BTC USD 84,550.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Mixue Taman Sri Muda kena rompak

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,571
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,571
Reaction score
1,681
Points
201


Rompakan kedai mixue dekat taman sri muda..anak AZMAN SANI...adik izmah yang wahida tu..Skrg dia dipantau oleh DR. Dia supervisor dkt mixue tu. 8 kali tikam kena tikam dkt perut. Kena samun & ada duit dkt dia rm4000

Sumber info
 
Rohingya ke?
Insyaallah orang baik. Diorang semua datang sini semua baik baik belaka
:)
 
bapak ah dah mcm kat luar negara...tp kat seri muda je adoi
 
1723533139966.png


*Samun: Pekerja wanita cedera ditoreh guna pisau pemotong kertas*

Oleh

Farwizah Samsudin

August 13, 2024

Suspek (kiri) kini diburu polis selepas terlibat dalam kejadian samun dan mencederakan seorang pekerja kedai aiskrim._POLIS kini memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian samun di sebuah kedai aiskrim dekat Taman Sri Muda, Shah Alam, 11.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa seorang pekerja wanita berusia 21 tahun cedera ditoreh sebanyak tiga kali menggunakan pisau pemotong kertas.Katanya, laporan mengenai kejadian diterima daripada abang mangsa berusia 36 tahun.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa sedang bekerja seorang diri di kedai sementara menungggu pekerja lain masuk bertugas.“Suspek merupakan seorang lelaki berbangsa tidak pasti dengan memakai pelitup muka dan bersenjatakan pisau pemotong kertas telah cuba melakukan samun ke atas mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Tambahnya, mangsa berjaya menghalang suspek, namun mengalami kecederaan akibat ditoreh.“Mangsa telah menerima rawatan di Hospital Shah Alam dan telah dibenarkan pulang pada 1 pagi tadi,” katanya.

Mohd Iqbal berkata, sehingga kini tiada sebarang kerugian dialami oleh mangsa mahupun syarikat.“Semakan rakaman kamera litar tertutup telah berjaya menimbulkan wajah sebenar suspek dan usaha mengesan serta menangkap suspek kini giat dijalankan,” ujarnya.Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Syer Aidid di talian 013-6544996.-UtusanTV


1723533218110.png
 
Back
Top
Log in Register