BTC USD 80,864.6 Gold USD 4,382.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bunga Raya 15s cipta sejarah mara final Union Cup 2026

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,795
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,795
Reaction score
289
Points
146

Bunga Raya 15s cipta sejarah mara final Union Cup 2026​

3583756.webp

Aksi cemerlang yang dipamerkan skuad kendalian Dinesvaran Krishnan dengan menundukkan Taiwan 42-29 di Armed Forces Development Command Stadium. - Foto: CTRU

SKUAD Bunga Raya 15s melakar sejarah apabila berjaya mara ke perlawanan akhir Union Cup 2026 pada penampilan sulung mereka dalam kejohanan berprestij itu.

Di bawah bimbingan ketua jurulatih baharu, Dinesvaran Krishnan, skuad negara mempamerkan aksi cemerlang sepanjang kempen bagi mengesahkan tempat ke perlawanan akhir.

Pada aksi pembukaan, Bunga Raya menewaskan tuan rumah, Thailand, 30-27 dalam perlawanan yang sengit sebelum meneruskan rentak kemenangan dengan menundukkan Taiwan 42-29 di Armed Forces Development Command Stadium.

Keputusan itu sekali gus mengesahkan slot Malaysia ke perlawanan akhir menentang juara bertahan, Filipina, yang dijadual berlangsung pada Sabtu ini di Nonthaburi Provincial Stadium, Thailand.

Kejayaan tersebut menjadi pencapaian membanggakan buat ragbi Malaysia kerana dilakar sepenuhnya oleh barisan pemain tempatan yang mempamerkan semangat juang, disiplin serta komitmen tinggi sepanjang kejohanan.

Pencapaian itu turut membuktikan kemampuan pemain tempatan untuk bersaing di pentas antarabangsa sekali gus mengharumkan nama negara.

Skuad Bunga Raya kini hanya selangkah lagi untuk mencipta sejarah dengan menjulang kejuaraan Union Cup 2026 pada penampilan sulung mereka.
 
Back
Top
Log in Register