BTC USD 85,223.2 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mod: Tolong delete thread ini

sila lendik pon ya, tidak bersila lendik pon ya...amati kisah Raja Muzaffar Shah, inshaAllah kita semua akan peroleh ilmu dariNya...

Tiada jalan yang CONFIRM betul...beda hanya susunan perjalanan itu sahaja...terkadang yang kelihatan SESAT dan dilabel sesat itu, lebih mulia dari orang yang tertipu dengan amalnya sendiri dan akhirnya JAUH dari redho dan rahmat Allah...MashaAllah...
 
Pada pengetahuan saya yg jahil, jalan yang betul adalah jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jadi, kita sudah ada jalanan yg betul. Wallahualam. :)
 
Kadang2 kita rasa mcm nak buat benda betul...tapi wallahualam niat sebenar mmg tak tau...tapi kalau nak menyebarkan sesuatu dgn tunjuk video...tak tau lah niat sebenarnya...tapi kalau2 betul2 ikhlas,..berdepan dgn yg empunya diri dan pastikan..atau mmg tak berani.. permainan syaitan ni lebih dahsyat dari jangkaan kita...dalam diam....dalam senyap...dalam kononnya nak buat kebaikan...naudzubillahhimin zalik.
 
Ikhlas itu di dalam hati tuan. Hanya Allah swt sahaja yg tahu. Alhamdulillah. Niat saya, hendak sebarkan kebenaran agar kita tak terlalu taksub akan ulama' dunia.

Tengoklah video itu sampai habis. Jika musykil lagi, tanyalah ustaz-ustaz ASWJ. Kalau tuan rasa saya salah, tuan nyatakan apakah kesalahan saya dan jika tuan belajar ilmu usuluddin,tuan akan faham maksud sebenar saya. Sebab itu ustaz saya pesan,haram belajar ilmu usuluddin daripada bukan ahli. Adapun saya, nak kata ada ilmu pun ilmu itu milik Allah swt.. Hanya Allah swt Maha Mengetaui.

" Unzur ma qola wala tanzur man qola" - mu dgr apa yg dia cakap jgn mu tgk siapa yg berkata.

Utk pengetahuan tuan, saya sudah bertanya di page TG Nik Aziz namun beliau tidak menjawap. Apa boleh saya buat? Hendak berjumpa tiada daya.

InsyaAllah tuan. Dalam bab akidah kita perlu tegas! Bab akidah kita tiada komproni tak kira lah dia siapa. Lg membahayakan, boleh menyesatkan orang awam. Sebab akidah kita ASWJ. Wallahualam.

p/s: kalau tuan tak tgk habis video di atas, lalu tuan buat kesimpulan atas saya. Wallahualam. Saya bersangka baik terhadap tuan. Terima kasih sudi menegur saya dan maafkan saya jika melukakan hati tuan. :)

Manusia bukan maksum. Yg salah,kita betulkan. Betul tak?
 
Last edited:
Firman Allah yang jelas, hadits Nabi SAW yang sahih terima. wallahu 'alam.
 
Pada pengetahuan saya yg jahil, jalan yang betul adalah jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jadi, kita sudah ada jalanan yg betul. Wallahualam. :)
begini tuan...

ASWJ adalah satu manhaj yang sohih...didokong oleh ramai Alimin dan Arifbillah...terpecah kepada 4 mazhab sekali pun, inshaAllah akan termasuk dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh yang dijanjikan syurga oleh Allah Taala...

yang saya maksudkan dengan jalan ini adalah cara kita menyusun segala tertib di dalam manhaj itu tadi selagi mana masih di dalam ruang lingkup ASWJ, dengan harapan untuk menjadi golongan yang muqorrob, yang saddiq, malahan yang juga inshaAllah shahid...

cuba flashback kembali, tahap pengetahuan kita tentang agama dari semenjak kecil, tadika ke sekolah rendah, sekolah menengah, ke universiti atau kolej dan seterusnya bekerja dan bekeluarga, adakah sama ? tidak...

