BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mozilla Akan Menamatkan Perkhidmatan Pocket Pada 8 Julai 2025

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
Mozilla hari ini secara mengejut mengumumkan mereka akan menamatkan perkhidmatan Pocket, pada 8 Julai 2025. Pocket merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan anda menyimpan pautan, dan kemudiannya membaca ia pada kemudian masa atau merujuknya dengan mudah. Mozilla sebelum ini telah mengambil-alih Pocket pada 2017 yang lepas. Mozilla mengatakan pengguna telah menyimpan jutaan artikel melalui Pocket, namun cara penggunaan dan pelayaran web oleh orang ramai kebelakangan ini telah berubah berbanding dulu. Dengan penamatan ini, Mozilla dijangka akan lebih memfokuskan kepada pembangunan pelayar web Firefox mereka. Pengguna Pocket sedia ada boleh mengeksport simpanan anda sebelum 8 Oktober 2025 kelak.
1748327393799.png
 
Pengasas Digg Berminat Untuk Mengambil-Alih Pocket Daripada Mozilla

Pengasas Digg, Kevin Rose kini secara terbuka membida untuk mengambil-alih aplikasi Pocket daripada Mozilla. Perkongsian ini hadir selepas Mozilla mengumumkan akan menamatkan perkhidmatan berkenaan tidak lama lagi.
Pocket merupakan perkhidmatan yang membolehkan pengguna menyimpan pautan untuk rujukan atau bacaan akan datang. Mozilla pada minggu ini mengumumkan akan menamatkan perkhidmatan tersebut, dan memberikan lebih fokus terhadap pembangunan Firefox sendiri.


Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Mozilla akan menjual Pocket kepada pengasas Digg atau sebaliknya. Untuk makluman, Digg sendiri kini dalam proses pembangunan semula dan bakal dilancarkan dalam masa terdekat. Pengambil-alihan Pocket mungkin membantu dalam proses berkenaan, sekaligus membawa komuniti yang gemar membaca ke Digg.​
 
Back
Top
Log in Register