BTC USD 83,429.4 Gold USD 4,172.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Misteri Bahtera Nabi Nuh

Serpihan yang dikatakan bekas bahtera Noah tersebut berada pada ketinggian 4000m (13,000 kaki) dari aras laut. Assuming paras air banjir sampai ke situ lah sebelum surut.

Dari mana datang air sebanyak itu? Sedalam 4000m seluruh dunia? Dan kemana perginya air tersebut selepas itu?
 
Al-Quran sebut air turun dari langit dan dari dalam tanah
air semua kembali kepada Nya
 
Al-Quran sebut air turun dari langit dan dari dalam tanah
air semua kembali kepada Nya
Dan saiz bahtera ni 300cubit (P) x 50cubit (L) dan 30cubit (T). 1 cubit = 1 hasta.
Berapa ketinggian Noah? 80 hasta??
Nampak macam bahtera ni umpama sebuah sampan je untuk Noah.
Panjang bahtera lebih kurang 4x tinggi Noah,
Lebar besar sikit dari setengah tinggi Noah,
dan tinggi bahtera setakat lebih sikit dari paras lutut Noah.
3 orang sebesar Noah dah penuh bahtera.
Belum termasuk haiwan haiwannya lagi kecuali dulu dulunya semua haiwan sebesar yang sekarang, cuma manusia je yang raksasa.
 
Last edited:

Kat mana dapat maklumat tu?
 
Cerita dongeng je ni
Yg betul hanya lah noh ujan

Semua agama ada cerita noh
Mcm2 versi
Ada kata tenggelam satu dunia
Ada kata tenggelam setempat je

Apesal haiwan pengguin kanggaro tempat lain2?

Nabi noh transit hantar ke
 
Struktur didakwa Bahtera Nabi Nuh dikesan di Turkiye?​

3634259.webp

Petunjuk baharu bahtera Nabi Nuh ditemui di Turkiye. Foto: Geonews

ANKARA - Penyelidik di Turkiye mendakwa menemukan struktur bawah tanah yang mungkin berkaitan dengan Bahtera Nabi Nuh di kawasan Durupinar, kira-kira 30 kilometer di selatan Gunung Ararat.

Penemuan terbaharu itu dibuat menggunakan teknologi radar penembus tanah tiga dimensi yang mengesan struktur bersudut, laluan serta beberapa ruang yang saling bersambung di bawah permukaan.

Menurut penyelidik, struktur berkenaan dikesan sehingga kedalaman kira-kira enam meter dan kelihatan membentuk beberapa aras di dalam formasi sepanjang 157 meter itu.

Saiz tersebut menarik perhatian kerana dikatakan hampir menyerupai ukuran Bahtera Nabi Nuh yang disebut dalam catatan keagamaan.

Penyelidik turut merujuk kepada ujian tanah yang mendapati kandungan bahan organik di dalam formasi itu lebih tinggi berbanding kawasan sekitarnya.

Mereka berpendapat keadaan tersebut mungkin menunjukkan kewujudan bahan organik yang telah mereput, termasuk kemungkinan kayu purba.

Bagaimanapun, dakwaan itu masih menjadi perdebatan.

Kebanyakan ahli geologi sebelum ini menganggap formasi Durupinar sebagai struktur semula jadi yang terbentuk akibat lipatan batuan, aliran lumpur dan hakisan.

Kajian geologi terdahulu juga tidak menemukan bukti kukuh bahawa formasi tersebut merupakan tinggalan sebuah kapal.

Dapatan radar terbaharu itu juga masih belum diterbitkan dalam jurnal saintifik yang melalui proses semakan.

Setakat ini, tiada serpihan kayu, logam atau bahan buatan manusia yang dapat disahkan telah ditemukan di dalam formasi berkenaan.

Pasukan penyelidik Noah’s Ark Scans berkata, siasatan lanjut akan dilakukan termasuk meneliti ruang bawah tanah serta mengambil lebih banyak sampel bagi menentukan asal-usul sebenar struktur tersebut. - Agensi

14307210720904773-422217.jpg

14307210720904773-422218.jpg

14307210720904773-422219.jpg

14307210720904773-422220.jpg

14307210720904773-422221.jpg

14307210720904773-422222.jpg

14307210720904773-422223.jpg

14307210720904773-422224.jpg

14307210720904773-422225.jpg

14307210720904773-422226.jpg

Struktur didakwa Bahtera Nabi Nuh dikesan di Turkiye?

ANKARA - Penyelidik di Turkiye mendakwa menemukan struktur bawah tanah yang mungkin berkaitan dengan Bahtera Nabi Nuh di kawasan Durupinar, kira-kira 30 kilometer di selatan Gunung Ararat.

Penemuan terbaharu itu dibuat menggunakan teknologi radar penembus tanah tiga dimensi yang mengesan struktur bersudut, laluan serta beberapa ruang yang saling bersambung di bawah permukaan.

Menurut penyelidik, struktur berkenaan dikesan sehingga kedalaman kira-kira enam meter dan kelihatan membentuk beberapa aras di dalam formasi sepanjang 157 meter itu.

Saiz tersebut menarik perhatian kerana dikatakan hampir menyerupai ukuran Bahtera Nabi Nuh yang disebut dalam catatan keagamaan.

Penyelidik turut merujuk kepada ujian tanah yang mendapati kandungan bahan organik di dalam formasi itu lebih tinggi berbanding kawasan sekitarnya.

