BTC USD 83,024.3 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Monsoon Cup

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,645
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,645
Reaction score
38,262
Points
2,836
The Monsoon Cup is a yacht race in Malaysia, held in the state of Terengganu. The tagline for the race is: "You wouldn't want to miss it".

Overview

Monsoon Cup was first initiated by the former Malaysian Prime Minister, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi during his fishing trip in Terengganu. The Prime Minister thought the monsoon season should be used as an advantage to the state and his people rather than being seen as a hurdle. The economic objectives include making the Monsoon Cup a catalyst for development in the state and to create economic opportunities in services and manufacturing sectors related to the event. Among them are hotels, tourism, restaurants, boat-making, food supplies, textiles and souvenirs.

The Monsoon Cup also helped turn the event venue, Pulau Duyong at the mouth of Terengganu River, from a sleepy fishing and boat-making village into modern and international-class resort and marina and boat repair facilities.

The Monsoon Cup 2005 celebrated its inauguration and debut as the 50th official event of the Swedish Match Tour, and serves as the Malaysian leg for the prestigious international sailing event. Dubbed 'The Formula One of Sailing', this professional sailing series was formed in 2000 to unite the world's best match-race regattas under one banner.

The World Match Racing Tour is sanctioned by the International Sailing Federation (ISAF) comprises ten events in nine specially selected locations around the world. As the leading professional sailing series in the world, the Tour events are recognized as must-attend regattas on the match-race circuit. The Monsoon Cup for the 2009 offered the second highest prize money in the world (RM1 million) for a match racing event.

The match racing sport differs from other sailing disciplines in that the boats race one-on-one in supplied racing yachts. The yachts supplied for the Monsoon Cup are Foundation 36 type racing yachts.

The Monsoon Cup 2009 was held at Pulau Duyong, Terengganu, from the 9th November 2009 to 6 December 2009 start with Asian Qualifier and then Malaysian Qualifier.

The Monsoon Cup was the tenth and final event on the World Match Racing Tour 2009. Twelve of the best match racing teams met on the waters off Terengganu in Malaysia from 2 to 6 December 2009 to contest the event. The battle for the championship trophy saw the top sailing teams in the world pitting their skills against each other in the last leg of the tour.

This sailing event has ignited interest in 'match racing' and yachting in Asia and also great interest in the prestigious America's Cup. A majority of the participants in the Monsoon Cup are sailors that have or will be competing in the America's Cup as well as a three times Olympic gold medalist (Ben Ainslie).

The Monsoon Cup's success has helped to create the Korea Match Cup and spurred Singapore and Qingdao in China to be venues for the Volvo Ocean Race and Olympics respectively.

The Monsoon Cup is an annual event on the World Match Racing Tour calender and as the final event of the season sees the conclusion of an adrenaline fueled tournament with the crowning of the tour winner and also the ultimate 'match racing' prize the ISAF World Match Racing Champion.

Monsoon Cup Previous Races

Edition Winning Team

2005 Peter Gilmour and Pizza-La Sailing Team
2006 Peter Holmberg and Alinghi Team
2007 Ian Williams and Pindar Team
2008 Peter Gilmour and Yanmar Racing Team
2009 Adam Minoprio and BlackMatch Racing
2010 Ben Ainslie and TEAMORIGIN

Asian Match Racing Championships Previous Races

Edition Winning Team

2006 Adam Minoprio and BlackMatch Racing
2007 Adam Minoprio and BlackMatch Racing
2008 Keith Swinton and BlackSwan Racing
2009 Phil Robertson and WAKA Racing
2010 Phil Robertson and WAKA Racing

Malaysian Match Racing Championships Previous Races

Edition Winning Team

2006 Tiffany Khoo and Team Selangor Gapurna 1
2007 Tiffany Khoo and Team UK Halsey Gapurna
2008 Nurul Ain and Perak Sailing Team
2009 Hazwan Hazim Dermawan and Taring Pelangi
2010 Jeremy Koo and Koo Racing Team-Evernew

The Yachts

Boat: Foundation 36 Designer: Brett Bakewell-White

The concept for the Foundation 36 yacht was developed by the Western Australian Yachting Foundation in conjunction with the boat builder Peter Milner and the designer Brett Bakewell-White. The WAYF specifically wanted a yacht for day sailing and match racing, with a racing crew of 5 or comfortably sail with 12 people for corporate sailing functions.

