Pameran Bergerak ECRL menyediakan platform yang lebih mesra komuniti, membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat secara langsung, mengemukakan pertanyaan dan memahami peranan ECRL dalam memperkukuh kesalinghubungan, mobiliti serta peluang ekonomi di Pantai Timur,” katanya.