BTC USD 75,430.2 Gold USD 4,293.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MOD pls delete this thread

Status
Not open for further replies.
aku up untuk TT...best asb loan dpt free voucher
 
yg easy cara nak applynya. lulus tak lulus, CTOS, CCRIS dan HIGH COMMITMENT jadi halangannya

ctos tu apa maksudnya.
ccris tu aku faham. tunggakan kereta 3 bulan sudah dikira ccris

mcm mana nak settle/clear ccris
 
ctos tu apa maksudnya.
ccris tu aku faham. tunggakan kereta 3 bulan sudah dikira ccris

mcm mana nak settle/clear ccris

Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS)ni maksudnya. selalunya CTOS ambil data kewangan ni dalam paper atau instituisi yang menyediakan pinjaman lain seperti AEON CREDIT, COURTS MAMMOTH, Pinjaman berlesen. Klau nama ada disiarkan masuk mahkamah kerana tidak bayar loan, kad kredit, rumah dilelong atau lain. so nama akan berada dalam CTOS. kalau nakk check CTOS kena gi pejabat diorg kat ampang www.ctos.com

kalau CCRIS ni maklumat bayaran kita tiap2 bulan kat bank. kalau nak clear CCRIS selama 6 bulan kita kena biar data dalam CCRIS 0. kalau lewat bayar atau lap bayaran dia mungkin naik 1 atau lebih kat column CONDUCT OF ACCOUNT FOR LAST 2 MONTHS . nak check CCRIS boleh terus ke tingkat bawah Bank Negara

detailed-credit-report.jpg
 
kalo ada prob ngan comny telco?? pasal bil tepon?? huhuhu
 
kalo ada prob ngan comny telco?? pasal bil tepon?? huhuhu

bil tepon blacklist dalam telco jer. tak melibatkan CCRIS atau CTOS.

tapi mungkin tak bayar saman parking kat SHah alam kena ccris :D

Pemandu degil bayar saman MBSA disenarai hitam CCRIS

2010/04/20

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menghantar nama pemilik kenderaan dengan lima kesalahan kompaun untuk direkodkan ke Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) Bank Negara Malaysia (BNM) bagi disenarai hitam jika gagal menjelaskannya selepas 31 Mei ini.

BNM menyimpan semua data kredit pelanggan dalam sistem itu yang dibekalkan kepada institusi kewangan di Malaysia.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazalan Md Noor, berkata tindakan itu terpaksa diambil selepas penerima kompaun terus berdegil untuk membayarnya walaupun MBSA menawarkan diskaun pembayaran sehingga 50 peratus.

Katanya, ia adalah antara tindakan tegas yang diambil MBSA dalam usaha menangani kompaun tidak berbayar selain menghadapkan pesalah lalu lintas ke mahkamah.

“Sehingga 31 Mac lalu, jumlah tunggakan kompaun MBSA adalah sebanyak RM60 juta dan jumlah kompaun paling tinggi dikeluarkan ialah membabitkan lalu lintas sebanyak RM30 juta.

“Kita jangka dapat mengutip RM10 juta untuk kesalahan letak kereta,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Hasil Kutipan Kompaun MBSA di Kaunter Pembayaran Utama MBSA, di sini, semalam.

Mazalan berkata, bagi meringankan beban mereka yang dikenakan kompaun, MBSA mewujudkan sebuah kaunter bergerak untuk memungut kompaun di sekitar Shah Alam mengikut jadual ditetapkan iaitu pada Sabtu dan Ahad.

Pada malam Sabtu katanya, kenderaan bergerak itu akan bertumpu di Uptown di sini, manakala pada Ahad, ia akan berada di Bazarena, Stadium Shah Alam di Seksyen 13.

“Oleh itu orang ramai yang selama ini tidak mempunyai masa datang ke MBSA untuk menjelaskan kompaun boleh mengunjungi kaunter bergerak kami,” katanya.

Beliau berkata, program hasil kutipan kompaun 2010 itu bermula 1 April lalu hingga 31 Mei ini dalam usaha mengutip tunggakan kompaun daripada orang kena kompaun (OKK).
 
bil tepon blacklist dalam telco jer. tak melibatkan CCRIS atau CTOS.

tapi mungkin tak bayar saman parking kat SHah alam kena ccris :D

patut la abg aku mengamuk giler ari tu..kate dia x leh wat loan pasal aku x byr saman:eek::eek::eek::eek::eek:

mmg aku ada kene saman parking mase guna kete dia dulu :eek::eek::eek:
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register