BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Monorel Putrajaya Tidak Berdaya Maju Untuk Diteruskan - MOT

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Monorel Putrajaya Tidak Berdaya Maju Untuk Diteruskan - MOT​

25bb47a97f268e4d2d5f6bc152698ad66a686eb669f95


Projek monorel Putrajaya yang terbengkalai sejak 2004 didapati tidak berdaya maju untuk diteruskan berdasarkan keadaan infrastruktur rel sedia ada, termasuk terowong bawah tanah yang telah lama terbiar.

Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini memaklumkan dapatan itu diperoleh menerusi Kajian Pengangkutan Awam di Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Kajang yang turut menilai kebolehlaksanaan sistem monorel berkenaan.

“Ia memerlukan kajian lanjutan terperinci seperti ujian integriti struktur untuk mengenal pasti keadaan sebenar struktur yang sudah lama terbengkalai,” menurut MOT.

Perkara itu bagi menjawab soalan Senator Datuk Prof Emeritus Dr Mohammad Redzuan Othman yang ingin tahu sama ada kementerian mempunyai perancangan untuk meneruskan semula projek monorel Putrajaya yang terbengkalai dengan memperluas rangkaiannya bagi menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya.

Sebagai alternatif, kementerian itu memaklumkan perkhidmatan Bas Nadi Putra kini melibatkan tujuh laluan dengan 26 bas dan merekodkan purata 2,246 penumpang pada hari bekerja.

Perkhidmatan bas perantara pula merangkumi dua laluan dengan lapan bas dan purata 1,173 penumpang, manakala 'Rapid On-Demand' melibatkan tiga laluan dengan sembilan van serta purata 315 penumpang pada hari bekerja.

“Penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan ini bertujuan meningkatkan aksesibiliti dan ketersambungan pengangkutan awam di Putrajaya melalui penyelesaian mobiliti yang lebih fleksibel dan menyeluruh,” menurut kementerian itu.

 
Back
Top
Log in Register