The yachts are built in glass reinforced polyester with foam core and plywood bulkheads to American Bureau of Shipping and USL codes determined by the Western Australian Department of Planning and Infrastructure specifications.

The lead keel is encased in fiberglass and slotted into a recess in the hull to ensure the alignment is identical across the fleet. This makes the yachts perfect match racing as they are all identical.

Great detail has gone into the stem and sheer design to ensure that the yachts have extremely strong edges to minimize “down time” during events due to collisions. The deck layout has a large self-draining cockpit, with cabin top mounted aluminum self-tailing secondary winches and deck-mounted primary winches.

A centrally mounted padeye for the mainsheet increases the ease of sailing and maintenance. Control lines for the backstay, and mainsheet fine tune are lead under the deck to a central, raised mainsheet control station.

Specifications LOA — 35.63’ (10.86m) Beam — 11.42’ (3.48m) Draft — 6.23’ (1.9m) Displacement — 8,487 lbs (3,850 kg)
 
Pertembungan sesama sendiri Williams-Bruni

PUSINGAN suku akhir Kejo- hanan Kapal Layar Piala Monsun 2011 hari ini bakal menyaksikan pertembungan sesama sendiri dua pendahulu keseluruhan Siri Jelajah Dunia (WMRT).

Ian Willams dari pasukan Team GAC Pindar yang kini menduduki senarai teratas dalam pungutan mata WMRT engan 106 mata akan turun menentang pencabar dari pasukan Bruni Racing, Francesco Bruni pada aksi kalah mati bagi mencari slot ke separuh akhir.

Bruni yang berada di tangga kedua keseluruhan dengan 100 mata, mengesahkan kemaraan ke suku akhir selepas mendu- duki tangga keenam dalam pusingan kelayakan semalam dengan mengumpul enam mata.

Williams pula berada di tangga kelima juga selepas mengutip enam mata daripada 11 pusingan yang dilalui.

Untuk rekod, dua juragan ini merupakan calon utama untuk bergelar juara dunia WMRT edisi 2011 dengan Williams memburu kejuaraan ketiga dalam kariernya, manakala Bruni pula bakal menjadi pelayar Itali pertama bergelar juara dunia.

"Saya sebenarnya bernasib baik dapat mara ke suku akhir walaupun gagal mempamerkan prestasi terbaik sepanjang 11 perlumbaan yang dilalui dalam aksi kelayakan.

"Namun, saya tetap yakin dapat mengatasi Bruni esok (hari ini), sekali gus mencerah- kan peluang saya untuk bergelar juara dunia tahun ini," kata Williams pada sidang media semalam.

Sementara itu, Bruni pula bertekad menebus kekalahannya kepada Williams pada aksi kelayakan kelmarin bagi mencari satu slot ke separuh akhir.

"Kami akan melalui lima perlumbaan esok (hari ini) dan saya harap dapat memenangi tiga daripada perlumbaan itu," jelas Bruni.

Dalam pada itu, perlumbaan suku akhir hari ini bakal tertumpu kepada kelibat juragan muda dari New Zealand, Williams Tiller yang berjaya mencipta kejutan dengan menduduki tangga teratas selepas berakhirnya pusingan kelayakan.

Tiller dari pasukan Full Metal Jacket Racing berjaya mengumpul lapan mata daripada 11 pusingan dan akan berdepan cabaran ketua pasukan Berntsson Sailing Team, Johnie Berntsson.

Terdahulu, Berntsson yang turut menjadi calon juara dunia WMRT, mengesahkan kemaraan ke suku akhir selepas menduduki tangga kelapan dengan 5.5 mata.

"Saya masih terkejut dengan kejayaan ini (mara ke suku akhir) kerana matlamat utama saya pada Piala Monsun ini adalah untuk mencari pengalaman dengan menentang juragan-juragan terbaik dunia.

"Apa pun, pujian perlu diberikan kepada kru pasukan kami yang telah bekerja keras sehingga ke tahap ini," jelasnya.

Dua lagi pertembungan suku akhir hari ini bakal menemukan juara dunia empat kali dari pasukan YANMAR Racing, Peter Gilmour yang akan membuat perhitungan dengan pelayar muda dari pasukan Waka Racing, Phil Robertson.

Turut bersaing adalah juragan Mekonomen Sailing, Bjorn Hansen yang akan menentang Jesper Radich dari Adrian Lee & Partner.

