BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MPI Mahu Lahirkan Pempengaruh Berwibawa Dalam Kalangan Wartawan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

MPI Mahu Lahirkan Pempengaruh Berwibawa Dalam Kalangan Wartawan​

9da578f8669cb9abdaa3d417d74b8e80684110274632e

Presiden Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Yong Soo Heong

Ketika media sosial semakin dipenuhi kandungan pantas tular yang belum tentu sahih, Institut Akhbar Malaysia (MPI) memilih “melawan api dengan api” dengan melahirkan wartawan pempengaruh berwibawa.

Presiden MPI Datuk Yong Soo Heong berkata wartawan profesional boleh menjadi pempengaruh berwibawa tanpa mengorbankan fakta dan etika kewartawanan.

“Ramai wartawan muda di lapangan kini pantas menghasilkan liputan dan laporan yang melalui proses semakan fakta kerana mereka sedar tanggungjawab dipikul terhadap diri sendiri, majikan serta pengguna berita.

“Sudah tiba masanya wartawan memperkukuh peranan mereka dan berpegang teguh pada kepakaran dimiliki untuk menyampaikan sesuatu isu, berbanding menjadi ‘pemerhati maklumat’ semata-mata. Kita melawan api dengan api tetapi dengan cara bertanggungjawab,” katanya kepada Bernama.

Yong berkata langkah itu bukan bertujuan menjadikan wartawan mengejar populariti atau jumlah pengikut, sebaliknya memastikan kandungan berita mereka mendapat perhatian ramai dengan sumber yang boleh dipercayai.

Beliau berkata kemajuan teknologi digital sejak beberapa tahun kebelakangan ini membolehkan sesiapa sahaja menyiarkan maklumat.

“Kita tidak dapat menghalang orang ramai daripada mendapatkan maklumat daripada pempengaruh… di sinilah literasi media memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat Malaysia yang lebih peka dan berinformasi.

“Kecekapan literasi media perlu dipertingkatkan agar mereka yang mengakses berita dan maklumat dapat mengenal pasti saluran media sahih serta memahami naratif dihasilkan, dicipta atau dimanipulasi individu bukan media yang sekadar mahu menarik perhatian atau menambah pengikut,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register