BLR naik sebab Bank Negara naikkan OPR. kenapa OPR naik, to avoid dana dari terus keluar dari Msia. sebab US dah berapa kali bagi naik interest rate, golongan yg byk duit akan cari jalan utk simpan duit di tempat yg boleh bagi interest rate tinggi.
sebab apa interest rate naik? kalau ikut apa yg aku belajar masa amik paper macro economic dulu itu semua ada kena mengena dgn faktor ekonomi sesebuah negara.
Actually antara faktor2 mempengaruhi ekonomi ialah interest rates, inflasi & juga kadar employment. interest rates is the price of money, meaning kalau ekonomi growing maka ini akan diikuti dgn peningkatan inflasi & unemployment rate akan drop.
Bila perkara2 ini berlaku, secara teorinya kerajaan melalui bank negara akan naikkan interest rate utk discourage borrowing sebab matawang terlalu byk di pasaran. bila payah nak meminjam maka tak dptlah usahawan2 nak invest business baru. So pd masa ini orang yg ada duit beralih utk menyimpan dlm bank kerana ini lebih menguntungkan berbanding masa2 lain.
Secara logiknya bila interest rate tinggi maka ramailah orang akan menyimpan di bank (bayangkan interest rate FD setahun 10%, agak2 ramai tak yg akan potong gaji utk masuk FD & mengurangkan perbelanjaan2 lain?)
Sebaliknya kalau ekonomi is slowing, low inflation will follow & kadar pengangguran juga akan meningkat. Utk mengurankan impaknya, jika ini berlaku kerajaan akan menurunkan interest rate utk stimulate ahli perniagaan & usahawan meminjam kerana bila interest rendah maka ramailah yg mampu meminjam, supaya boleh mewujudkan lebih byk peluang pekerjaan.
Contoh yg lain, utk menggalakkan industri kereta, bank2 akan menurunkan kadar interest utk loan kereta. Cuba bayangkan interest loan kereta 2.5% vs 6%. Keadaan yg mcm mana orang lebih suka meminjam or continue pakai kereta lama? My 2 cents.
Ringkasnya, bila interest rate jatuh, bon dgn saham akan naik. Manakala kalau interest rate naik, bon & saham akan jatuh