BTC USD 85,272.8 Gold USD 4,330.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MPI Rancang Program Perkasa Wartawan Hadapi Landskap Baharu Media - Presiden

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,370
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,370
Reaction score
346
Points
141
1cd988e1e7c6034222bbbc6f317290c95eaed9954450e

Datuk Yong Soo Heong

Malaysian Press Institute (MPI) merancang melaksanakan program pembelajaran berstruktur dan berimpak tinggi tahun ini bagi memastikan wartawan tempatan kekal berintegriti serta bersedia mendepani landskap media yang semakin kompleks dan dipacu teknologi digital.

Presidennya Datuk Yong Soo Heong berkata inisiatif itu akan dilaksanakan melalui kerjasama strategik dengan agensi berkaitan serta institusi pengajian tinggi, selaras dengan usaha memperkukuh ekosistem latihan media negara.

“MPI komited untuk memastikan wartawan Malaysia terus berintegriti, berdaya saing dan bersedia menghadapi perubahan landskap media yang semakin kompleks serta dipacu oleh teknologi digital,” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MPI yang diadakan secara hibrid, hari ini.

Yong turut menggalakkan pengamal media daripada unit komunikasi korporat untuk menyertai program latihan yang disusun MPI tahun ini.

Mesyuarat tersebut dihadiri 33 ahli termasuk proksi yang mewakili organisasi masing-masing.

Antara ahli yang hadir secara fizikal ialah Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Azhari Muhidin serta Ketua Pengarang Kumpulan Media Chinese International (Malaysia) Datuk Kuik Cheng Kang.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat berkenaan turut bersetuju mengekalkan tempoh lantikan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden MPI selama tiga tahun, selaras dengan Klausa 77(b) Perlembagaan MPI.

 
Back
Top
Log in Register