BTC USD 86,408.3 Gold USD 4,336.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki jumpa ketulan emas dalam perut itik

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,402
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,402
Reaction score
346
Points
141
Geli-emas-itik.webp

Liu menemukan ketulan kecil emas ketika menyiang itik. - TikTok

BEIJING – Seorang lelaki di wilayah Hunan terkejut apabila menemukan ketulan emas kecil di dalam perut itik ketika menyiang haiwan itu untuk dimasak, lapor laman berita Must Share News semalam.

Menurut lelaki bernama Liu, dia sedang membersihkan organ dalaman seekor itik apabila menyedari terdapat beberapa butiran keemasan di bahagian perut.

Disebabkan rasa ingin tahu, dia melakukan ujian pembakaran dan percaya bahawa ketulan itu adalah emas tulen.

Liu mengesyaki itik itu mungkin telah menelan lumpur yang mengandungi ketulan emas memandangkan ia diternak berhampiran sungai yang pernah dijadikan tapak perlombongan emas.

Beberapa laporan awal media menyebut bahawa emas itu mempunyai berat antara 6 hingga 10 gram dan bernilai sekitar 10,000 yuan (RM5,700).

Bagaimanapun, Liu kemudian menjelaskan bahawa ketulan itu mempunyai berat tidak lebih 0.5 gram secara keseluruhan.

Menurut Jimu News, emas itu mungkin bernilai antara 100 yuan (RM57) hingga 200 yuan (RM114). – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register