hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,511
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,511
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Misteri kehilangan van jenazah akhirnya terungkai
Petaling Jaya: Misteri kehilangan van jenazah milik sebuah pertubuhan kebajikan terungkai apabila kenderaan itu dipercayai dicuri individu yang juga bekas sukarelawan pertubuhan itu sendiri.
Beliau berkata, kejadian disedari sekitar jam 2 petang apabila seorang lelaki dikenali datang ke bilik jenazah pertubuhan bersama pasangannya menaiki sebuah kereta jenis Perodua Bezza.
Katanya, pada waktu kejadian, kunci van jenazah berkenaan diletakkan di dalam sebuah tong berikutan ketiadaan bilik wakaf khas untuk penyimpanan kunci.
"Kami hanya menyedari kehilangan van itu kira-kira sejam kemudian.
"Selain kenderaan, wang tabung kebajikan kurang daripada RM100 turut dilaporkan hilang," katanya.
Menurutnya, kehilangan itu menimbulkan syak wasangka sebelum pihak pertubuhan mengaitkannya dengan seorang bekas sukarelawan yang sebelum ini sudah dikeluarkan dari pertubuhan berkenaan.
"Individu itu adalah bekas sukarelawan kami yang sudah dikeluarkan daripada pertubuhan kerana dipercayai mempunyai masalah mental," katanya.
Susulan laporan dibuat, beliau berkata, individu berkenaan berjaya dikesan dan ditahan pihak berkuasa sekitar jam 9 hingga 10 malam pada hari sama bersama van jenazah yang dilarikan.
"Kes kini diserahkan sepenuhnya kepada polis untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya.
Sementara itu Harian Metro sedang mendapatkan pengesahan lanjut daripada polis berhubung kejadian itu.
Kredit