Mitos: “Gunakan ubat mata orang lain, hasilnya sama saja.”
Fakta: Jangan sesekali berkongsi ubat mata! Setiap ubat dirumus khas untuk keadaan tertentu. Berkongsi ubat boleh menyebarkan jangkitan atau menyebabkan alahan.
Kesihatan mata anda adalah keutamaan. Jangan ambil mudah dengan berkongsi ubat mata. Jom sama-sama sebarkan kesedaran ini!
Mitos: "Ubat titis mata boleh digunakan bila-bila masa."
Fakta: Sebarang ubat mata mempunyai tarikh luput, biasanya 30 hari selepas dibuka. Menggunakanya selepas tarikh tersebut boleh mendatangkan risiko jangkitan.
Mitos: "Titis mata banyak-banyak untuk sembuh lebih cepat."
Fakta: Dos yang lebih banyak tidak bermakna lebih baik. Gunakan ubat seperti diarahkan oleh doktor untuk elakkan kesan sampingan.
Mitos: "Ubat mata dari farmasi cukup untuk merawat semua masalah mata"
Fakta: Ubat titis mata tanpa preskripsi hanya sesuai untuk masalah ringan. Jika gejala berlarutan, segera berjumpa doktor untuk diagnosis dan rawatan tepat.
Mitos: "Semua ubat mata sama saja."
Fakta: Setiap ubat mata mempunyai bahan aktif yang berbeza untuk tujuan tertentu. Jangan gunakan ubat mata tanpa mengetahui fungsi sebenar.
Kesihatan mata anda adalah keutamaan. Jom sama-sama sebarkan kesedaran ini!