BTC USD 81,929.8 Gold USD 4,080.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Misteri Malam LailatulQadar

:-? :-? :-? ko citer nie nak g sembahyang subuh, tapi lailatul qadar tue kan ke malam ke dinihari:-? :-? :-?
 
Sebenarnya ada sambungan lagi citer ni.

"Kadang-kadang ayah lupa yang aku tak tinggal di kampung ni lagi, aku hanya balik untuk beraya"

Make sense la die tak pergi masjid dan die tak tau kubah tu tengah renovate
 
"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid.

Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar, " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..*****, " sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja.

Terima sahajalah.

Jangan melawan.



die excited sgt tuh:eek: :eek: :eek: :eek:
 
Mcm nie punya cita pun ada erk tuan... :))
Mmg gila kentang btul ler...
 
Back
Top
Log in Register