BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MOD pls delete this thread

Status
Not open for further replies.
Sori T.T nak tanye skit..utk easy pinjaman ekspres tu kalu macam yg bawah ni blh ke apply??

1. xde rekod ngan mana2 bank(xde CC, loan kete, loan rumah)
2. baru bertukar company(2 bulan dah) tp dah lame la keje ada epf sume
3. gaji rm2300..

so kalu mcm atas ni blh ke apply??

TQ

1. dah bekerja dah brp lama (termasuk company lama + baru)?
2. gaji akhir tempat lama berapa?
 
salam T.T..nk tnye..aq kje ngan bapak aq je..kdai biase..SDN BHD je..leh wat personal loan ke?? n pm psl RHB loan 2...

kalau gaji > RM1500, keja dah lebih setahun serta ada caruman kwsp tiap2 bulan tentu boleh
 
T.T lau xde caruman KWSP xleh adjust ke..hehehehe
 
T.T lau xde caruman KWSP xleh adjust ke..hehehehe

kalau tak der kwsp mmg susah...sbb itu menjadi rujukan penting kat sini....kami kira kelayakan pinjaman berdasarkan KWSP

sebagai peringatan majikan yang tak bayar KWSP kat staff dia

157 Majikan Tidak Mencarum KWSP Didenda RM172,410
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengambil tindakan mahkamah terhadap 157 majikan antara bulan Januari dan Mac 2010 (S1) kerana tidak mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Semua 157 majikan terbabit telah dikenakan denda berjumlah RM172,410.

Denda yang dikenakan di antara RM1,000 dan RM5,400 adalah bagi kesalahan di bawah Seksyen 43(2) Akta KWSP 1991 yang menetapkan semua majikan membayar caruman bulanan mereka sebelum atau pada 15 haribulan setiap bulan atau akan dikenakan tindakan undang-undang.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, majoriti majikan bertanggungjawab dan sedar akan kewajipan mereka untuk mencarum secara teratur, namun masih terdapat segelintir majikan gagal berbuat demikian.

“Amat penting untuk majikan mengetahui bahawa KWSP memandang serius isu berkaitan caruman dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dalam usaha melindungi simpanan persaraan ahli,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Pada suku pertama tahun ini, sebanyak 285 kes sivil dan 1,868 kes jenayah difailkan di mahkamah terhadap pengarah syarikat dan majikan yang tidak membayar caruman KWSP mereka.

KWSP juga telah mengemukakan 320 nama pengarah syarikat, berbanding 221 pada suku tahun sebelumnya kepada Jabatan Imigresen bagi menahan mereka daripada meninggalkan negara sebelum menjelaskan tunggakan caruman seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 39, Akta KWSP 1991.

Lazimnya, mahkamah memberikan majikan maksimum enam kali bayaran ansuran untuk menjelaskan tunggakan caruman.

Dalam tempoh berkenaan KWSP akan terus memantau majikan terbabit bagi memastikan tunggakan caruman dibayar sepenuhnya.

KWSP akan mengkreditkan tunggakan caruman itu ke dalam akaun ahli setelah majikan membayar semua tunggakan caruman berkenaan.

Menurut Nik Affendi, KWSP sentiasa mengutamakan kepentingan ahli dan akan mengambil segala langkah perlu bagi memastikan simpanan persaraan ahli terus dilindungi.

“Bagaimanapun, adalah penting bagi ahli untuk turut memainkan peranan dengan sentiasa menyemak penyata kira-kira mereka bagi memastikan majikan membayar caruman dengan teratur dan pada masa yang ditetapkan.

"Jika terdapat keraguan, ahli dinasihati untuk mendapatkan penjelasan daripada majikan atau melaporkan kepada KWSP dengan segera,” katanya.
 
1. keje dah 2 thn..
2. gaji tempat lama RM1980..
3. pastu agak2 bape leh pinjam..

kalau camni layak pinjam.

brp yang boleh pinjam, anda boleh letak amaun sehingga 50k. namun final result di tentukan oleh sistem itu. tapi sbb takder komitmen di bank lain, biasanya jumlah boleh dapat kurang 10k. tapi boleh lah letak banyak mana amaun yg diingini
 
kalau buat loan 2k
dapat bersih brapa...
 
brapa leh bersih
1800 ada ka
 
nana..i nak tanya ni. lau sepupu i nak wat loan utk asb cmne? skang ni bru mula keje tempat baru dalam 2bulan boleh ke?ape yg die perlu wat lau nk wat loan asb tu?
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register