begini tuan...
ASWJ adalah satu manhaj yang sohih...didokong oleh ramai Alimin dan Arifbillah...terpecah kepada 4 mazhab sekali pun, inshaAllah akan termasuk dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh yang dijanjikan syurga oleh Allah Taala...
yang saya maksudkan dengan jalan ini adalah cara kita menyusun segala tertib di dalam manhaj itu tadi selagi mana masih di dalam ruang lingkup ASWJ, dengan harapan untuk menjadi golongan yang muqorrob, yang saddiq, malahan yang juga inshaAllah shahid...
cuba flashback kembali, tahap pengetahuan kita tentang agama dari semenjak kecil, tadika ke sekolah rendah, sekolah menengah, ke universiti atau kolej dan seterusnya bekerja dan bekeluarga, adakah sama ? tidak...
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy untuk mengatur segala urusan” Yunus : 3.
Semasa kecil bila ditanya kepada guru atau emak kita di rumah, mereka akan menerangkan, Allah itu jauh...jauh di atas Arasy di atas langit ke tujuh katanya...bsesuaian dengan tahap pemikiran kita yang masih kecil pada waktu itu...malahan, mmg terdapat golongan umat Muhammad yang masih berpegang kepada fahaman ini sehingga mereka dewasa...dengan sedikit penambahan dengan mengatakan memang Allah
duduk tapi tak sama cara dengan makhluk lah dan macam2 lagi, ditunjangi teguh bahawa Allah itu keberadaanNya (dengan cara yang hanya Dia yang Mengetahui) adalah di atas Arasy...
sedangkan, kita tahu Allah itu tidak bertempat kerana Dia bersifat qiammuhu binafsihi yang bermaksud Allah tidak berhajat pada sesuatu zat lain untuk ditempati...mana mungkin Allah bersila lendik/duduk/berdiam di Arasy kerana Arasy itu adalah makhluk...dapatkah makhluk menanggung dzat Allah sedang bukit dihadapan Nabi Musa AS pun hancur kerana tidak dapat menanggung pentajalian Allah...
"Dimana sahaja kamu menghadap, disitulah wajah Allah” Al Baqarah : 115
“Dialah yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin.” Al Hadid : 3
Dalil menunjukkan tiada yang lain, selain Dia...dan Dia ada dimana-mana, bukan di atas Arasy, bukan di bawah laut, bukan di tepi sungai dsbnya...bukan juga bmakna Dia itu banyak bilangannya...di sinilah, tempat di mana ramai umat Muhammad yakni para Salik tersungkur...
Apa jua pemahaman yang kita ada ttg Dia, haqiqatnya tidak akan berubah yakni
“Dia tidak menyerupai segala sesuatu.” As Syura : 11
Jadi, jalan mana yang dipilih ? Apakah definisi
jalan yang betul sebenar-benarnya ? Jalan yang telah dilalui oleh para Alimin dan Arifbillah atau jalan sendiri (yang dirasakan betul kerana mengikut sesetengah Ulama' atau Guru yang juga disangkakan betul) yang belum tentu akan sampai ke destinasi ? Kemungkinan tetap ada, anda akan sampai, tetapi bagaimana, berapa lama ? Takut-takut, hati tidak mampu terbeban dengan ujian dan tahapan yang sudah tentunya akan diganggu syaitan yang direjam...
Pulangkan semula kepada yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana, Allah Azza Wajalla, ikhlaskan di dalam hati, semoga dilimpahkan Rahmat dan Ilmu dari sisiNya agar dapat kita bersama menjaga keselamatan agama kita, inshaAllah Allahumma Amin...
Wallahua'lam.