BTC USD 83,564.2 Gold USD 4,177.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Modification & Enhancement BrainTrading & 4H Swing System

salam semua..
nak tanya tuan tanah nak masuk post berdasarkan dot (cyan) pd
TF4h or 30M???
kompius ni,samaada bila dah kuar kat 30M terus buy or kena tunggu 4h kuar baru kompom buy??? :-?
 
sign gj dah kuar td rasenya. stengah jam sblm news 4.30pm...
tp tak brani nk entry sebab dekat news...
rupe2nya news ikut sign....
takpe...tgu sign seterusnye....
 
Assallammualaikum wbt Sdr Warheadfx...

Terima kasih kerana sudi menyumbang teknik ini secara percuma ngan kenkawan kat CG ni... Alhamdullillah dan muga rezki sdr akan bertambah berkat lagi selepas ini, insya'allah.

Saya mohon utk mencuba... sbb sistem2 yg lepas tu tak brapa menjadi... tak to la kalo setengah org kata dah jadi sbb ada gak yg kata jadi mari gak kat sini.... salam utk sdr Warheadfx.

-mamuaziz-
Saya pilih MibaGroup
 
salam Sdr Warheadfx,
saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi sistem brain trading yang dah modified ni..nampak bertambah mantap sistem ni...signal long gj untuk tf 4hr dah kluar pagi tadi lagi...moga-moga bertambah murah rezeki sdr Warheadfx:)
 
Salam,

Saya memberikan contoh signal yang terhasil pada minggu lepas bermula pada 5 Jun 2008. Satu major reversal berlaku di dot biru/garisan kuning ... Sehingga sekarang masih belum ada tanda major reversal..

ej-05-06-2008-2a.GIF


Wasalam

maknanya kalo 2 2 signal ni(cyan n biru) da dekat maknanya major reversal akan berlaku ke??.. :-?
 
bro.. kalo nak men dgn pair lain.. setting tuk indi2 2 semua sama ek??.. :-?
 
Salam sejahtera buat saudagar matawang asing semua,

Thread ini dibuka bertujuan untuk berkongsi sistem asal BrainTrading System (www.braintrading.com), indicator dari Newdigital di Forex-tsd dan kemudian dikomersialkan DuniaFX (www.duniafx.com).

Ramai yang telah menguji DuniaFX aka Braintrading - ianya memberikan hasil yang memberangsangkan. Walau bagaimanapun masih terdapat kelemahan untuk menentukan Entry (Buy & Sell). Jadi Bro Malay Forex telah pun membuat coding baru supaya confirmation 4H dpt dipastikan di 30M TF. Dengan hanya melihat 30M, kita pasti di 4H pun sedang keluar signal yang sama...

Sistem ini amat sesuai untuk mereka yang tidak memahami Analisa Teknikal,sukar untuk menarik Fibo, mengira Wave.. Memang tidak ada langsung. Tiada Pending Order. Ramai newbies inginkan sesuatu yang ringkas, mengikut market trend dan menguntungkan, bukannya yang kompleks.

Akhirnya saya menyiapkan panduan ringkas yang disertakan dengan Indicators, Templates dan Profiles sebagai alat untuk menjadi Saudagar Matawang Asing. Mungkin selepas ini, forum akan menjadi senyap, perbincangan di YM/MSN/Skype akan berkurangan kerana semuanya sibuk berdagang. Itu yang bagus kerana seorang Saudagar Matawang Asing yang hebat tidak berbincang di forum dan IM sewaktu dalam perniaagaan - mereka fokus dalam urusan perdagangan mereka. Ya ... Anda akan menjadi seorang Saudagar Matawang Asing yang hebat.

Sistem ini tidak akan menjanjikan beratus-ratus pips atau beribu pips sebulan seperti yang pernah kita baca di tempat lain, tetapi kita lebih melihat kepada nilai pips itu sendiri. Kita inginkan satu sistem yang mudah, ringkas dan memberikan pips yang berterusan. Apalagi jika diberikan secara PERCUMA dan panduan ditulis dalam Bahasa Melayu (walaupun sukar sebenarnya bagi saya menulis dalam Bahasa Melayu). Kali terakhir menulis karangan yang panjang ialah sewaktu peperiksaan SPM 1991.

