BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News MIUI 14 Rasmi, Di Katakan Lebih Ringan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
Xiaomi akan melancarkan siri Xiaomi 13 bersama-sama dengan sistem operasi baharu mereka, MIUI 14. Acara ini akan berlangsung dalam bulan Disember 2022 ini. Antara tonggak utama dalam MIUI 14 ini ialah bilangan aplikasi terbina yang lebih sedikit (hingga 8), ciri yang lebih praktikal, pengalaman sistem yang lebih stabil dan lancar. Kata Gizchina, sistem antara muka baharu ini menekankan firmware yang minimum, penggunaan memori minimum dan aplikasi yang tidak boleh dinyahpasang yang sedikit.

Jika anda tertanya-tanya apakah bentuk Xiaomi ini, dikhabarkan bahawa ia hadir dengan paparan berlubang untuk kamera swafoto, bezel 1.61 mm atas dan sisi serta 1.81mm tebal bezel pada dagu. Selain itu, ia mempunyai panel belakang dengan empat lengkung (quad-curved) dengan kemasan seakan-akan kulit serta mempunyai perlindungan IP68.​

1670062535863.png
 
MIUI 14 Di Lancar Dengan Penambahbaikan Widget & Lebih Pantas Berasaskan Android 13

Sistem operasi baharu Xiaomi MIUI 14 yang berasaskan Android 13 telah dilancarkan secara rasmi semalam serentak dengan pelancaran siri Xiaomi 13. Kali ini penambahbaikan diberikan kepada meningkatkan kelancaran animasi yang dikatakan lebih baik sehingga 60%, tumpuan kepada privasi dan menambah elemen antaramuka yang lebih menarik.

Xioami-MIUI-14-UI-depan.jpg.webp


Ikon dan antaramuka lebih besar yang mengingatkan kami kepada rekaan yang digunakan pada peranti Pixel. Elemen antaramuka turut nampak lebih ceria. Terdapat sokongan Widget yang lebih mewah bersama dengan widget haiwan peliharaan dan tumbuh-tumbuhan maya. Ini mengingatkan kami kepada watak maya Shark Chan pada peranti Black Shark 5 yang telah diulas tahun ini.

Xioami-MIUI-14-UI-Anjing-Haiwan-Pokok.jpg.webp


MIUI 14 turut mempunyai saiz pemasangan yang lebih kecil bawah 14GB berbanding sehingga 17GB untuk MIUI 13. Fail yang tidak diperlukan akan dibuang oleh sistem secara automatik apabila tidak digunakan. Sebagai contoh hanya lapan sahaja aplikasi terpasang tidak boleh dibuang oleh pengguna jika tidak ingin digunakan.

Xioami-MIUI-14-UI-Baca-teks-Galeri-950x534.jpg.webp


Aplikasi galeri kini boleh membaca teks dari gambar yang disimpan dengan ia kemudiannya dialih bahasa dengan hanya menekan pada skrin. Lapan bahasa disokong pada waktu ini. Pembantu maya Mi AI turut ditambah baik dengan pelbagai ciri baharu.

Xiaomi-MIUI-14-Widget.jpg.webp


Bagi yang berkeluarga, galeri boleh dikongsi dengan 8 ahli keluarga secara automatik bersama dengan perkongsian data kesihatan jika perlu. Kedua-dua ciri ini mirip dengan yang disokong pada iOS 16 di peranti iPhone.

