BTC USD 63,260.4 Gold USD 4,294.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Model sambilan dakwa ditipu

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Shaiful Nizam (kiri) bersama dua lagi rakan model mendakwa ditipu pengarah syarikat agensi pengurusan bakat baharu.
< 1 / 1 >
SHAH ALAM – Seorang model sambilan mendakwa terpedaya dengan helah seorang pengarah agensi pengurusan bakat baharu dalam dunia peragaan sehingga kerugian sebanyak RM1,700.

Mangsa yang juga eksekutif teknologi maklumat, Shaiful Nizam Ariffin, 37, berkata, dia pernah bekerjasama dengan pengarah terbabit yang juga seorang pereka fesyen muda untuk sebuah iklan.

"Walaupun baru saja kenal dia bulan Februari lalu, tetapi atas dasar pernah bekerjasama dengannya, saya tak syak apa-apa dan percaya apa kata-kata dan ceritanya.

"Pada 20 April lalu, dia hubungi saya untuk pinjam wang sebanyak RM1,700 kononnya untuk selesaikan beberapa perkara berkaitan syarikat. Dia berjanji akan membayar semula dua jam kemudian," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Malangnya, sehingga kini dia masih belum menerima wang yang dijanjikan.

"Setiap kali saya hubungi dia untuk bertanyakan duit saya, dia kata sudah bayar dan masukkan ke akaun bank saya.

"Saya dipermainkan dan ditipu kerana saya masih tidak terima wang sehingga ke hari ini," katanya.

Menurutnya, selain dirinya menjadi mangsa penipuan pengarah syarikat itu, ramai lagi rakan model turut tertipu dengan helahnya.

Katanya, taktik digunakan sama iaitu meminjam wang dan berjanji akan membayar semula dalam tempoh singkat.

“Saya sudah buat tiga laporan polis kerana perbuatannya memperdaya saya dan rakan-rakan. Namun, dia masih berdolak-dalik seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku," katanya yang mahu pengarah terbabit segera melunaskan hutangnya dan rakan-rakan dan tidak lagi
mempermainkan bakat-bakat baru yang bekerjasama dengannya.
 
kena tipuk smpi seluar tinggal seluar cerut je
 
Back
Top
Log in Register