BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Monopoli bernas akan dipecahkan

momoque

Legendary Member
gem
Messages
11,399
Joined
Dec 26, 2011
Messages
11,399
Reaction score
464
Points
141
KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan rundingan ber*sama Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) bagi memecahkan monopoli syarikat itu yang kini mengawal import tahunan 900,000 tan metrik beras ke Malaysia.

Menterinya, Salahuddin Ayub ber*kata, sebuah badan induk dan tiga jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk membentuk satu model baharu bagi menggantikan peranan Bernas yang merupakan pengimport tunggal beras ke negara ini.


Menurutnya, jawatankuasa tersebut berpe*ranan untuk menyediakan model baharu berhubung pembekalan beras dalam negara dan import komoditi itu untuk dikemukakan kepada badan induk yang akan dipengerusikan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Badan induk ini dianggotai oleh saya sendiri; Menteri Kesihatan, Dr. Dzul*kefly Ahmad; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Perdaga*ngan Antarabangsa dan Industri yang namanya akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang di sini semalam.
 
menteri ni yang cakap harga sayur daging turun hingga 50% kan
 
monopoli gula sekali laa..
 
Ntah jalan ntah tidak nak pecah monopoli ni... Nak perati nak tengok je. Astro dengan monopoli tv kabel, tm dengan monopoli internet, bernas dengan monopoli import padi etc.
 
Ntah jalan ntah tidak nak pecah monopoli ni... Nak perati nak tengok je. Astro dengan monopoli tv kabel, tm dengan monopoli internet, bernas dengan monopoli import padi etc.

Betul..

Kalo nk pecah monopoli pecah semua

Jgn bernas je
 
Back
Top
Log in Register