BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kabel Dasar Laut Putus, Pelanggan Awan Microsoft Terjejas

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Microsoft memaklumkan, servis awan mereka, Azure Cloud telah mengalami gangguan rangkaian trafik di Timur Tengah akibat daripada kerosakan kabel dasar laut di Laut Merah sejak Sabtu lalu. Walau bagaimanapun, Microsoft tidak menjelas lanjut punca kerosakan, namun menegaskan trafik luar Timur Tengah tidak terjejas. Organisasi pemantauan internet NetBlocks melaporkan beberapa negara termasuk India dan Pakistan turut terkesan. Ketika ini terdapat kira-kira 1.4 juta km kabel gentian optik di dasar laut dunia, yang menghubungkan perkhidmatan penting seperti perdagangan, kewangan, kesihatan digital, dan pendidikan.​

1757334621050.png

Dilaporkan, purata gangguan ini berlaku antara 150 hingga 200 kali berlaku di seluruh dunia dalam setahun dengan kebiasaannya berpunca daripada aktiviti perikanan, sauh kapal, kabel yang sudah berusia, atau kerosakan peralatan. Namun, kebimbangan global semakin meningkat kerana sejak 2023, kumpulan Houthi Yaman menyerang kapal dagang di kawasan tersebut, menimbulkan risiko terhadap kabel komunikasi yang penting itu.​

Sumber asal https://news.afp.com/#/c/main/actu/articles?id=newsml.afp.com.20250907T081553Z.doc-73n49cq&type=news
 
Back
Top
Log in Register