Untuk rekod, Piala Monsun 2011 merupakan perlumbaan pusingan kesembilan dan yang terakhir dalam kalendar Siri Jelajah Dunia.
 
Banjir tak jejas pertandingan memancing

BIARPUN Kelantan dan Terengganu sedang dilanda banjir, tarikan Pertandingan Memancing Piala Monsun Pantai 2011 di Pulau Warisan semalam, menggamit ramai kaki pancing untuk mencuba nasib merebut hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM58,800 disediakan penganjur.

Sehingga jam 6 petang semalam, kaunter pendaftaran pertandingan itu yang dibuka sejak jam 3 petang, merekodkan lebih 600 penyertaan termasuk dari Kelantan.

Pengurus Projek Khas Berita Harian, Muhamad Mizal Hasbullah berkata, masalah cuaca tidak langsung menghalang kaki pancing untuk menyertai pertandingan kerana kebanyakan mereka yakin dengan kredibiliti Berita Harian dalam menguruskan pertandingan memancing, berbanding anjuran pihak lain.

“Sebelum kaunter pendaftaran dibuka, sudah ramai yang menunggu untuk mendaftar dan menariknya, walaupun Kelantan dan Terengganu dilanda banjir, kaki pancing sanggup turun untuk menyertai pertandingan,” katanya.

Pihaknya menjangka kira-kira 1,500 kaki pancing akan menyertai pertandingan di Pulau Warisan itu, bermula jam 8 pagi esok kerana tarikan kuat Terengganu sebagai lubuk pancing dan yakin sasaran itu mampu dicapai kerana menjadi kelaziman ramai peserta mendaftar pada saat-saat akhir.

“Kaunter pendaftaran terus menerus dibuka sehingga jam 11 pagi ini dan dengan bantuan seramai 30 kakitangan yang dibawa dari Kuala Lumpur, urusan pendaftaran pasti berjalan lancar,” katanya.
 
Dua pelayar NZ dahului saingan

Tiller, Robertson kongsi lapan kemenangan pada pusingan kelayakan

DUA pelayar New Zealand, Willam Tiller dan Phil Robertson berkongsi lapan kemenangan dan tiga kekalahan pada pusingan kelayakan Piala Monsun 2011 semalam untuk menempatkan diri pada kedudukan teratas, seterusnya mara ke pusingan suku akhir di Ri-Yaz Heritage, Pulau Duyong, hari ini.

Selain Tiller dan Robertson yang mewakili pasukan Full Metal Jacket Racing dan Waka Racing Team, saingan suku akhir turut disertai enam pasukan lain iaitu Bjorn Hansen (Mekonomen Sailing), Francesco Bruni ( Bruni Racing), Ian Williams (Team GAC Pindar), Peter Gilmour (Yanmar Racing) dan Jesper Radich (Adrinan Lee & Partners).

Keputusan itu turut menyaksikan saingan bagi menentukan juara Jelajah Dunia Match Racing (WMRT) terus terbuka selepas perlawanan kelayakan ketiga semalam menyaksikan pencabar terdekat Williams dan Bruni, Torvar Mirsky (The Wave Muscat) tersingkir.

Selain Mirsky, tiga lagi pasukan yang tersingkir adalah Damien Iehl (French Match Racing Team), Mathieu Richard (French Match Racing Team) dan peserta tunggal negara, Jeremy Koo (Abdullah Chan/KRT).

Edisi ketujuh Piala Monsun hari ini akan menyaksikan lapan pasukan yang mara bersaing antara satu sama lain bagi menentukan empat pasukan yang bakal ke separuh akhir, seterusnya ke pusingan final, esok.

Dalam undian bagi menentukan lawan masing-masing di peringkat suku akhir, Tiller membuat pilihan bertemu Berntsson, Robertson memilih Gilmour, Radich-Hansen dan Williams-Bruni.

“Kami sangat gembira dan teruja untuk mengharungi saingan suku akhir esok (hari ini) yang pastinya lebih sengit. Saya memilih Berntsson kerana dia adalah pesaing yang kuat,” kata Tiller dalam sidang media sejurus tamat pusingan kelayakan, semalam.
 
Williams, Bruni ke suku akhir

KUALA TERENGGANU - Walaupun tidak menyerlah, juragan pasukan Team GAC Pindar, Ian Willams masih mengekalkan momentum pada perlumbaan semalam apabila layak ke suku akhir Piala Monsun 2011 di Pulau Duyong di sini.

