TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
Banyak gorgon menghasilkan content ini semata mata untuk meningkatkan view dan tanpa disedari telah menyebarkan informasi yang salah.
Pisang + Susu.
Kombinasi pisang dan susu memang biasa di lakukan. Ia sedap dan berfungsi sebagai boster nutrisi. Ia juga membantu penghadaman, memberi tenaga segera dan membantu untuk pertumbuhan otot
Mungkin ada yang mempunyai masalah alahan atau lactose intolerance tidak boleh mengambil susu, tetapi ia bukan bermakna kombinasi ini dilarang sama sekali.
Pisang+ Tembikai
Pisang adalah sumber potasium, serat, dan pelbagai vitamin dan mineral yang baik, manakala tembikai tinggi kandungan air, vitamin C, dan likopena. Menggabungkan kedua-dua buah ini boleh memberikan pelbagai nutrien dan menawarkan makanan ringan yang menyegarkan dan lazat.
Tiada kesan negatif jika dimakan bersama.
Pisang+ Kentang
Kombinasi pisang dan kentang jarang dilakukan kerana kedua duanya mengenyangkan. Tetapi ia bukan masalah jika anda makan pisang dan kentang bersama. boleh sahaja makan kentang penyek bersama topping pisang dihiris.
Tiada kesan negative.
.
Diharapkan mana mana pengamal perubatan boleh menghentikan penyebaran infomasi palsu dan mengelirukan masyarakat. Henti fitnah buah dan makanan berkhasiat.