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy untuk mengatur segala urusan” Yunus : 3.​
Semasa kecil bila ditanya kepada guru atau emak kita di rumah, mereka akan menerangkan, Allah itu jauh...jauh di atas Arasy di atas langit ke tujuh katanya...bsesuaian dengan tahap pemikiran kita yang masih kecil pada waktu itu...malahan, mmg terdapat golongan umat Muhammad yang masih berpegang kepada fahaman ini sehingga mereka dewasa...dengan sedikit penambahan dengan mengatakan memang Allah duduk tapi tak sama cara dengan makhluk lah dan macam2 lagi, ditunjangi teguh bahawa Allah itu keberadaanNya (dengan cara yang hanya Dia yang Mengetahui) adalah di atas Arasy...sedangkan, kita tahu Allah itu tidak bertempat kerana Dia bersifat qiammuhu binafsihi yang bermaksud Allah tidak berhajat pada sesuatu zat lain untuk ditempati...mana mungkin Allah bersila lendik/duduk/berdiam di Arasy kerana Arasy itu adalah makhluk...dapatkah makhluk menanggung dzat Allah sedang bukit dihadapan Nabi Musa AS pun hancur kerana tidak dapat menanggung pentajalian Allah...

"Dimana sahaja kamu menghadap, disitulah wajah Allah” Al Baqarah : 115
“Dialah yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin.” Al Hadid : 3
​
Dalil menunjukkan tiada yang lain, selain Dia...dan Dia ada dimana-mana, bukan di atas Arasy, bukan di bawah laut, bukan di tepi sungai dsbnya...bukan juga bmakna Dia itu banyak bilangannya...di sinilah, tempat di mana ramai umat Muhammad yakni para Salik tersungkur...

Apa jua pemahaman yang kita ada ttg Dia, haqiqatnya tidak akan berubah yakni “Dia tidak menyerupai segala sesuatu.” As Syura : 11

Jadi, jalan mana yang dipilih ? Apakah definisi jalan yang betul sebenar-benarnya ? Jalan yang telah dilalui oleh para Alimin dan Arifbillah atau jalan sendiri (yang dirasakan betul kerana mengikut sesetengah Ulama' atau Guru yang juga disangkakan betul) yang belum tentu akan sampai ke destinasi ? Kemungkinan tetap ada, anda akan sampai, tetapi bagaimana, berapa lama ? Takut-takut, hati tidak mampu terbeban dengan ujian dan tahapan yang sudah tentunya akan diganggu syaitan yang direjam...

Pulangkan semula kepada yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana, Allah Azza Wajalla, ikhlaskan di dalam hati, semoga dilimpahkan Rahmat dan Ilmu dari sisiNya agar dapat kita bersama menjaga keselamatan agama kita, inshaAllah Allahumma Amin...

Wallahua'lam.
 
Ikhlas itu di dalam hati tuan. Hanya Allah swt sahaja yg tahu. Alhamdulillah. Niat saya, hendak sebarkan kebenaran agar kita tak terlalu taksub akan ulama' dunia.

Tengoklah video itu sampai habis. Jika musykil lagi, tanyalah ustaz-ustaz ASWJ. Kalau tuan rasa saya salah, tuan nyatakan apakah kesalahan saya dan jika tuan belajar ilmu usuluddin,tuan akan faham maksud sebenar saya. Sebab itu ustaz saya pesan,haram belajar ilmu usuluddin daripada bukan ahli. Adapun saya, nak kata ada ilmu pun ilmu itu milik Allah swt.. Hanya Allah swt Maha Mengetaui.

" Unzur ma qola wala tanzur man qola" - mu dgr apa yg dia cakap jgn mu tgk siapa yg berkata.

Utk pengetahuan tuan, saya sudah bertanya di page TG Nik Aziz namun beliau tidak menjawap. Apa boleh saya buat? Hendak berjumpa tiada daya.

