BTC USD 75,740.9 Gold USD 4,327.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hyundai, Kia Panggil Balik Hampir 170,000 EV Di Korea Selatan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
13.04.2024 - Hyundai Motor Co dan syarikat Kia Corp akan memanggil balik sekitar 170,000 kenderaan elektrik (EV) di Korea Selatan disebabkan masalah dengan sofwe dalam sistem pengecasan itu. Demikian menurut Kementerian Pengangkutan Korea Selatan pada Khamis (14 Mac). Hyundai dijangka menarik balik sebanyak 169,332 EV di negara itu, sekali gus menjejas lima model EV, termasuk model siri Ioniq dan Genesis, lapor kementerian tersebut. Kia pula akan menarik balik 56,016 EV. Kesilapan dikesan dalam sofwe unit kawalan pengecasan bersepadu itu, yang digunakan dalam 170,000 EV Hyundai dan Kia. Ia boleh menyukarkan keupayaan untuk memberi kuasa terhadap bateri voltan rendah dan berkemungkinan menyebabkan kenderaan itu berhenti ketika dipandu, nyata kementerian itu.

"Hyundai Motor dan Kia akan mengambil tindakan-tindakan segera untuk mengelakkan daripada menyebabkan kesulitan kepada pelanggan dan akan terus mengutamakan keselamatan pelanggan kami dan kenderaan mereka," tekan Hyundai Motor Group dalam satu kenyataan.

Langkah memanggil balik secara sukarela itu dirancang dilaksanakan mulai 18 Mac
1712995300171.png

 
Back
Top
Log in Register