BTC USD 85,272.8 Gold USD 4,330.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Microsoft Akan Menamatkan Skype Pada Mei 2025

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,583
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,583
Reaction score
7,740
Points
916
Microsoft hari ini mengumumkan mereka akan menamatkan perkhidmatan panggilan video terkemuka Skype pada 5 Mei 2025 kelak. Microsoft sebelum ini telah mengambil-alih Skype sekitar 14 tahun yang lepas. Microsoft kini memberikan masa sekitar 10 minggu dalam membolehkan para pengguna Skype untuk memindahkan pelbagai data mereka ke Microsoft Teams. Dengan langkah ini juga, Microsoft dilihat akan lebih memfokuskan kepada pembangunan Teams.


Penamatan Skype ini sedia dinantikan ramai sejak bertahun-tahun sebelum ini, apatah lagi sejak pelancaran Microsoft Teams, kemaskini untuk Skype dan pembangunannya turut kurang diberikan perhatian. Skype sebelum ini telah mempopularkan panggilan audio dan video melalui internet. Namun, dengan perkembangan telefon pintar dan lain-lain, ia membuatkan Skype sedikit ketinggalan dengan pelbagai pesaing lain, termasuk WhatsApp. Namun, ia aktif digunakan untuk tujuan perusahaan, kerana kualiti yang ditawarkan melaluinya. Bagi anda yang masih menggunakan Skype, kini mungkin sudah boleh memulakan proses pemindahan akaun anda ke Microsoft Teams.​
 
Perkhidmatan Skype Di Tamatkan Hari Ini

Microsoft
hari ini menamatkan perkhidmatan panggilan video terkemuka Skype selepas membelinya 14 tahun yang lepas. Pengumuman dilakukan oleh Microsoft tahun lalu bahawa perkhidmatan akan ditamatkan pada 5 Mei 2025 dengan pengguna Skype diberikan tempoh 10 minggu untuk memindahkan pelbagai data mereka ke Microsoft Teams.

Skype-Teams-950x535.jpg.webp


Penamatan operasi Skype telah diramalkan ramai sejak bertahun-tahun sebelum ini lebih-lebih lagi selepas Microsoft Teams dilancarkan. Antara langkah yang telah dilakukan ialah mengurangkan kemas kini Skype dan pengenalan ciri baharu juga semakin berkurangan. Sebelum 2020, Skype ialah aplikasi telesidang dengan lebih 200 juta pengguna bulanan dengan ia memegang sekitar 32% pasaran. Tetapi semasa pandemik Zoom dan Google Meet menjadi pilihan kerana kemampuan menampung lebih banyak pengguna. Sebelum ditamatkan, Skype mempunyai sekitar 40 juta pengguna bulanan.​
 
Back
Top
Log in Register