BTC USD 82,920.1 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Monolog Kehidupan

Masa makin laju meluncur

Demikian masa memangkas usia. Waktu laju berlalu. Hari pergi tanpa dinanti. Bertambah pantas detik memintas. Setahun bagaikan sebulan. Sebulan bagaikan seminggu. Seminggu bagaikan sehari. Sehari bagaikan seketika. Itulah amaran Nabi s.a.w
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَقَارَبَ الزَّمَانُ، فَتَكُونُ السَّنَةُ كَالشَّهْرِ، وَالشَّهْرُ كَالْجُمُعَةِ، وَتَكُونُ الْجُمُعَةُ كَالْيَوْمِ، وَيَكُونُ الْيَوْمُ كَالسَّاعَةِ، وَتَكُونُ السَّاعَةُ كَالضَّرَمَةِ بِالنَّارِ»
Daripada Anas bin Malik: “Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah zaman(waktu) menjadi dekat(pendek). Maka setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu, seminggu seperti sehari, sehari bagaikan sejam, sejam bagaikan (kadar) sambaran api”.

Nilai yang ada dalam jiwa manusia juga makin cepat diubah dan berubah. Orang yang disayangi semalam, dibenci pada hari ini. Orang dimusuhi hari ini, kembali disayangi esok hari. Teknologi mencorak nama dan jenama manusia sehingga yang buruk sekelip mata kelihatan baik, yang baik sekelip mata bertukar menjadi salah dan buruk.

facebook.com/DrMAZA/posts/pfbid034ZU7emmgkEo4FpiTMj5Gb2Mo1WTD9vUW5Fg6xENNEqf9wFvdLxEARMXrhcnToYSVl
 
kunci bahagia
kunci-bahagia.jpg
 
Antara zikir yang sangat kerap diulang baca dan diajar oleh Nabi kita, makna pada rintihan ini sangat membekas di jiwa, dan memberikan kekuatan jiwa dalam berhadapan ujian kehidupan, dan sangat wajar untuk kita amalkan.
EkfE6r.jpg

"Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku kepadaku walaupun sekelip mata”

Setiap kali jika kita ada kesempatan yang baik, di tempat yang baik dan di waktu yang baik, perbanyakkan lah membacanya. Jika Allah yang menguruskan urusan kita, tentu aturan yang ditentukan itu akan begitu hebat merentasi andaian dan perancangan mana-mana insan.

Dalam kehidupan ini, banyak perkara yang kita sangka, kita mampu mengawalnya, tetapi hakikatnya ia berada di luar kawalan dan kemampuan kita, namun apabila kita serahkan urusan dan perancangan kehidupan kita kepada Allah agar Allah sentiasa membantu kita, tanpa ditinggalkan kita walaupun sekelip mata, kita akan menyaksikan keajaiban dalam setiap urusan kehidupan kita akan berlaku.
 
Last edited:
Masa berlari dengan pantas. Detik, jam, hari, minggu, bulan dan tahun terus beredar dalam kealphaan insan atau sedar.

Usia 40 tahun adalah usia yang mengajak kita untuk bersungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kedangkalan ketika usia muda, lebih santun, lebih berhati-hati, melempar jauh kegopohan lepas, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian.
 
Last edited:
Kita sebenarnya perlukan orang untuk nasihatkan kita, tegur kita.
Sebab kita kadang tak nampak salah sendiri
 
Semua orang pasti pernah merasakan sesuatu yang tidak diinginkan. Semua orang juga pasti mempunyai masalah dalam kehidupannya. Di saat orang lain hidup bahagia dan senang, kita pula diuji dengan kesusahan dan kesempitan. Sebenarnya, ini adalah sunnatullah buat kita semua.

Ada pula apabila diuji, dia mengeluh dengan kawan-kawan, ada yang mengeluh di media sosial. Tetapi, jarang mengeluh dan mengadu kepada Allah swt.

Sedangkan, Nabi Ya'kub a.s mengatakan:
إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya hanya kepada Allah sahajalah aku mengadu segala kesusahan dan kesedihanku”
[Surah Yusuf: 86]

Ini tidaklah bermakna dengan manusia tidak boleh mengadu segala kesusahan kita, boleh sahaja, cuma agama nak ajar kita bahawa kita ada Allah yang:
يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ
Maksudnya: “Yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan”
[Surah al-Naml : 62]

Dengan manusia cukuplah sekadar berbincang dan minta pendapat seperti saranan Allah swt di dalam al-Quran.
[Surah Aali 'Imran: 159]

Perlu diingat juga, bukanlah apabila kita mengeluh dan mengadu kepada Allah itu adalah sifat tercela, ini kerana andai masih ada sifat redha dan sabar maka ia masih perbuatan yang mulia.

Malah disebutkan dalam tafsir:
Disunnahkan berdoa dengan menjelaskan keadaan kesulitan yang dihadapi, walaupun Allah mengetahui keadaan kita, kerana Allah swt menyukai kerendahan seorang hamba yang menunjukkan kehinaan dan kelemahannya.”
[Tafsir al-Sa'di]

Perbuatan ini juga dilazimi oleh sebilangan para Nabi yang mana mereka redha akan taqdir Allah, tetapi mereka sentiasa jadikan kesusahan dan kesempitan hidup mereka sebagai 'talian hayat' dalam doa mereka, seperti:
1.Nabi Ayub a.s. [Surah al-Anbiya': 83]
2. Nabi Zakaria a.s [Surah Maryam: 2 -7]
3. Nabi Ya'kub a.s [Surah Yusuf: 86]

Mengeluh yang tercela adalah keluhan yang menunjukkan protes atau rasa marah terhadap taqdir Allah swt. Adapun mengeluh kepada Allah dengan menunjukkan kelemahan dan kehinaan serta ketidakmampuan dalam rangka untuk meminta pertolongan Allah, maka inilah yang disukai oleh Allah dan terpuji.

facebook.com/zonkuliah/posts/pfbid02yQAMyz7MgjpZUJo8PKpn4Cf2p8zKsuCKDviX18kNyuJJN9XaktjunJ5Q7kcsWC3Ql
 
Manusia dan ujian tidak dapat dipisahkan. Ujian merupakan rukun dalam kehidupan. Ada yang diuji dengan masalah ekonomi, ada yang diuji dengan pasangan dan keluarga, ada pula yang diuji dengan penyakit. Manusia akan diuji dengan kadar iman masing-masing.

Usaha, sabar dan bertawakkal lah kepada Allah agar menguruskan hidup kita dengan baik. Ingat, manusia diuji dengan kadar iman mereka. Kita boleh tempuhinya, percayalah.
 
Back
Top
Log in Register