Xioami-MIUI-14-UI-Super-User-Ekosistem-.jpg.webp


Akhir sekali terdapat ciri memudahkan interaksi dengan produk-produk pintar dalam ekosistem Xiaomi. Dari tangkapan layar, ia mempunyai persamaan dengan ciri Super Device pada peranti Huawei. MIUI 14 pada waktu ini hanya digunakan pada Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro terlebih dahulu. Sebelas peranti terawal yang akan menerima MIUI 14 pada bulan Januari 2023 adalah;​
  • Xiaomi 12S Ultra​
  • Xiaomi 12S Pro​
  • Xiaomi 12S​
  • Xiaomi 12 Pro​
  • Xiaomi 12 Pro Dimensity Edition​
  • Xiaomi 12​
  • Xiaomi MIX Fold 2​
  • Redmi K50 Pro​
  • Redmi K50 Extreme Edition​
  • Redmi K50 Esports Edition​
  • Redmi K50​
Sumber asal https://home.miui.com/
 
Berikut Perkara Yang Baharu & Di Tambah Baik

Selaras dengan pelancaran siri Xiaomi 13, maka bermakna antara muka baharu juga diperkenal bersama. Kali ini, MIUI 14. Kalau kita ingat semula, selepas MIUI 12, Xiaomi mengambil tindakan berani dengan melepaskan MIUI 12.5, bukan MIUI 13 seperti dijangka. Hal ini kerana Xiaomi menumpukan terhadap penambahbaikan dan penyelesaian isu MIUI 12 berbanding bawakan sesuatu yang baru keseluruhannya.

Kemudian, barulah MIUI 13 dilancarkan dan nampaknya tiada versi MIUI 13.5. Xiaomi kembali ke 'jalan lurus' dengan terus memperkenal MIUI 14. Seperti setiap keluaran, Xiaomi mengatakan versi terkini lebih pantas dan lancar. Tapi, apa yang baru kali ini? Teruskan tatal ke bawah.

Saiz kemas kini lebih kecil

saiz-miui-14-13gb-1-768x432.jpg

Berbanding saiz skin MIUI sebelum ini dan jenama lain, Xiaomi berbangga dengan saiz MIUI 14 yang lebih kecil. Ia mengalami pengurangan lebih 20%. Dikatakan saiznya sekitar 13GB sahaja keseluruhannya. MIUI 13 pada Xiaomi 12T Pro misalnya, bersaiz hampir 17GB. Kebaikan saiz yang lebih rendah ini bermakna pengguna dapat memuatturunnya dengan lebih pantas dan ia mengambil ruang storan dalaman (ROM) yang lebih sedikit juga.

Hanya 8 aplikasi tidak boleh dinyahpasang

miui-14-8-aplikasi-768x432.jpg

Kini, aplikasi yang tidak boleh dinyahpasang hanya tinggal 8. Ia antara bilangan terendah dalam semua antara muka tersedia hari ini. Isu bloatware antara perkara utama terutamanya melibatkan jenama telefon dari China. Namun, Xiaomi nampaknya prihatin dengan keluhan pengguna dan berani mengambil tindakan merendahkan pada hanya 8 aplikasi terbina tidak boleh dinyahpasang.

MIUI yang lebih lancar

miui-14-photon-architecture-768x422.jpg

Versi terbaru ini menggunakan enjin photon baharu yang beroperasi pada kernel Android sendiri dan membolehkan pembangun aplikasi pihak ketiga mencipta aplikasi yang lebih lancar dan cekap kuasa.

Menurut Xiaomi, kelancaran sistem kini meningkat sebanyak 60% dengan penggunaan kuasa berkurang sebanyak 16%.

Ciri AI

miui-14-ciri-2-1-768x432.jpg

Seperti Photos pada iOS dan Google Photos pada Android, galeri di MIUI 14 juga boleh mengekstrak atau mengecam teks daripada imej ditangkap pengguna. Ya, anda boleh salin teks daripada gambar jika sistem mampu mengecam huruf atau bahasa dalam gambar tersebut. Ini antara ciri yang semakin popular sekarang. Bahkan, Xiaomi berkata pengecaman teks daripada gambar lebih tepat daripada iOS. Setakat ini, ia menyokong 8 bahasa. Dalam pada itu, ciri pemaparan sari kata automatik secara masa nyata juga ditawarkan.

