klik
Fun Poster
- Messages
- 251
- Joined
- Jun 27, 2006
- Messages
- 251
- Reaction score
- 0
- Points
- 10
sapa buy GJ tadi dah kenyang yer 
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.


Salam,
Saya memberikan contoh signal yang terhasil pada minggu lepas bermula pada 5 Jun 2008. Satu major reversal berlaku di dot biru/garisan kuning ... Sehingga sekarang masih belum ada tanda major reversal..
![]()
Wasalam

Salam sejahtera buat saudagar matawang asing semua,
Thread ini dibuka bertujuan untuk berkongsi sistem asal BrainTrading System (www.braintrading.com), indicator dari Newdigital di Forex-tsd dan kemudian dikomersialkan DuniaFX (www.duniafx.com).
Ramai yang telah menguji DuniaFX aka Braintrading - ianya memberikan hasil yang memberangsangkan. Walau bagaimanapun masih terdapat kelemahan untuk menentukan Entry (Buy & Sell). Jadi Bro Malay Forex telah pun membuat coding baru supaya confirmation 4H dpt dipastikan di 30M TF. Dengan hanya melihat 30M, kita pasti di 4H pun sedang keluar signal yang sama...
Sistem ini amat sesuai untuk mereka yang tidak memahami Analisa Teknikal,sukar untuk menarik Fibo, mengira Wave.. Memang tidak ada langsung. Tiada Pending Order. Ramai newbies inginkan sesuatu yang ringkas, mengikut market trend dan menguntungkan, bukannya yang kompleks.
Akhirnya saya menyiapkan panduan ringkas yang disertakan dengan Indicators, Templates dan Profiles sebagai alat untuk menjadi Saudagar Matawang Asing. Mungkin selepas ini, forum akan menjadi senyap, perbincangan di YM/MSN/Skype akan berkurangan kerana semuanya sibuk berdagang. Itu yang bagus kerana seorang Saudagar Matawang Asing yang hebat tidak berbincang di forum dan IM sewaktu dalam perniaagaan - mereka fokus dalam urusan perdagangan mereka. Ya ... Anda akan menjadi seorang Saudagar Matawang Asing yang hebat.
Sistem ini tidak akan menjanjikan beratus-ratus pips atau beribu pips sebulan seperti yang pernah kita baca di tempat lain, tetapi kita lebih melihat kepada nilai pips itu sendiri. Kita inginkan satu sistem yang mudah, ringkas dan memberikan pips yang berterusan. Apalagi jika diberikan secara PERCUMA dan panduan ditulis dalam Bahasa Melayu (walaupun sukar sebenarnya bagi saya menulis dalam Bahasa Melayu). Kali terakhir menulis karangan yang panjang ialah sewaktu peperiksaan SPM 1991.
Ramai bertanya kenapa percuma sahaja sedangkan sistem asal dijual di antara RM99 - RM700. Saya melihat banyak kekecewaan di kalangan traders mencari sistem, beli EA,indicator, pergi kelas forex yang berkuasa, kelas forex yang senang dengan 1 indicator, kena datang kelas pemantapan berbayar, ada yang bantuan percuma sepanjang masa dan sebagainya. Saya berpendapat sekiranya sistem forex mereka berkuasa dan senang, maka tiada lagi kelas ulangkaji, berkumpul ramai-ramai di Starbuck dan berchatting untuk pemahaman. Saya berikan sistem ini kepada sekumpulan traders yang sedang membuat perbincangan sistem forex yang senang semasa sedang minum di salah sebuah restoran di Alamanda 2 minggu lepas.
Saya amat berharap Buku Elektronik dibaca setiap mukasurat untuk mengelakkan kekeliruan. Di dalam buku ini, kami nyatakan di mana sistem diperolehi, siapa yang mengubahsuai dan juga perancangan di masa hadapan. Genap seminggu, ianya telah dibawa-turun lebih1,200 salinan percuma di ruang yang lain. Kami gembira kerana maklumbalas yang positif.
Terima kasih kepada Bro Malay Forex dan rakan-rakan dari ruang yang lain yang memberi sokongan untuk saya mengeluarkan Panduan ringkas ini. Mungkin di masa hadapan, ada lagi nilai tambah yang dapat kami kongsikan. Semoga apa yang diberikan ini akan memberi sedikit manfaat kepada kita semua.
Saya dan rakan-rakan yang lain sebenarnya baru setahun jagung di arena perdagangan matawang asing. Amat jauh jika dibandingkan dengan 'sifu-sifu' di sini. Jadi, dengan rasa rendah diri, kami berkongsi sistem ini kepada para pengunjung tetap Carigold.com. Sekiranya sistem ini bagus, warwarkan lah. Kami meletakkan di ruang Forex Indicators dan bukannya di Forex Development Technique untuk mengelakkan kekeliruan ubahsuai dan kawalan konsep asal.
Senarai Download
1. Indicator, Templates, Profiles dan E-Book Panduan Modified BrainTrading-DuniaFX v1 dengan FF News
http://www.savefile.com/files/1595987
Wasalam.
salam semua..
nak tanya tuan tanah nak masuk post berdasarkan dot (cyan) pd
TF4h or 30M???
kompius ni,samaada bila dah kuar kat 30M terus buy or kena tunggu 4h kuar baru kompom buy??? :-?