BTC USD 83,988.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell Minyak Serbaguna Sorof

Ejen diperlukan...

Stokis Zon Sarawak masih kosong...

hubungi saya, 013 4626225
 
Alhamdulillah, saya sangat gembira dan syukur kepada Ilahi kerana sorof telah mendapat tempat di hati para pengguna. Semoga lebih banyak para pengguna menggunakan produk ini sebagai salah satu ikhtiar penyembuhan penyakit spiritual dan fizikal mereka. Kepada yang belum mencuba, simpanlah satu dirumah.Anda mungkin tidak perlukannya sekarang, tapi mungkin satu hari nanti ianya berguna untuk anda dan keluarga.
 
Mengapa minyak sorof digelar penawar fizikal dan spiritual?

Produk minyak sorof adalah produk daripada hasil kajian Sains dan Al-Quran. Ia menggabungkan elemen aromaterapi, perubatan alamiyyah dan juga perubatan Ilahiyyah. Aromaterapi ialah satu kaedah rawatan tertua di dunia yang wujud sejak zaman berzaman. Campuran minyak pati tumbuhan dalam dos yang tepat berserta gabungan terapeutik yang bersesuaian akan menjadikan sesuatu produk aromaterapi itu lebih berkesan dalam menangani setiap masalah. Aromaterapi mementingkan kesan bau dan hiduan.

Menghidu lebih berkesan daripada cara lain. Umpamanya seseorang itu tidak perlu memasukkan gas ataupun racun ke dalam tubuh badannya. Cukup dengan sedikit terhidu gas ataupun bahan beracun seseorang itu boleh tidak bernafas atau langsung menemui maut. Ujian makmal juga menunjukkan minyak herba adalah 50 kali lebih berkesan berbanding pengambilan herba itu sendiri kerana minyak herba mengandungi molekul yang tersangat halus yang mudah dan cepat untuk meresapi sel tubuh badan berbanding dengan pengambilan herba yang terpaksa melalui proses penghadaman serta pengekstraktan nutrien yang lama.

Ia turut digabungkan dengan perubatan Ilahiyyah.Ia disempurnakan dengan pembacaan doa ruqyah ayat-ayat terpilah serta solat hajat. Ini bagi memastikan agar produk benar-benar padu dan berkesan dalam menembusi serta merawati segala jenis penyakit dan seterusnya membawa keberkatan kepada semua.Insyaallah
 
Back
Top
Log in Register