BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Monolit misteri muncul lagi

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,471
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,471
Reaction score
1,051
Points
151
Monolit misteri muncul lagi

  • Oleh KOSMO
  • 19 Jun 2024, 10:06 am


View attachment monolit-viral.webpObjek berkilat itu dikesan oleh unit mencari dan menyelamat, berhampiran puncak Gass Peak pada hujung minggu lalu. - SWNS


LAS VEGAS, NEVADA – Sebuah monolit misteri yang memiliki struktur berkilat ditemui di sebuah gurun di utara Las Vegas, sekali gus mengundang perhatian orang ramai, lapor akhbar New York Post semalam.

Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas berkata, bongkah keluli berkenaan adalah serupa dengan yang ditemui di negeri Utah pada tahun lalu.

Objek itu dikesan oleh unit mencari dan menyelamat berhampiran puncak Gass Peak pada hujung minggu lalu.

“Kami melihat banyak perkara pelik berlaku ketika orang ramai pergi mendaki, namun lihatlah ini (perkara pelik)!” kata polis di platform X di samping gambar monolit itu.

Penemuan itu berlaku beberapa bulan selepas seorang pejalan kaki di Wales, England merakam sebuah monolit misteri yang disifatkan menyerupai objek terbang tidak dikenali (UFO) di atas lereng bukit.

Pelbagai versi monolit seumpama itu turut dikesan di Belgium, Romania dan Isle of Wight, iaitu sebuah pulau di Selat Inggeris.

Namun setakat ini, tiada sebarang maklumat lanjut atau penjelasan rasmi mengenai objek misteri tersebut. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2024/06/19/monolit-misteri-muncul-lagi/
 
Back
Top
Log in Register