InsyaAllah tuan. Dalam bab akidah kita perlu tegas! Bab akidah kita tiada komproni tak kira lah dia siapa. Lg membahayakan, boleh menyesatkan orang awam. Sebab akidah kita ASWJ. Wallahualam.

p/s: kalau tuan tak tgk habis video di atas, lalu tuan buat kesimpulan atas saya. Wallahualam. Saya bersangka baik terhadap tuan. Terima kasih sudi menegur saya dan maafkan saya jika melukakan hati tuan. :)

Manusia bukan maksum. Yg salah,kita betulkan. Betul tak?
Saya pernah post satu doa di page UAI, dengan harapan dapat diaminkan oleh ribuan, puluh ribuan, ratus ribuan peminat UAI di page beliau...saya OFFLINE pada ketika itu, tiada yang LIKE dan COMMENT pun...namun saya bersangka baik, saya harapkan ada yang mengaminkannya...

di CG, saya mengepost doa tersebut...
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=401408
62 views, ada seorang hamba Allah reply, inshaAllah ramai yang mengaminkannya...

takpalah akhi, asalkan kita tahu apa yang kita lakukan, kembalikan segala galanya pada Dia, inshaAllah ditunjuki jalan yang lurus...

semoga aku tidak tertipu dengan keikhlasan dan amalku, semoga Allah berikan kekuatan dan perlindungan kepada hambaNya yang memerlukan...inshaAllah...
 
Last edited:
begini tuan...

ASWJ adalah satu manhaj yang sohih...didokong oleh ramai Alimin dan Arifbillah...terpecah kepada 4 mazhab sekali pun, inshaAllah akan termasuk dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh yang dijanjikan syurga oleh Allah Taala...

yang saya maksudkan dengan jalan ini adalah cara kita menyusun segala tertib di dalam manhaj itu tadi selagi mana masih di dalam ruang lingkup ASWJ, dengan harapan untuk menjadi golongan yang muqorrob, yang saddiq, malahan yang juga inshaAllah shahid...

cuba flashback kembali, tahap pengetahuan kita tentang agama dari semenjak kecil, tadika ke sekolah rendah, sekolah menengah, ke universiti atau kolej dan seterusnya bekerja dan bekeluarga, adakah sama ? tidak...

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy untuk mengatur segala urusan” Yunus : 3.​
Semasa kecil bila ditanya kepada guru atau emak kita di rumah, mereka akan menerangkan, Allah itu jauh...jauh di atas Arasy di atas langit ke tujuh katanya...bsesuaian dengan tahap pemikiran kita yang masih kecil pada waktu itu...malahan, mmg terdapat golongan umat Muhammad yang masih berpegang kepada fahaman ini sehingga mereka dewasa...dengan sedikit penambahan dengan mengatakan memang Allah duduk tapi tak sama cara dengan makhluk lah dan macam2 lagi, ditunjangi teguh bahawa Allah itu keberadaanNya (dengan cara yang hanya Dia yang Mengetahui) adalah di atas Arasy...sedangkan, kita tahu Allah itu tidak bertempat kerana Dia bersifat qiammuhu binafsihi yang bermaksud Allah tidak berhajat pada sesuatu zat lain untuk ditempati...mana mungkin Allah bersila lendik/duduk/berdiam di Arasy kerana Arasy itu adalah makhluk...dapatkah makhluk menanggung dzat Allah sedang bukit dihadapan Nabi Musa AS pun hancur kerana tidak dapat menanggung pentajalian Allah...

"Dimana sahaja kamu menghadap, disitulah wajah Allah” Al Baqarah : 115
“Dialah yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin.” Al Hadid : 3
​
Dalil menunjukkan tiada yang lain, selain Dia...dan Dia ada dimana-mana, bukan di atas Arasy, bukan di bawah laut, bukan di tepi sungai dsbnya...bukan juga bmakna Dia itu banyak bilangannya...di sinilah, tempat di mana ramai umat Muhammad yakni para Salik tersungkur...

