BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mitsubishi panggil balik 5000 Lancer, Outlander dan asx

underscore

Legendary Member
gem
Messages
19,745
Joined
Sep 20, 2008
Messages
19,745
Reaction score
5,497
Points
486
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia meminta hampir 5,000 unit kenderaan jenamanya untuk menukar geganti (relay) kawalan enjin.

Ia membabitlkan Mitsubishi Lancer bagi keluaran Disember 2014 – Februari 2016; Outlander (keluaran Disember 2015 – Jun 2016) dan ASX termasuk versi import atau pemasangan tempatan (Mac 2015 – November 2016).

Geganti itu sebenarnya berfungsi untuk menjaga ECU enjin daripada dimasuki voltan yang tinggi. Jika tidak ditukar, bahagian dalaman geganti mungkin rosak dan bakal mempengaruhi fungsi ECU enjin.

Pada masa sama, MMM mengadakan ‘Field Fix Campaign’ untuk menggantikan inflator beg udara sisi penumpang bagi 115 unit Pajero Exceed yang dikeluarkan Mac 2010 sehingga Julai 2012.

MMM akan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada pemilik kenderaan yang terbabit. Kos untuk menggantikan itu akan ditanggung oleh syarikat.

Bagaimanapun, dinasihatkan supaya pemilik kenderaan membuat temu janji di pusat servis Mitsubishi Motors sebelum proses penukaran itu.
 
Sapa Ada beli baik mengaku cepat
 
Den ado sebijik...patut dpt surat dr mitsu tp x buka pun
 
promo-header7.jpg
 
baru cadang nk pecah tabung ayam g beli ASX..
dh ader kes mcm ni.. cancel lar..

baik beli tabung ayam baru..
 
tapi mitsu, honda, toyota baguslah..berani panggil balik utk baiki defect...klau nissan haram nak buat...almera mmg ada satu batch yg kipas aircon dgn bearing tayar belakang x sampai 3 tahun rosak...
 
tapi mitsu, honda, toyota baguslah..berani panggil balik utk baiki defect...klau nissan haram nak buat...almera mmg ada satu batch yg kipas aircon dgn bearing tayar belakang x sampai 3 tahun rosak...

haha. bawah Tan Chong ni memang teruk. Kasi tukar Tan Chong wahai Carlos Ghosn.
 
Back
Top
Log in Register