BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Misteri jumpa kepingan emas

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PONTIANAK - Seorang lelaki yang cuma dikenali sebagai Muslim dan dua rakannya menemui kepingan emas selepas dia mendapat mimpi aneh, lapor sebuah akhbar semalam.

Sejak minggu lalu, rumah lelaki itu dikunjungi oleh sejumlah tetamu yang mahu melihat sendiri kepingan emas yang ditemuinya di sebatang parit ketika menggali tanah di Desa Kalimas, Pontianak, Kalimantan.

Sebelum menemui kepingan emas itu, Muslim menyatakan dia bermimpi didatangi lapan ular dengan tujuh daripadanya berjaya dibunuh.

Menurutnya, dalam mimpi itu, seekor ular lagi dilemparkannya ke luar rumah.

"Saya turut bermimpi diserang penyengat dan naik sampan besar di sungai di depan rumah saya," katanya.

Rakannya, Rumbaka menyatakan dia juga bermimpi aneh tetapi menyangka ia merupakan petunjuk untuk membeli nombor ekor tetapi tidak pernah menang apabila membelinya.

Namun dia menemui kepingan emas yang bersegi dan berwarna kekuningan ketika menggali parit di tempat Muslim menemui barangan berharga itu.

Seorang lagi rakan Muslim, Musa menemui satu kepingan dipercayai emas yang mempunyai wajah Semar iaitu satu watak dalam wayang kulit Jawa dalam telur berwarna kuning ketika menggali dekat kawasan sama.

Seorang penduduk, Yani menyatakan barangan yang mempunyai nilai sejarah kerap ditemui di kawasan itu. - Agensi
 
ceh.... ade gak plak ngaku beli nombor ekor... mudah-mudahan peh ni x beli lagi ek
 
Mimpi ular nie banyak maksud rasanya...
Apa pun wallahualam.. :D
 
kalau mimpi ular ni slalunya dikaitkan dgn org nak masuk minang...:D
 
rezeki dorang...aku kerap juga mimpi2 ular ni...tapi tak kaya2 juga huahua..
 
org cakap selain tu,kalau kita terpakai baju terbalik,ada rezeki nak masuk..tak tau la..
 
org cakap selain tu,kalau kita terpakai baju terbalik,ada rezeki nak masuk..tak tau la..

kejap akau terbalik kan baju aku.... mana tahu.....dapat pip riban2 hari ni....:))
 
Back
Top
Log in Register