Dia mengumpul enam mata daripada 11 pusingan untuk menempah pertembungan dengan Francesco Bruni daripada pasukan Bruni Racing.

Willams yang kini menduduki senarai teratas dengan pungutan 106 mata WMRT akan menentang Bruni yang berada di tangga kedua keseluruhan dengan 100 mata pada aksi kalah mati bagi mengisi slot ke separuh akhir.

Semalam, Bruni mengesahkan kemaraan ke suku akhir selepas menduduki tangga keenam dalam pusingan kelayakan dengan mengumpul enam mata.

Bagi Williams, dia menganggap nasib menyebelahinya pada perlumbaan kali ini biarpun gagal beraksi dengan baik pada perlumbaan sebelumnya.

"Nasib saya baik kali ini kerana berjaya ke suku akhir dan saya harap nasib masih akan menyebelahi untuk menang mengatasi Bruni esok (hari ini).

"Jika menang, peluang saya untuk memburu kejuaraan dunia kali ketiga dalam karier cerah," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sementara itu, bagi pelayar dari Itali, Bruni, dia berharap dapat bergelar juara dunia pada kejohanan kali ini.

"Saya nekad untuk tebus kekalahan pada Williams kelmarin dan mahu memenangi tiga daripada lima perlumbaan esok (hari ini)," jelasnya.

Turut mara ke peringkat suku akhir kejohanan yang menjadi pentas terakhir siri WMRT itu ialah juragan pasukan Full Metal Jacket Racing, Williams Tiller yang berjaya mengumpul lapan mata dan kini menduduki tangga teratas.

Kejayaan itu membolehkan dia bertemu dengan Johnie Berntsson daripada pasukan Berntsson Sailing Team yang menduduki menduduki tangga kelapan dengan 5.5 mata.

"Saya sangat teruja kerana berjaya ke peringkat seterusnya dan terima kasih kepada kru pasukan yang telah bekerja keras pada perlumbaan kali ini," katanya.

Turut bersaing pada perlumbaan hari ini ialah pasukan YANMAR Racing yang dipimpin oleh Peter Gilmour yang bakal berentap dengan pelayar muda dari pasukan Waka Racing, Phil Robertson selain juragan Mekonomen Sailing, Bjorn Hansen mencabar pasukan Adrian Lee & Partner, yang diketuai oleh Jesper Radich.
 
Ian Williams Rangkul Kejuaraan Kali Ketiga

KUALA TERENGGANU, 26 Nov -- Pelayar Britain, Ian Williams dari pasukan GAC Pindar merangkul kejuaraan Siri Akhir Jelajah Dunia (WMRT) setelah menewaskan saingan terdekat Francesco Bruni di persaingan suku akhir, Sabtu.

Kejuaraan yang disahkan menerusi Piala Monsun siri terakhir WMRT, merupakan yang ketiga buat Williams yang pernah memenangi kejuaraan lumba kapal layar paling berprestij itu pada tahun 2007 dan 2008.

Pasukan GAC Pindar dianggotai Gerry Mitchell, Mal Parker, Bill Hardesty dan Matt Cassidy, menang dengan kiraan mata 3-2 ke atas Bruni (Bruni Racing).

Sebelum ini, Ben Ainslie, juga pelayar dari Britain mengungguli kejohanan pada 2010.

Bercakap dalam sidang akhbar kemudian, Williams yang jelas tidak dapat menahan kegembiraan berterima kasih kepada anggota pasukan yang menunjukkan kerjasama dan iltizam tinggi sehingga berjaya merangkul kejuaraan buat kali ke tiga.

Bruni, pelayar dari Itali menyifatkan Williams saingan yang sukar untuk ditewaskan walaupun pasukannya cuba bangkit di pusingan ketiga setelah tertinggal dua pusingan awal.

Namun Williams kental mempamerkan semangat tinggi untuk memenangi pusingan keempat yang melayakkan Pasukan GAC Pindar melangkah ke separuh akhir.

"Musim ini kami bermula baik, namun tewas ketika begitu hampir dengan kejuaraan, yang amat mengecewakan," katanya yang sebelum ini menyimpan hasrat menjadi pasukan pertama dari Itali bergelar juara dunia.

Selain Williams, tiga lagi pasukan berjaya ke separuh akhir, iaitu Datuk Peter Gilmour dari Yanmar Racing, Johnie Berntsson (Pasukan Berntsson Sailing) dan Jesper Radich (Adrian Lee & Parters).

