BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sivasangari mara final Grasshopper Cup

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
11,421
Joined
Jun 13, 2023
Messages
11,421
Reaction score
279
Points
146
3502539.webp

Sivasangari. Foto fail Bernama

PEMAIN skuasy wanita negara S Sivasangari, menampilkan permainan cemerlang ketika menentang pemain Mesir Amina Orfi untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir Grasshopper Cup 2026 di Zurich, Switzerland pada Ahad.

Pemain ranking keenam dunia dan pilihan ketiga kejohanan itu, memaksa pemain pilihan utama tersebut bekerja keras dalam aksi sengit selama 81 minit di Zurich Main Station.

Sivasangari menang set pertama 11-7, namun tewas pada dua set berikutnya 5-11, 8-11, sebelum bangkit dengan penuh semangat untuk memastikan kemenangan 11-9, 11-5.

Kemenangan itu merupakan kejayaan kedua beliau ke atas pemain Mesir berusia 18 tahun itu dalam sembilan pertemuan antara mereka.

Pemain berusia 27 tahun itu kini berhasrat untuk memperbaiki pencapaiannya tahun lepas, selepas muncul naib juara kepada Nouran Gohar dari Mesir dalam kejohanan yang sama.

Beliau akan berdepan pemain pilihan kedua Jepun Satomi Watanabe, dalam perlawanan akhir. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register