Ramai bertanya kenapa percuma sahaja sedangkan sistem asal dijual di antara RM99 - RM700. Saya melihat banyak kekecewaan di kalangan traders mencari sistem, beli EA,indicator, pergi kelas forex yang berkuasa, kelas forex yang senang dengan 1 indicator, kena datang kelas pemantapan berbayar, ada yang bantuan percuma sepanjang masa dan sebagainya. Saya berpendapat sekiranya sistem forex mereka berkuasa dan senang, maka tiada lagi kelas ulangkaji, berkumpul ramai-ramai di Starbuck dan berchatting untuk pemahaman. Saya berikan sistem ini kepada sekumpulan traders yang sedang membuat perbincangan sistem forex yang senang semasa sedang minum di salah sebuah restoran di Alamanda 2 minggu lepas.

Saya amat berharap Buku Elektronik dibaca setiap mukasurat untuk mengelakkan kekeliruan. Di dalam buku ini, kami nyatakan di mana sistem diperolehi, siapa yang mengubahsuai dan juga perancangan di masa hadapan. Genap seminggu, ianya telah dibawa-turun lebih1,200 salinan percuma di ruang yang lain. Kami gembira kerana maklumbalas yang positif.

Terima kasih kepada Bro Malay Forex dan rakan-rakan dari ruang yang lain yang memberi sokongan untuk saya mengeluarkan Panduan ringkas ini. Mungkin di masa hadapan, ada lagi nilai tambah yang dapat kami kongsikan. Semoga apa yang diberikan ini akan memberi sedikit manfaat kepada kita semua.

Saya dan rakan-rakan yang lain sebenarnya baru setahun jagung di arena perdagangan matawang asing. Amat jauh jika dibandingkan dengan 'sifu-sifu' di sini. Jadi, dengan rasa rendah diri, kami berkongsi sistem ini kepada para pengunjung tetap Carigold.com. Sekiranya sistem ini bagus, warwarkan lah. Kami meletakkan di ruang Forex Indicators dan bukannya di Forex Development Technique untuk mengelakkan kekeliruan ubahsuai dan kawalan konsep asal.

Senarai Download

1. Indicator, Templates, Profiles dan E-Book Panduan Modified BrainTrading-DuniaFX v1 dengan FF News
http://www.savefile.com/files/1595987

Wasalam.

salam bro warhead yg hansem selalu:D

lama tidak bersua di ruang sebelah disebabkan margin tak kuat dan kurang masa untuk tunggu bebola api dan panahan arjuna untuk duniaFX yg belum di modify. penuh dgn harapan agar sistem ini lagi mantap dalam mencari rezeki dalam forex.
besar harapan agar group SMS alert mengalert dihidupkan semula:">

-mamat7776-
 
salam semua..
nak tanya tuan tanah nak masuk post berdasarkan dot (cyan) pd
TF4h or 30M???
kompius ni,samaada bila dah kuar kat 30M terus buy or kena tunggu 4h kuar baru kompom buy??? :-?

Bro Soul dan rakan yang lain,

Untuk major trend, kita melihat dot-dot (biru) untuk Buy di 30M tf.. Memenuhi syarat2 yang dinyatakan di dalam E-book tu.. Bila kita dah Buy then keluar Dot Besar (magenta), tandanya ada retrace - boleh keluar di sini (sebab kita tak tahu berapa besar retrace), retrace jika besar boleh jadi reversal (keluar dot-dot merah kecil)..

Sekiranya selepas dot Magenta, keluar dot Cyan,ini bererti kita boleh sambung untuk Buy lagi ... Kalau tengok kat carta yang saya post pagi tadi, mungkin boleh faham .. EJ-signal keluar 05-Jun-2008, di antaranya ada magenta dan cyan, pair tersebut naik selama 4 hari dengan lebih 400 pips dah .. Begitulah prosesnya ..

Bila keluar dot-dot merah, bermakna strong reversal di 4H tf akan berlaku, kita close Buy and ready untuk Sell ...

Wasalam..
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13387
USD / JPY
157.214
GBP / USD
1.32287
USD / CHF
0.83355
USD / CAD
1.41777
EUR / JPY
178.394
AUD / USD
0.69861
Back
Top
Log in Register