Data tidak dimuat naik ke pelayan awan

xiaomi-gallery-google-photos-768x432.jpg

Salah satu peningkatan privasi diambil Xiaomi ialah dengan tidak memuat naik sesetengah aktiviti yang berlaku dalam telefon ke pelayan awan (cloud). Sebagai contoh, data diekstrak daripada pengecaman teks-imej dilakukan dalam telefon saja. Ia tidak disimpan ke pelayan. Selain itu, sari kata bilingual secara langsung untuk video, rakaman dan terjemahan juga kekal sulit iaitu tidak dimuat naik ke pelayan.

Ikon aplikasi yang lebih besar, saiz pelbagai

miui-14-kredit-technobuzznet-2-768x384.jpg

Bab visual, sebenarnya tidak ada perubahan besar dalam MIUI 14 ini. Ia masih mewarisi rekaan yang diinspirasi daripada iOS sejak MIUI 12. Antara perubahan yang anda boleh nikmati ialah saiz ikon yang kini tersedia dalam 4 pilihan. Bukan hanya itu, malah bentuk setiap saiz juga agak menarik, empat saiz/bentuk itu ialah 1x1, 21, 1x2 dan 2x2. Selain itu, saiz ikon itu juga masih boleh diselaraskan lagi dengan lebih terperinci. Seperti anda dapat lihat, beberapa saiz hadir dengan bentuk dengan bucu bulat. Selain ikon, widget haiwan dan pokok juga boleh ditambah ke skrin. Pengguna boleh berinteraksi dengannya. Namun, tidak pasti apakah ini akan ditawarkan untuk MIUI 14 versi global.

Hubungan telefon dengan peranti Xiaomi lain yang lebih pantas

MIUI-14-interconnection-ekosisten-768x361.jpg

Barang-barang Xiaomi seperti TV, pembesar suara dan lain-lain semakin mudah dihubungkan ke telefon anda sekarang. Bertukar antara peranti juga semakin mudah melalui ciri drag and drop. Kesalinghubungan antara peranti ini kini lebih mudah di mana telefon dan peranti dapat dihubungkan 50% lebih pantas, kadar pemindahan 77% lebih lajut dengan sambungan juga 12% lebih pantas. Dari segi antaramuka, aplikasi Xiaomi memaparkan ikon peranti dalam bentuk buih. Selain itu, panggilan yang diterima di telefon juga boleh dialihkan ke tablet.

Kongsi data bersama ahli keluarga

miui-14-ciri-1-1-768x432.jpg

Dengan perkhidmatan keluarga, ahli boleh berkongsi gambar dan servis awan sehingga 9 orang keseluruhannya. Setiap ahli juga boleh diberikan tahap akses/kebenaran yang berlainan. Selain itu, antara data yang dikongsi juga ialah berkaitan kesihatan seperti denyutan nadi, kadar oksigen dalam darah dan berkaitan tidur. Bukan itu saja, malah ibu bapa juga boleh menggunakan ciri kawlaan terhadap peranti anak mereka seperti mengehadkan waktu penggunaan peranti, membataskan akses terhadap peranti dan pelbagai lagi.

Bila ia boleh dimuat turun?

miui-14-kredit-technobuzznet-11-768x384.jpg

Buat masa sekarang, Xiaomi tidak mengumumkan tarikh ketersediaannya untuk pasaran global. Saya jangka ia selepas China mula menerimanya. Untuk pasaran China, beberapa peranti akan mula menerimanya mulai Januari 2024. Ia termasuklah Xiaomi 12S Ultra, , Xiaomi 12S Pro, Xiaomi 12S, Xiaomi 12 Pro, Xiaomi 12 Pro Dimensity Edition, Xiaomi 12, Redmi K50 Pro, Redmi K50 Extreme Edition, Redmi K50 Gaming Edition, Redmi K50 dan Xiaomi MIX Fold 2. Sama-sama kita nantikan pengumuman Xiaomi berkenaan pelancaran MIUI 14 untuk pengguna antarabangsa.

Semak harga siri Xiaomi 12 di Shopee
 
Back
Top
Log in Register