Apa jua pemahaman yang kita ada ttg Dia, haqiqatnya tidak akan berubah yakni “Dia tidak menyerupai segala sesuatu.” As Syura : 11

Jadi, jalan mana yang dipilih ? Apakah definisi jalan yang betul sebenar-benarnya ? Jalan yang telah dilalui oleh para Alimin dan Arifbillah atau jalan sendiri (yang dirasakan betul kerana mengikut sesetengah Ulama' atau Guru yang juga disangkakan betul) yang belum tentu akan sampai ke destinasi ? Kemungkinan tetap ada, anda akan sampai, tetapi bagaimana, berapa lama ? Takut-takut, hati tidak mampu terbeban dengan ujian dan tahapan yang sudah tentunya akan diganggu syaitan yang direjam...

Pulangkan semula kepada yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana, Allah Azza Wajalla, ikhlaskan di dalam hati, semoga dilimpahkan Rahmat dan Ilmu dari sisiNya agar dapat kita bersama menjaga keselamatan agama kita, inshaAllah Allahumma Amin...

Wallahua'lam.

Terima kasih tuan atas penjelasan ini. Selagimana dalam ruang lingkup ASWJ, alhamdulillah. Yg terkeluar inilah bahaya,kan? ke tak bahaya pada pandangan pihak tuan? Wallahualam.

Cumanya disini yg jadi masalah, ada yg tak setuju sebab ada yg berkata " Allah duduk tetapi tak sama dengan makhluk..." - fahaman ini berbeza dgn ASWJ. Wallahualam. Mohon maaf atas kejahilan dan pemahaman saya jika tersalah. Adapun diri saya utk berbicara ilmu tauhid, saya bukanlah ahli. Apapun, terima kasih. :D
 
sama-sama akhi...

ada pun soal mereka yang terkeluar aqidah dari manhaj ASWJ ni, saya tidak mahu mengulas kerana tidak faqih di dalam hal ini, dan juga untuk mengelakkan timbulnya fitnah oleh orang lain...cumanya satu yang saya pegang, kita sertailah golongan yang ramai dan bersederhana dalam tiap sesuatu...golongan yang ramai (al assad wal azam) ini, dapat menyelamatkan kita yang berada di tahapan orang awam, yang kurang ilmu ttg selok belok agama...begitu juga ttg wasatiyyah, yang mana di waktu lampau telah menyaksikan bagaimana terdapat golongan mukhtazilah (melampau dalam memakai logik aqal) dan juga hanabilah (semata-mata dalil dan nas tanpa takwilan) tersasar dari apa yang dianjurkan oleh Alimin ASWJ yang muktabar...kita tanya semula diri kita, sejauh mana keikhlasan kita mencari agama (mengaji/mengkaji) ? adakah terkesan kepada Akhlak dan Ibadah kita? Berpuluh kitab telah ditelaah, semakin khusyukkah kita ? Atau sebenarnya semakin lalai ? Sedangkan kita tahu bahawa Neraka Wail adalah untuk mereka yang lalai hatinya ketika bersolat (Al Maun)?

tentang TGNA, saya memulangkan kepada Allah, dan hanya Dia yang Maha Mengetahui...cuma, dari segi hukum Fi'linya, walaupun TGNA sendiri pada masa akan datang, ingin bercakap sesuatu perkara, diharap telitilah dahulu akan audiencenya (tahapan mereka)...andai sesama ahli/halaqahnya, lain lah cerita...kerana kita ini hidup bermasyarakat, dan banyak hadis Rasulullah SAWAS tentang hidup bermasyarakat dan bagaimana ttg menjaga hati dan perasaan sesama kita...selagi mana kita ingin memakai NAMA kita ini, berbuat baiklah sesama kita dan elakkan hujah yang boleh mendatangkan tohmah/fitnah...

Wallahua'lam.
 
Allah berada di atas Arasy sebagaimana firman-Nya, jangan ditanya bagaimana,jangan difikirkan. sebagaimana firman-Nya lagi, Allah tidak sama dengan makhluk. wallahu 'alam.
 
Back
Top
Log in Register