Mereka berpendapat keadaan tersebut mungkin menunjukkan kewujudan bahan organik yang telah mereput, termasuk kemungkinan kayu purba.

Bagaimanapun, dakwaan itu masih menjadi perdebatan.

Kebanyakan ahli geologi sebelum ini menganggap formasi Durupinar sebagai struktur semula jadi yang terbentuk akibat lipatan batuan, aliran lumpur dan hakisan.

Kajian geologi terdahulu juga tidak menemukan bukti kukuh bahawa formasi tersebut merupakan tinggalan sebuah kapal.

Dapatan radar terbaharu itu juga masih belum diterbitkan dalam jurnal saintifik yang melalui proses semakan.

Setakat ini, tiada serpihan kayu, logam atau bahan buatan manusia yang dapat disahkan telah ditemukan di dalam formasi berkenaan.

Pasukan penyelidik Noah’s Ark Scans berkata, siasatan lanjut akan dilakukan termasuk meneliti ruang bawah tanah serta mengambil lebih banyak sampel bagi menentukan asal-usul sebenar struktur tersebut. - Agensi

Artikel Sinar Harian
 
Misteri ‘Bahtera Nabi Nuh’ kembali diselongkar​

3662600.webp

Noah’s Ark Scans pada 23 September lalu mengumumkan penggerudian teras telah bermula di lokasi berkenaan. Foto Agensi

DOĞUBAYAZIT – Misteri Formasi Durupınar, (struktur geologi berbentuk seperti kapal sepanjang kira-kira 157 meter) berhampiran Gunung Ararat, kembali diselongkar menerusi ekspedisi saintifik antarabangsa di timur Turkiye.

Formasi yang sejak lebih enam dekad dikaitkan dengan Bahtera Nabi Nuh itu kini menjadi tumpuan pasukan terdiri daripada ahli arkeologi, geologi, sains tanah dan pakar teknikal dari beberapa negara.

Noah’s Ark Scans pada 23 September lalu mengumumkan penggerudian teras telah bermula di lokasi berkenaan, dengan sampel diambil dari dalam dan luar formasi sehingga kedalaman 18 meter untuk menjalani analisis makmal. Bagaimanapun, sumber itu tidak menyatakan tarikh tepat keseluruhan ekspedisi 2026 bermula.

Ekspedisi itu diketuai ahli arkeologi Sivas Cumhuriyet University, Prof Dr Cenker Atila dengan Andrew Jones daripada Noah’s Ark Scans mengetuai kerjasama antarabangsa.

Penyelidikan berkenaan turut mendapat kebenaran rasmi daripada agensi kerajaan Turkiye.

Formasi Durupınar pertama kali dikenal pasti oleh Kapten Tentera Turkiye, İlhan Durupınar pada 1959.

Sejak itu, penyelidik berdebat sama ada struktur tersebut sekadar pembentukan geologi semula jadi atau kemungkinan tinggalan sebuah kapal kayu besar.

Berbeza dengan kebanyakan kajian terdahulu yang tertumpu kepada pemerhatian permukaan, fotografi dan imbasan geofizik, ekspedisi kali ini turut mendapatkan sampel fizikal dari bawah permukaan.

Antara penemuan awal dilaporkan pasukan itu ialah lapisan kaya bahan organik dan beberapa rongga di bawah tanah.

Dalam satu penggerudian kira-kira empat hingga lima meter di bawah permukaan, mata gerudi terkena lapisan luar biasa keras sehingga alat tersebut pecah.

Jones berkata, kayu membatu atau bahan bermineral tinggi adalah antara kemungkinan yang mahu disiasat.

“Apa sahaja yang terkena mata gerudi itu lebih keras daripada batu kapur, cukup keras sehingga memecahkan mata gerudi,” katanya.

Bagaimanapun, kemungkinan tersebut masih perlu dibuktikan menerusi ujian makmal pihak ketiga dan belum ada pengesahan bahawa bahan itu merupakan kayu atau sebahagian daripada Bahtera Nabi Nuh.

Pasukan penyelidik turut menggunakan pemetaan GPS berketepatan tinggi, pemodelan digital tiga dimensi, persampelan tanah serta pengimejan bawah permukaan.

Imbasan terdahulu dilaporkan mengesan beberapa ciri linear, persilangan bersudut tepat dan rongga memanjang yang ditafsirkan pasukan penyelidik sebagai kemungkinan laluan atau ruang seperti bilik.

Selain itu, penyelidik merancang menggunakan robot penerokaan bawah tanah dikenali sebagai GOPHER untuk memasuki beberapa rongga yang telah dipetakan menggunakan radar penembusan tanah dan kaedah geofizik lain.

Sampel yang dikumpulkan akan menjalani beberapa analisis termasuk kandungan organik, mineralogi dan pemeriksaan mikroskopik bagi membantu menentukan komposisi sebenar bahan di bawah formasi tersebut.

Atila berkata, hasil terperinci analisis tanah dijangka memberikan maklumat tambahan yang dapat membantu penyelidik memahami sifat sebenar Formasi Durupınar.

Pasukan itu merancang meneruskan penyelidikan pada 2027 dan tahun-tahun berikutnya, manakala kenyataan saintifik lanjut dijangka dibuat selepas analisis makmal selesai. - Agensi

Back
Top
Log in Register