Gilmour, yang menentang Phil Robertson dari Pasukan WAKA Racing, mengumpul mata 3-2.

Juara AMRC, William Tiller yang mengungguli hari kedua dan ketiga kejohanan, akhirnya kecundang di tangan Berntsson dengan mata 3-2.

Sementara itu, Radich yang menentang Bjorn Hansen pula menewaskan Hansen dengan mata 3-1.

Pada pusingan separuh akhir berlangsung petang ini, juara dunia empat kali (1990, 1997, 1998 dan 2006), Gilmour tewas di tangan Berntsson dengan mata 3-2.

Manakala saingan separuh akhir di antara Radich dengan Williams akan disambung Ahad.

Dua pelayar masih berpeluang merebut Piala Monsun edisi ketujuh, iaitu Radich dan Williams sementara Berntsson telah pun mengesahkan tempat untuk bersaing merangkul Piala Monsun.
 
Williams raih gelaran berganda

su_021-10.jpg

WILLIAMS (tiga dari kiri) bersama kru pasukannya meraikan kejayaan muncul juara Piala Monsun dan WMRT 2011 di Pulau Duyong, Kuala Terengganu semalam.

SKIPER pasukan GAC Pindar Team, Ian Williams membuktikan kejaguhannya sebagai pelayar terbaik dunia ketika ini apabila menjuarai Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun 2011 semalam.

Beraksi di perairan Pulau Duyong, Kuala Terengganu dalam cuaca cerah, pelayar kelahiran Britain itu bijak menggunakan pengalaman yang ada untuk menewaskan Johnie Berntsson dari pasukan Berntsson Sailing Team dengan 3-1 pada perlumbaan akhir.

Pelayar Britain itu berjaya memenangi perlumbaan 1 dan 2 sebelum Berntsson merampas perlumbaan 3 untuk kedudukan 2-1. Bagaimanapun, Williams mengesahkan kemenangannya dengan kejayaan pada perlumbaan 4 untuk kedudukan muktamad 3-1.

Lebih manis lagi, kejayaan yang diraih Williams itu hadir hanya sehari selepas dia ditabalkan selaku juara keseluruhan pada Siri Jelajah Dunia (WMRT), Persekutuan Kapal Layar Dunia (ISAF) 2011.

Ia juga merupakan kejayaan kedua Williams pada Piala Monsun selepas turut muncul juara di Pulau Duyong pada kejohanan edisi 2007.

“Berdepan Johnie Berntsson dan pasukan Berntsson Sailing Team bukanlah satu tugas mudah kerana mereka merupakan sebuah pasukan yang cukup lengkap.

“Namun, kerja keras dan strategi yang kami lakukan pada perlumbaan hari ini (semalam) benar-benar menjadi dan saya cukup berpuas hati apabila berjaya muncul juara di sini sekali lagi,” jelasnya pada sidang akhbar semalam.

Selaku juara Piala Monsun 2011, Williams dan kru pasukannya membawa pulang hadiah wang tunai RM310,000 berserta trofi yang disampaikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Berntsson pula yang sekadar berpuas hati di tempat kedua menerima hadiah wang tunai RM215,000 sementara Jesper Radich dari pasukan Adrian Lee & Partners yang berjaya menewaskan Peter Gilmour pada penentuan tempat ketiga membawa pulang RM155,000.

Bagi kejayaan muncul juara dunia WMRT, Williams dan pasukannya yang mengumpul keseluruhan 144 mata daripada sembilan siri perlumbaan, membawa pulang hadiah RM380,000 beserta trofi baru hasil rekaan pereka terkemuka dunia, Garrard.

Naib juara WMRT 2011 menjadi milik skiper Itali, Francesco Bruni dari pasukan Bruni Racing yang mengumpul 112 mata sementara tempat ketiga dimenangi Berntsson dari Sweden dengan 106.2 mata.

“Kami telah bekerja keras sejak dua tahun lalu dan seharusnya kejayaan ini dikongsi bersama semua kru yang telah bekerja keras sehingga kami mencatat kejayaan berganda di Pulau Duyong.

“Ini adalah kejayaan yang manis sekali gus mengulangi pencapaian pada tahun 2007 apabila kami muncul juara Piala Monsun dan juara dunia WMRT,” jelasnya yang turut memenangi perlumbaan di Portugal dan Sweden tahun ini.
 
Back
Top
Log in Register